Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Semak Keputusan SPM 2023 Secara Online

Versi: EN, CN


Selepas sekurang-kurangnya 5 bulan sejak permulaan peperiksaan SPM 2023, sudah pasti calon-calon SPM serta ibu bapa berasa teruja (atau gementar) untuk menerima berita yang, mudah-mudahan, menggembirakan dalam bentuk kertas keputusan SPM 2023.

Oleh itu, kami telah menyediakan panduan langkah demi langkah yang jelas untuk membantu anda melakukan semakan keputusan SPM 2023 secara dalam talian atau online



Apa itu SPM?

SPM, atau Sijil Pelajaran Malaysia, adalah satu peperiksaan akhir yang diambil oleh pelajar-pelajar di Malaysia setelah menamatkan tingkatan lima sekolah menengah.

Ia merupakan peperiksaan yang penting kerana keputusan SPM akan mempengaruhi peluang pendidikan lanjutan dan kerjaya masa depan pelajar tersebut.

Mengapa Semakan Keputusan SPM Dalam Talian Penting?

Semakan keputusan SPM secara dalam talian adalah pilihan terbaik untuk memeriksa keputusan anda dengan cepat dan mudah.

Berbanding dengan cara tradisional seperti mengambil slip keputusan di sekolah, semakan dalam talian memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat keputusan mereka tanpa perlu berdepan dengan masalah logistik. 

Selain itu, semakan dalam talian juga membolehkan anda untuk mengakses keputusan anda pada bila-bila masa.

Ia memberikan fleksibiliti kepada anda untuk meneruskan rancangan pendidikan anda atau melihat keputusan SPM anda dengan segera.

Cara Semakan Keputusan SPM 2023 secara Dalam Talian

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk melakukan semakan keputusan SPM anda secara dalam talian:

Langkah 1: Pergi ke Laman Web Semakan Keputusan SPM 2023

Buka pelayar web anda dan pergi ke laman web semakan keputusan SPM di https://myresultspm.moe.gov.my/.

Harap maklum bahawa URL tersebut hanya boleh diakses pada 27 Mei 2024 pukul 10 pagi ke 2 Jun 2024, pukul 6 petang. 

Langkah 2: Isi Maklumat Diperlukan

Sekiranya laman web memerlukan maklumat pengguna, sila isikan butiran yang diminta dengan betul.

Contohnya, anda mungkin diminta untuk memasukkan nombor kad pengenalan atau angka giliran SPM anda.

Langkah 3: Sahkan Maklumat Anda

Pastikan anda memeriksa semula maklumat yang anda masukkan sebelum menekan butang “Semak” atau “Hantar”.

Pastikan butiran yang anda berikan adalah tepat dan betul untuk memastikan semakan keputusan SPM anda adalah tepat.

Langkah 4: Dapatkan Keputusan SPM 2023 Anda

Selepas menekan butang “Semak” atau “Hantar”, anda akan dibawa ke halaman yang memaparkan keputusan SPM anda.

Anda boleh melihat dan memuat turun keputusan SPM anda dari halaman tersebut. Pastikan anda menyimpan salinan keputusan SPM anda untuk rujukan masa depan.

Kaedah Lain Untuk Memperoleh Keputusan SPM 2023

Selain semakan secara talian, inilah cara-cara alternatif yang calon-calon SPM dapat memperoleh keputusan SPM:

1. Di Sekolah (Untuk Calon Sekolah Sahaja)

Anda boleh hadiri di sekolah masing-masing untuk menerima keputusan SPM 2023 pada 27 Mei 2024 (Isnin), jam 10 pagi. 

2. Melalui Pos (Untuk Calon Persendirian)

Untuk calon persendirian yang, contohnya, menduduk peperiksaan melalui penyertaan bersama Jabatan Pendidikan Negeri boleh menerima keputusan SPM 2023 melalui pos.

3. Melalui SMS

Sama seperti kaedah dalam talian, sistem ini hanya boleh diakses di antara 27 Mei 2024 pukul 10 pagi ke 2 Jun 2024, pukul 6 petang. 

Anda boleh memperoleh ringkasan keputusan SPM 2023 anda dengan menaip SPM<jarak>No.IC<jarak>AngkaGiliran & hantar ke 15888.

Kami di IQI Global ingin mengucap selamat maju jaya dan tahniah kepada setiap calon SPM 2023!

Anda pasti akan berjaya dalam hidup tidak mengira keputusan SPM 2023 anda.

Ingat, SPM itu hanya berumpama batu loncatan yang kecil dalam kehidupan anda, di mana kecemerlangan anda sebagai manusia melampaui batas ujian-ujian duniawi! 


Sudah tamat SPM tapi ingin terus bekerja dan menjana pendapatan lumayan serta dapat alami gaya hidup yang bebas dan berdikari?

Sertailah IQI Global sebagai perunding hartanah (REN) hari ni!





+60



Baca Selanjutnya:

  1. 10 Pilihan UPU Tertinggi Buat Lepasan SPM 2024
  2. Apakah Kerja Saya Boleh Lakukan Dengan Hanya Sijil SPM di Malaysia? 2024
  3. Seberapa Jauh Fleksibiliti Kerjaya Hartanah?

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