Macam mana eh nak tahu tu bangunan tertinggi di Malaysia? —Easy je… Dongak sikit, kalau rasa lenguh kat tengkuk tu maknanya bangunan tu tinggi lah!
Kalau nak ikut standard piawaian, bangunan tertinggi adalah bangunan yang melebihi 150 meter. Siapa sangka Malaysia mampu ada banyak bangunan tertinggi setanding negara luar yang lebih besar dan maju!
Ye lah nak bina bangunan tinggi ni kene guna banyak kos. Tapi kalau kita pandang dari sudut lain, semua bangunan ni memberi kesan positif untuk negara kita dari segi ekonomi dan sebagainya
5 Bangunan Tertinggi di Malaysia
Jadi sekarang bangunan apa yang paling tinggi di Malaysia? Jom kita terokai bangunan tinggi yang ada dekat Malaysia tingkat demi tingkat!
Ketinggian Bangunan di Malaysia
Nama Bangunan | Ketinggian | Tingkat | Tahun Dibina | Siap Dibina |
---|---|---|---|---|
Menara Merdeka 118 Kuala Lumpur | 678.9 m | 118 | 2014 | 2022 |
The Exchange 106 Kuala Lumpur | 492.3 m | 106 | 2016 | 2019 |
Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur | 451.9 m | 88 | 1993 | 1996 |
Four Season Place Kuala Lumpur | 342.5 m | 74 | 2013 | 2018 |
Menara Telekom | 310 m | 77 | 1998 | 2001 |
1. Menara Merdeka 118 Kuala Lumpur
Buka: 8AM – 5PM
Menara Merdeka 118 Kuala Lumpur merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia!
Menariknya, pembangunan menara ini terinspirasi daripada detik penting dalam sejarah Malaysia apabila Tunku Abdul Rahman mengangkat tangan semasa melaungkan “Merdeka!” sempena Kemerdekaan Malaysia pada 1957.
Pantang bagi orang Malaysia bila ada pusat beli-belah baru dibuka, mesti akan viral dan ramai orang yang pergi serbu. Mungkin ia adalah salah satu sebab mengapa shopping mall ini dibuka.
Dengarnya pusat beli-belah akan dibuka pada suku ketiga 2025 dan dinamakan 118 Mall. Tak sabar kan!
Antara aktiviti yang boleh dilakukan: 1. Nikmati permandangan di “The View at 118” 2. Berjalan di luar menara pada ketinggian 500 meter 3. Menikmati kehijauan di “Merdeka Boulevard at 118” iaitu taman terbuka yang luas 4. Menginap di Hotel Park Hyatt yang terletak di 17 tingkat teratas |
Jangan risau, kalau korang nak pergi sini dengan mudah, boleh guna pengangkutan awam seperti MRT sebab ada banyak stesen yang disediakan.
2. The Exchange 106 Kuala Lumpur
Buka: 10AM – 10PM
Tahukah anda, Exchange 106 telah dirasmikan sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia (IFC) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Apa yang menarik buat mereka yang gemar bershopping, The Exchange (TRX) secara rasmi membuka pusat beli-belah pada 29 November 2023 dan kini digelar sebagai Plaza The Exchange TRX.
Ada lagi yang menarik! Shopping Mall ini dihubungkan secara langsung dengan stesen MRT Tun Razak Exchange melalui pautan bawah tanah.
Senanglah untuk mereka yang tidak mahu susah payah mencari parking untuk membeli-belah.
3. Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur
Buka: 10AM – 6PM
Seterusnya, menara yang menjadi tumpuan pelancong malah rakyat kita sendiri tidak lain tidak bukan, Menara Berkembar Petronas.
Menjadi kebanggan rakyat Malaysia kerana pernah memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1998 hingga tahun 2004.
Bangunan ini juga adalah kompleks komersial gergasi yang menempatkan pelbagai pejabat syarikat multinasional seperti Petronas, Bloomberg, Huawei dan IBM.
5 Tempat Menarik yang wajib anda pergi di Menara Berkembar Petronas: 1. Suria KLCC Shopping Mall 2. Petrosains KLCC 3. Aquaria @ KLCC 4. SkyBridge KLCC |
4. Four Seasons Place Kuala Lumpur
Buka: 10AM – 10PM (Pusat beli-belah)
Menara ini dibina berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas hingga ada yang mengeluh pemandangan mereka dihalang bangunan tersebut.
Seperti yang anda tahu, Four Seasons Place ialah sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Tetapi, selain hotel, menara ini turut menempatkan pusat membeli belah yang mewah dan juga 242 unit kediaman.
Bayangkan alamat rumah anda adalah di salah satu bangunan tertinggi di Malaysia, gempakkan!
Banyak juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini. Antaranya, menikmati hidangan mewah di Curate, bersantai di spa, berenang, bersenam di gym dan yang paling penting boleh bershopping!
Seronok bukan?
5. Menara Telekom
Buka: 9AM – 5.30PM
Dalam reka bentuk binaan ini, unsur tradisional dan moden telah digabungkan. Gabungan reka bentuk buluh dengan cengkaman akar yang mana dapat membentuk asas yang kukuh. Unik kan?
Selain menjadi pejabat syarikat besar tempatan, ia juga menempatkan banyak syarikat multinasional ternama seperti Mercedes-Benz, Unilever dan Malaysia Airlines.
Mereka juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk orang awam melakukan aktiviti seperti teater besar, kemudahan sukan, Sky Gardens, dewan solat, dan gimnasium.
Menariknya, ada beberapa tempat berhampiran yang boleh dikunjungi. Antaranya: 1. Mid Valley Megamall sekitar 2 km 2. Taman Burung Kuala Lumpur sekitar 6 km 3. Muzium Negara kira-kira dalam 4 km |
Jangan bimbang kerana menara ini juga terletak berhampiran dengan stesen LRT Kerinchi, menjadikannya mudah diakses untuk pergi kemana-mana.
Sebagai kesimpulan, lima bangunan tertinggi di Malaysia bukan sahaja mencerminkan kemajuan teknologi dan kejuruteraan negara, tetapi juga menjadi simbol kebanggaan dan identiti nasional.
Setiap bangunan ini ada cerita dan keunikan tersendiri yang menambah warna kepada landskap bandar Malaysia. Juga terdapat banyak perkara menarik yang boleh kita lakukan.
Dengan terus berkembangnya sektor pembinaan, kita boleh menjangkakan lebih banyak pencakar langit yang akan muncul, dan jadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi utama untuk seni bina moden di dunia.
Jadilah profesional hartanah IQI hari ini dan manfaatkan teknologi hartanah terkini untuk mengembangkan kerjaya anda dengan pesat!
Baca Selanjutnya: