Bagi anda yang masih tercari-cari cara halau tikus yang mudah, boleh ikuti perkongsian kami pada kali ini.
Umum mengetahui, tikus merupakan salah satu makhluk perosak yang sering membuatkan kita resah gelisah dan juga naik darah.
Apa tidaknya, habis baju dan stok makanan digigitnya. Selain merosakkan harta benda, tikus juga terkenal sebagai haiwan yang boleh menyebabkan penyakit dan kuman yang berbahaya untuk kesihatan manusia.
Oleh itu, penting bagi kita untuk mengambil tindakan untuk halau tikus dari rumah kita.
Dengan itu, salah satu cara tradisional yang sering digunakan oleh masyarakat kita untuk halau tikus adalah dengan cara halau menggunakan daun pandan, daun durian belanda, pokok daun semalu, kulit durian dan sisa teh uncang.
Cara halau tikus ini dipercayai dapat mengelakkan tikus daripada datang ke kawasan kita.
Untuk mengetahui bagaimanakan cara halau tikus secara efektif menggunakan semua bahan bahan di atas, anda semua boleh lihat di bawah!
Cara Halau Tikus Guna Daun Pandan Pokok Daun Semalu untuk Halau Tikus |
Cara Halau Tikus Dalam Rumah Guna Bahan Semula Jadi
Berikut adalah cara halau tikus di rumah menggunakan bahan-bahan tersebut iaitu:
#1. Cara Halau Tikus Guna Daun Pandan
Cara pertama halau tikus dari rumah atau sarang tikus yang boleh dilakukan ialah dengan mengambil beberapa helai daun pandan dan tumbuk sehingga lumat.
Tetapi kalau anda tidak mahu tumbuk pun boleh juga.
Seterusnya, setelah tumbuk hingga jadi lumat, anda letakkan di tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai laluan tikus atau di sekitar kawasan dilalui tikus seperti di bawah almari, sarang tikus, dapur, dalam almari pakaian dan sebagainya.
Tikus ini dikatakan tidak suka dengan bau daun pandan dan amat jarang melintasi kawasan yang diletakkan daun ini.
Bukan hanya dapat menghalau tikus, aroma daun pandan ini juga dapat mengharumkan lagi bau rumah kita.
#2. Daun Durian Belanda
Selain itu, daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau tikus. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di sarang tikus atau tempat yang sering dilalui oleh haiwan perosak ini.
Tetapi jangan lupa untuk gantikan daun-daun ini dengan daun yang baru selepas 2 atau 3 hari. Ia disebabkan daun ini mulai kering dan aroma baunya akan hilang.
#3. Pokok Daun Semalu untuk Halau Tikus
Siapa sangka pokok daun semalu di tepi jalan pun mampu digunakan untuk menghalau tikus dalam rumah anda.
Pokok semalu mempunyai duri yang tajam dan ini membuatkan tikus takut untuk mendekati tempat yang mempunyai pokok ini.
Jika anda mahu menghalau tikus di rumah, anda boleh cuba menanam pokok daun semalu ini di sekeliling atau di tepi rumah anda atau tempat yang sering menjadi laluan tikus ini.
#4. Kulit Durian Halau Tikus Dalam Rumah
Selain itu, kulit durian juga boleh digunakan untuk menghalau tikus di dalam rumah. Selepas makan durian jangan dibuang kulit tersebut kerana ianya mempunyai kegunaan lain.
Ambil beberapa keping kulit durian dan letakkan di kawasan yang sering dilalui oleh tikus atau dalam rumah.
Tikus tidak suka dengan bau yang dihasilkan daripada kulit durian dan juga mereka takut dengan kulit ini yang mempunyai duri yang tajam.
Oleh itu, letakkan kulit di kawasan dalam rumah untuk halau tikus.
#5. Sisa Teh Uncang
Cara halau tikus dalam rumah yang seterusnya adalah dengan menggunakan sisa teh uncang. Siapa sangka sisa teh uncang ini selain merawat kulit wajah ia juga mampu untuk menghalau tikus di rumah.
Caranya adalah dengan menyediakan beberapa cawan teh uncang dan biarkan ia menjadi sejuk.
Kemudian tuangkan ia ke dalam botol semburan dan semburkan di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus dalam rumah.
Bau teh uncang yang kuat dikatakan dapat mengelirukan indera penciuman tikus dan membantu menghalau tikus dari rumah anda dan kawasan yang berhampiran rumah anda.
Selain dari tikus, labah-labah pun takut dengan teh uncang.
Percaya atau tidak? Terpulang kepada anda. Tidak salah sekiranya anda cuba cara-cara halau tikus ini kerana semua bahan bahan di atas mudah didapati.
Selagi tak cuba tak tahu kan berfungsi ke tak usir tikus yang datang ke kediaman anda?
Antara cara halau tikus lain yang boleh anda lakukan untuk menghalau tikus adalah dengan menggunakan semburan serai wangi di rumah atau di tempat yang sering dilalui haiwan perosak atau tikus.
Semburan serai wangi ini bukan sahaja dapat usir tikus tetapi juga haiwan perosak yang lain. Anda boleh membeli produk serai wangi ini di kedai-kedai berhampiran.
Malah cara yang paling ramai gunakan untuk halau tikus ialah dengan bela kucing di dalam rumah dan gunakan perangkap tikus.
Anda boleh membeli perangkap tikus di kedai hardware dan letakkannya di tempat yang selalu dilalui tikus.
Harga perangkap tikus ini tidaklah mahal mana dan ia tahan untuk tempoh jangka masa yang panjang.
Jadi, dengan ketahanannya itu anda boleh menangkap tikus yang datang ke rumah pada bila-bila masa sahaja.
Sentiasa kenalpasti di kawasan mana yang sering menjadi laluan tikus di rumah.
Anda juga boleh gunakan kapur barus, buah mengkudu, racun tikus, gam tikus dan banyak lagi sebagai cara usir tikus ke rumah anda atau di sekitar kawasan kediaman anda.
Walau bagaimanapun, yang paling utama yang sangat perlu anda lakukan adalah dengan sentiasa memastikan kebersihan luar dan di dalam rumah atau premis anda dengan melakukan pembersihan yang berkala bagi mengelakkan dan menghalau haiwan perosak atau tikus dari datang ke tempat anda.