Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membentangkan Belanjawan 2025 yang ditunggu-tunggu pada 18 Oktober (Jumaat), jam 4 petang, dengan tema “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera”.
Pembentangan ini memberikan gambaran mendalam mengenai perancangan kewangan serta hala tuju dasar bagi membangkitkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat bagi tahun mendatang.
Belanjawan 2025 adalah belanjawan terbesar Malaysia setakat ini, sebanyak RM421 bilion secara menyeluruh. Peruntukan kali ini RM27.2 bilion lebih tinggi dari belanjawan tahun lepas (Tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka).
Pendidikan: RM82.1 bilion
Kesihatan: RM45.3 bilion
Sektor keselamatan: RM21.2 bilion
Mari kita telusuri sorotan utama yang sedang menarik perhatian ramai!
Sorotan Belanjawan 2025:
1. Hartanah
a. Pembangunan Negeri
Demi kepentingan rakyat dan meningkatkan kemudahan di pelbagai wilayah, kerajaan akan melaksanakan projek pembangunan di setiap negeri, termasuk pembinaan lebuh raya, transit aliran ringan, serta menaik taraf jalan raya dan infrastruktur lain.
Sabah, di Malaysia Timur, menerima jumlah subsidi pembangunan tertinggi dalam usaha ini.
b. Forest City
Kerajaan akan menubuhkan sebuah badan kewangan khusus untuk membangunkan dan menambah baik Forest City, dengan tujuan untuk merancakkan ekonomi kawasan tersebut serta mencipta banyak peluang pekerjaan.
Kawasan ini juga akan dijadikan sebagai pulau bebas cukai bagi menarik lebih banyak pelaburan dan aktiviti ekonomi.
c. Projek Pembangunan Tenaga Hijau
Projek Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) akan memasuki fasa pelaksanaan seperti Projek Ladang Solar Terapung Hidro Hibrid Kenyir dan hab hidrogen hijau di Terengganu.
d. Projek Pembangunan Hartanah
Sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan rumah mampu milik bagi rakyat di tanah-tanah wakaf, yang akan dilaksanakan oleh UDA.
Selain itu, tanah Rizab Melayu akan dibangunkan melalui kerjasama antara PNB dan PHB dalam projek perumahan mampu milik, penginapan pelajar dan pembangunan komersial.
e. Rumah Mampu Milik
Sebanyak RM900 juta diperuntukkan untuk 48 projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat, termasuk dua projek PPR baharu di Port Dickson dan Seberang Perai Tengah.
Sebanyak 30 projek PPR dijangka siap menjelang akhir 2025, yang akan memberi manfaat kepada 17,500 penghuni baharu.
f. Sejati MADANI
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion pada tahun hadapan untuk melaksanakan projek Sejati MADANI, yang bertujuan memperkukuhkan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat selaras dengan aspirasi negara.
g. Pelepasan Cukai Pendapatan jika Jelas Pinjaman Rumah
Bagi perjanjian diselesaikan antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027, pelepasan cukai pendapatan peribadi boleh dituntut sehingga RM7,000.
Ini bertujuan menggalakkan penyelesaian awal pinjaman perumahan dan meringankan beban kewangan pemilik rumah.
2. Ekonomi
a. Cukai Jualan
Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilakukan secara lebih progresif, selaras dengan dasar yang bertujuan untuk tidak mahu membebankan rakyat.
Cukai ini tidak lagi akan dikenakan ke atas barangan asas, sebaliknya ia akan dikenakan ke atas barangan bukan asas seperti barangan premium yang diimport, contohnya Salmon, Avokado dan lain-lain.
b. Cukai Perkhidmatan
Diperluas meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan yuran. Skop cukai perkhidmatan diperlukan meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan.
c. Cukai Pendapatan ke Atas Dividen
Mulai tahun taksiran 2025, cukai sebanyak 2% akan dikenakan ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu.
Namun, pendapatan dividen daripada pelaburan seperti KWSP, amanah saham di bawah PNB, serta dividen yang diperoleh dari luar negara akan dikecualikan daripada cukai ini.
d. Pelancongan
Sebanyak RM550 juta telah diperuntukkan bagi mempromosikan dan melaksanakan aktiviti sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, bertujuan meningkatkan industri pelancongan negara.
e. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
KWSP sedang mengkaji pendekatan pemindahan antara generasi, di mana sebahagian simpanan KWSP ahli boleh dipindahkan ke akaun KWSP ahli keluarga.
