Bulan Ramadan sudah tiba, sudah pasti ramai yang sedang mencari tempat makan sahur terbaik di sekitar Klang Valley, kan?
Kami telah mengemas kini senarai tempat sahur VIRAL untuk 2025! Sama ada anda mahukan makanan Arab, nasi kandar, atau sahur bajet, semuanya ada di sini.
Bagi anda yang ingin tahu waktu tamat sahur atau waktu sahur di Malaysia, kami juga sediakan maklumat berguna supaya sahur anda lebih lancar dan menyenangkan.
Mari lihat senarai makanan sahur terbaik yang boleh anda cuba untuk Ramadan 2025!
Pilihan Tempat untuk Sahur:
1. Restoran BRJ Bistro Corner
Nak rekomendasi tempat sahur yang beroperasi 24 jam? Kita ada Restoran BRJ Bistro! Buat warga wangsa maju mesti kenal kan tempat ni?
Saya sendiri pernah pergi sini dan banyak juga menu dorang, dari western, makanan india, melayu, arab dan banyak la lagi. Tapi parking agak limited tau, jadi kena parking tepi jalan.

Saya order shawarma haritu, besar and padat gila isi dia. Serious korang kena try! Nasi lemak ayam dia pun not bad~
Lokasi | 10 & 12, Jalan 4a/27a, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Dibuka 24 jam (Setiap Hari) |
Anggaran Harga | RM2 ke atas |
2. Nasi Lemak Parking
Buat peminat nasi lemak, kita ada cadangan kedai nasi lemak baru! Bolehla fulfilled kan craving nasi lemak korang waktu sahur nanti. Pesta colek serendah RM1 pun ada!
Bertempat di Shah Alam, nasi lemak parking ini menyajikan juadah nasi lemak dengan pelbagai pilihan lauk seperti ayam masak merah, sambal sotong, paru dan banyak lagi.
Hidangan disajikan dengan nasi lemak wangi yang dimasak menggunakan beras basmati. Apa yang best nya lagi, nak tambah nasi dan sambal pun FREE tau!
Lokasi | Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor |
Waktu Operasi | 5 petang – 5 pagi (Setiap Hari) |
Anggaran Harga | RM10 – RM15 |
Sosial Media | TikTok | Instagram |
3. Nasi Kandar Pelita
Hey peminat nasi kandar, kedai ni masih ada dalam list tempat makan sahur kita lah! Restoran nasi kandar yang dah ada lebih 25 cawangan seluruh negara, siap masuk Malaysia Book of Records lagi!

Apa yang special kat sini? Mestilah, nasi kandar dia! Ada banyak lauk sedap – ayam masak merah, madu, daging masak kicap, kari ayam… siap ada lamb shank lagi!
Menu lain pun ada macam roti canai, murtabak, dan teh tarik. Tempat dia pun selesa dan mesra keluarga, memang best nak lepak lama-lama.
Lokasi | Nasi Kandar Pelita, 24, Jalan 25/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Hartamas, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Dibuka 24 jam (Setiap Hari) |
Anggaran Harga | RM2 ke atas (Klik sini untuk Menu) |
Sosial Media | Instagram | Facebook | TikTok |
4. Napie Burger Crispy

Ada tak peminat burger crispy kat sini? Saya! Burger Spicy Chicken McDeluxe dari McD memang fav, tapi kena boikot pula kan… Jangan risau, saya dah jumpa pengganti!
Ini review jujur dari saya yang pernah cuba kedai ni, memang sedap! Ayam dia crispy, pedas dia pun just nice, dan yang paling best… harga pun jauh lebih murah, RM6 je!
Selain burger, dorang pun ada jual menu lain macam tortilla, nugget, ayam spicy Korea, dan banyak lagi.
Lokasi | 15a, Jalan 2/12, Dataran Templer, 68100 Batu Caves, Selangor |
Waktu Operasi | 5 petang – 11.30 malam (tutup pada hari Ahad) |
Anggaran Harga | RM4 – RM14 |
Sosial Media | Facebook | Instagram |
5. Halab Gate
Kalau tahun lepas kita letak Damascus sebagai pilihan makanan sahur, tahun ni saya nak rekomen satu port baru – Restoran Halab Gate!
Restoran ni memang syurga untuk foodie yang nak rasa masakan Syria original. Famous dengan nasi mandi dia yang pergh, kebab dia yang meleleh, hummus, falafel, shawarma… semua tip-top!
Dah kenyang makan main course, jangan lupa order dessert! Baklava dia memang wajib cuba manis, rangup, dan penuh rasa.
Lokasi | 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 12 tengahari – 4 pagi (Setiap Hari) |
Anggaran Harga | RM12 ke atas |
Sosial Media | TikTok | Instagram |
6. Cafe Salim
Tengah cari tempat sahur nak pergi lepas terawih ke tu? Saya nak rekomen Cafe Salim. Dorang dah launch balik menu Moreh Sahur yang famous tahun 2024 dulu, yay!
Nak kuih-muih? Ada! Murtabak? Mestilah ada! Sup panas-panas? Pun ada! Dengar cerita, ada menu special untuk Ramadan 2025 – Mexican Fiesta pizza. Mesti sedap! Harga pun berpatutan.
Jadi, kalau nak moreh dan lepak sementara tunggu waktu tamat sahur yang best dan chill, boleh la datang sini, tutup pun pukul 5 pagi.
Lokasi | 4819, Jalan Cempaka, Meru, 41050 Klang, Selangor |
Waktu Operasi | 10 malam – 5 pagi (Setiap Hari) |
Anggaran Harga | RM12 – RM120 |
Sosial Media | TikTok | Instagram |
7. Danny’s Char Koay Teow