Selain itu, kerajaan telah bersetuju untuk mewajibkan semua pekerja bukan warganegara mencarum ke KWSP secara berperingkat.
f. Cukai Karbon
Kerajaan akan memperkenalkan cukai karbon pada tahun 2026, yang akan dikenakan kepada industri pengimpalan dan tenaga.
Bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi karbon rendah serta menyediakan dana untuk penyelidikan dan pembangunan hijau, dalam usaha menyokong kelestarian alam sekitar.
g. Cukai Minuman Bergula
Pelaksanaan cukai ke atas minuman bergula akan bermula pada 1 Januari 2025. Cukai ini akan dikenakan pada kadar 40 sen levi bagi setiap liter minuman manis, sebagai langkah untuk mengurangkan pengambilan gula dan mempromosikan gaya hidup sihat.
h. Potongan Cukai Tambahan
Majikan akan diberikan pelepasan cukai sebanyak 50% selama 12 bulan jika mereka mengambil semula wanita yang kembali bekerja.
Selain itu, majikan yang melaksanakan mod pekerjaan fleksibel juga layak menerima pelepasan cukai sebanyak 50% atas kos perbelanjaan yang terlibat.
3. Kesihatan
a. Pengecualian Cukai Insurans
Pengecualian cukai pendapatan bagi yuran pengajian dan premium insurans perubatan telah dinaikkan kepada RM4,000 dalam belanjawan 2025.
Memberi manfaat kepada individu dalam merancang kewangan dan menggalakkan akses kepada pendidikan serta perlindungan kesihatan yang lebih baik.
b. Kemudahan Kesihatan
Sebanyak RM45.3 bilion telah diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan bagi menyediakan kemudahan kesihatan yang berkualiti dan mesra rakyat.
Daripada jumlah tersebut, RM1.35 bilion akan digunakan untuk penyelenggaraan prasarana kesihatan, termasuk membaik pulih kemudahan asas seperti tandas hospital yang uzur.
Selain itu, RM300 juta diperuntukkan untuk menaik taraf klinik-klinik daif di seluruh negara, bagi memastikan perkhidmatan kesihatan lebih efisien dan selesa untuk rakyat.
c. Pengecualian Bayaran Cukai Bagi Perubatan
Perbelanjaan perubatan, termasuk kos vaksinasi untuk ibu bapa dan datuk nenek, akan dikecualikan sepenuhnya daripada cukai.
4. Pendidikan
a. PTPTN
Sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan oleh PTPTN untuk menyediakan dana pembiayaan pendidikan, dengan keutamaan diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang STEM di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
b. Penekanan Pelajaran dalam Bidang AI
Bagi menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi dalam bidang AI, potongan cukai khas diberikan kepada IPTS yang membangunkan kursus baharu seperti teknologi digital, AI, robotik, IoT, sains data, FinTech dan teknologi mampan.
c. Kenaikan Yuran Pendidikan untuk Pelajar T15
Dari segi subsidi pendidikan, kerajaan bercadang untuk mengenakan yuran pengajian yang lebih tinggi kepada pelajar daripada keluarga T15 yang belajar di sekolah berasrama penuh kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam.
Selain itu, subsidi pendidikan untuk golongan berpendapatan tinggi T15 akan dikurangkan secara berperingkat dan dana yang dijimatkan akan digunakan untuk meningkatkan infrastruktur sekolah berasrama penuh serta universiti kerajaan.
d. Institusi Pendidikan Tinggi
Kerajaan menyediakan subsidi tahunan sehingga RM15,000 bagi setiap pelajar di sekolah berasrama penuh.
Namun, memandangkan 30% daripada pelajar tersebut berasal daripada keluarga berpendapatan tinggi, subsidi untuk golongan ini akan dikurangkan bagi memastikan bantuan lebih tertumpu kepada mereka yang memerlukan.
5. Rakyat
a. MyDigital ID
Aplikasi MyDigital ID akan dijadikan platform serba lengkap untuk rakyat Malaysia, bertujuan memudahkan akses kepada perkhidmatan kerajaan. Aplikasi ini juga akan membantu rakyat menggunakan pelbagai perkhidmatan dengan lebih efisien, sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menuju ke era digital.
b. Subsidi Bagi Kereta EV
Pengstrukturan semula subsidi kereta elektrik (EV) yang diumumkan oleh Perdana Menteri bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia membeli dan menggunakan lebih banyak kenderaan EV.
Perodua kini giat berusaha untuk melancarkan kenderaan EV yang berharga di bawah RM100 ribu, bagi menjadikannya lebih mampu milik kepada pengguna.
c. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sebanyak RM13 bilion dalam bentuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada 9 juta penerima, yang merangkumi 60% daripada penduduk dewasa di negara ini.
d. Bantuan B40 dan Golongan Miskin
Kadar bantuan kebajikan bulanan untuk warga emas dalam kalangan rakyat termiskin dinaikkan kepada RM600 sebulan, berbanding RM500 pada tahun 2024.
Kadar Bantuan Kanak-Kanak bagi Keluarga Termiskin:
- Berusia 6 tahun ke bawah: RM250 (2024: RM200)
- Berusia 7 hingga 18 tahun: RM200 (2024: RM150)
*Jumlah maksimum bagi setiap keluarga ialah RM1,000.
e. Kadar Gaji Minimum
Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,700 sebulan, berbanding RM1,500, berkuat kuasa pada 1 Februari 2025. Bagi majikan yang mempunyai kurang daripada 5 pekerja, penguatkuasaan gaji minimum sebanyak RM1,700 akan bermula pada 1 Ogos 2025, dengan tempoh penangguhan selama 6 bulan.
f. Kemudahan Pengangkutan Awam
Sebanyak 250 bas elektrik dan 12 gerabak tren penumpang telah diperoleh oleh Prasarana dan KTMB. Bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan serta menyokong inisiatif mesra alam dalam pengangkutan awam negara.
6. Usahawan
a. PIKAS 2030
Inisiatif kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta yang dinamakan PIKAS 2023 berpotensi membuka peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia. Melalui inisiatif ini, kerajaan menyasarkan untuk menarik pelaburan swasta bernilai RM78 bilion, yang dijangka dapat mencipta lebih daripada 900,000 peluang pekerjaan pada tahun 2023.
b. E-Invois
Syarikat-syarikat di Malaysia disarankan untuk membuat pembelian ICT dan perisian komputer bagi beralih kepada penggunaan e-invois. Kerajaan memberikan tempoh selama 2 tahun kepada pemilik perniagaan untuk menyediakan kelengkapan yang diperlukan bagi pelaksanaan penuh e-invois.
c. Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana
Memperkasakan fungsi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan geran digital penjaja sebanyak RM50 Juta untuk usahawan tempatan kekal berdaya saing dalam pasaran.
7. Golongan Belia
a. Skim Step Up Financing
RM5 Bilion ringgit diperuntukkan bagi Skim “Step Up Financing”, skim ini diperkenalkan sebagai jaminan Kerajaan khusus untuk golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama.
Belanjawan 2025 dijangka menjadi titik perubahan bagi pembangunan ekonomi negara dengan pelbagai dasar kukuh yang dijangka akan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat.
Dengan tumpuan kepada pembangunan yang mampan, ia bukan sahaja akan memperkukuhkan ekonomi tetapi juga menjanjikan masa depan yang lebih cerah untuk semua.
Kita mengharapkan impak positif yang akan merangsang pertumbuhan dalam sektor-sektor utama, termasuk hartanah dan industri lain. Semoga Belanjawan 2025 ini, membawa lebih banyak peluang untuk kemakmuran bersama.
Untuk mengikuti perkembangan terkini atau menyemak Belanjawan 2025, jangan ketinggalan melawat laman web rasmi yang disediakan.
Ingin berada dalam karier yang menjaminkan ekonomi yang stabil? Bidang hartanah lah jawapannya! Sertai kami di IQI sebagai ejen hartanah untuk mengalami pelbagai insentif menarik dan pendapatan pasif.
Baca Selanjutnya
1. Belanjawan 2025: Fokus pada Perumahan Mampu Milik
2. Pemilik Rumah di Malaysia Nikmati Lonjakan Nilai Hartanah Lebih RM 100,000 dalam Tempoh 10 Tahun
3. Akaun 3 KWSP: Pindahan Amaun ke Akaun 3 Adalah Pilihan Yang Baik Atau Buruk?