Korang peminat char koay teow? Wajib cuba Danny’s Char Koay Teow! Terutama kalau nak cari tempat sahur best sepanjang Ramadan 2025!
Saya dah pernah datang sini juga! Tempatnya santai, makanannya sedap dan harga pun mesra poket. Tapi, parking agak terhad juga di kawasan ni.
Selain tu, dorang juga ada menu lain macam nasi lemak, tortilla, dan hidangan kampung yang tak kurang hebatnya. Oh, dan jangan lupa order teh ais atau Milo ais untuk lengkapkan hidangan korang!
Lokasi | 288, Jalan Permata 6, Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur, Selangor |
Waktu Operasi | 5 petang – 2 pagi |
Anggaran Harga | RM5 – RM12 (Klik sini untuk menu) |
Sosial Media | TikTok | Instagram |
8. Mienyu
Bagi pencinta Samyang dan mie segera macam saya, korang dah pernah try ke kedai mie segera layan diri dekat Wangsa Maju tu?
Ada lebih 100 jenis mie segera dari Malaysia, Korea, Jepun, Singapura, Indonesia dan banyak lagi. Korang pun boleh sesuaikan mengikut cita rasa dan tambah pelbagai topping.
Sesuai la untuk korang yang taknak makan berat sangat untuk makanan sahur. Mudah, lazat, dan yang penting, budget-friendly untuk sahur!
Lokasi | 22-G, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 11 pagi – 12 malam |
Anggaran Harga | RM6 dan ke atas |
Sosial Media | Facebook | TikTok | Instagram |
9. Kopi & Benang

Korang tengah cari kafe yang tak cliche? Tapi yang unik dan best? Jom check out Kopi & Benang!
Kafe ni memang rare, gabung vibe tradisional Melayu dengan kreativiti! Bukan setakat boleh layan nachos, korang boleh main permainan tradisional macam batu seremban dan congkak.
Serius cakap, tempat ni memang chill habis! Sesuai la untuk korang yang nak lepak dengan member atau family untuk sahur.
Lokasi | Au 2, 54200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 8.30 malam – 2 pagi (Setiap Hari) |
Anggaran Harga | RM5 – RM35 |
Sosial Media | TikTok | Instagram |
10. Zhang LaLa Mee Tarik

Eh, Mee Tarik ni masih ada dalam list kita tahun ni lah. Memang wajib cuba! Dorang bukan je maintain sedap, tapi dah ada banyak cawangan kat KL jugak sekarang.
Kalau dah sampai Mee Tarik, jangan lupa order Beef Mix Noodle, memang tak pernah mengecewakan!
Lepas tu, boleh lah cuba menu lain – You Po Noodle, Chicken Daoxiao Noodle… Semua sedap! Nak lagi best? Tambah Fried Dumplings, skewers dengan Mapo Tofu, confirm puas hati!
Lokasi | 25G, Jalan SS 15/8b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor |
Waktu Operasi | 10 pagi – 4 pagi (Setiap Hari) |
Anggaran Harga | RM8 dan ke atas |
Sosial Media | TikTok | Instagram | Facebook |
Waktu Sahur di Malaysia
Waktu sahur di Malaysia sebenarnya fleksibel, tak ada ketetapan khas waktu pun. Semua ikut pilihan dan keselesaan masing-masing.
Ada yang suka sahur awal, ada yang lebih suka sahur lewat sikit, dekat-dekat waktu Imsak.
Tapi, yang wajib korang ingat adalah waktu tamat sahur! Waktu tamat sahur ni bukan pukul 6 pagi je tau.
Yang betul, waktu tamat sahur adalah waktu Imsak, biasanya lebih kurang 10 minit sebelum Subuh.
Sebagai contoh: • Waktu subuh di KL dan Selangor adalah sekitar 6:06 pagi hingga 6:17 pagi. • Waktu tamat sahur adalah waktu Imsak iaitu 10 minit sebelum subuh, sekitar 5:56 hingga 6:07 pagi. |
Jadi, senang cerita – habiskan sahur korang sebelum masuk waktu Imsak. Jangan last minute! Check jadual waktu solat, atau guna app yang ada reminder Imsak.
Soalan Lazim (FAQ)
Bilakah waktu terbaik untuk sahur?
Waktu sahur di Malaysia adalah fleksibel, anda boleh sahur pada bila-bila masa yang anda selesa, asalkan sebelum masuk waktu imsak di kawasan anda.
Bila waktu tamat sahur dan kenapa penting untuk berhenti tepat pada masanya?
Waktu tamat sahur adalah pada waktu Imsak, iaitu tempoh yang ditetapkan sebelum masuknya waktu Subuh. Mematuhi waktu Imsak adalah penting bagi memastikan kesahihan puasa.
Apakah yang dimaksudkan dengan sahur dan mengapa ia penting dalam bulan Ramadan?
Sahur ialah makan dan minum sebelum waktu Imsak di bulan Ramadan. Ia penting untuk membekalkan tenaga, dan membolehkan umat Islam berpuasa dengan lebih selesa dan bertenaga. Sahur juga adalah sunnah yang dianjurkan.
Apakah makanan terbaik untuk sahur?
Makanan sahur terbaik adalah yang seimbang dengan karbohidrat kompleks (nasi, oatmeal) dan protein (telur, ayam) untuk tenaga tahan lama.
Apa beza antara sahur dan moreh?
Sahur ialah makan dan minum sebelum Imsak (sebelum Subuh) untuk persediaan puasa. Moreh pula ialah jamuan selepas solat Tarawih.
Adakah anda bermotivasi untuk meningkatkan kemahiran dan mencapai kejayaan yang lebih tinggi?
Jangan tunggu lagi, IQI adalah pilihan yang tepat. Isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda segera!
Baca Selanjutnya: