Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Apakah Kebaikan Menyertai Ejen Hartanah Di IQI Global? Dari Percutian Mewah ke Bonus Rumah dan Peluang Insentif Pemandu Peribadi. Alaminya sendiri!

Apakah Kebaikan Menyertai Ejen Hartanah Di IQI Global? Dari Percutian Mewah ke Bonus Rumah dan Peluang Insentif Pemandu Peribadi. Alaminya sendiri!

Apakah Kebaikan Menyertai Ejen Hartanah Di IQI Global? Dari Percutian Mewah ke Bonus Rumah dan Peluang Insentif Pemandu Peribadi. Alaminya sendiri!

Anda masih tertanya kenapa IQI Global adalah pilihan terbaik anda jika anda ingin berkarier sebagai ejen hartanah? Apa kelebihan menyertai IQI?

Adakah soalan di atas bermain di fikiran anda dan masih tiada jawapan? —Jom! Kami selesaikan tanda tanya anda itu~

Ini kerana IQI Global menawarkan pelbagai insentif yang mewah dan menarik sebagai motivasi dan membantu ejen hartanah mereka untuk terus mencapai kejayaan!



Siapakah Ejen Hartanah IQI Global?

Ejen hartanah atau perunding hartanah IQI Global ialah individu yang dilantik oleh IQI Global untuk mewakili perniagaan hartanah mereka.

Mereka bertanggungjawab mempromosikan, menjual dan memperkenalkan produk hartanah yang ditawarkan oleh IQI Global.

Selain itu, ejen hartanah IQI Global juga membantu pelanggan mencari dan membeli rumah idaman mereka, memastikan setiap transaksi berjalan lancar.

Ejen ini perlu memiliki pemahaman mendalam tentang pasaran hartanah serta kemahiran dalam perhubungan dan pemasaran untuk mencapai kejayaan dalam industri ini.

Mereka merupakan salah satu entiti yang memainkan peranan penting di IQI Global dan setiap pengiktirafan yang telah diperoleh sehingga kini tidak akan tercapai tanpa kerja keras mereka.

Oleh itu, IQI sangat menghargai setiap usaha dari perunding hartanah mereka dan sentiasa memberi ganjaran atas kerja keras mereka!

1. Percutian Mewah Yang Ditanggung Sepenuhnya oleh IQI

Insentif pertama yang ditawarkan oleh IQI Global adalah percutian mewah ke lebih daripada 10 negara untuk ejen hartanah.

perunding hartanah IQI bercuti ke luar negara

Percutian ini sepenuhnya ditanggung oleh IQI, merangkumi tiket penerbangan, makan minum, aktiviti dan penginapan lima bintang.

Ini memberikan peluang kepada ejen hartanah IQI untuk berehat dan menikmati pengalaman mewah sebagai ganjaran atas kerja keras mereka.

Senarai dibawah adalah antara negara percutian yang telah perunding hartanah kami nikmati selepas berjaya mencapai sasaran yang telah diletakkan oleh IQI Global:

NegaraTahun
Hokkaido, Jepun2015
Bali, Indonesia2017
Brussels, Belgium2017
Amsterdam, Belanda2017
Osaka, Jepun2018
Shanghai, China2018
Switzerland2018
Danang, Vietnam2019
Finland2019
Norway2019
Gold Coast, Australia2019
Phuket, Thailand2020
Maldives2022
Singapore2022
Portugal2022
Seoul, Korea2022
London2023
Dubai2023
Seoul, Korea2023
Cheng Du, China2024
Osaka, Jepun2024
Budapest, Vienna, Prague 2024
Taiwan 2024
Spain 2025
Yunnan, China 2025
Bali, Indonesia  2025

2. Diskaun Harga Hartanah yang Istimewa

IQI Global juga menawarkan bonus rumah kepada perunding hartanah mereka? Ya, betul!

Bonus ini bukan sahaja membantu ejen mencapai penjualan yang lebih baik dan keuntungan yang lebih tinggi, tetapi juga memudahkan mereka dalam mempromosikan produk hartanah.

Dengan adanya insentif ini, ejen hartanah dapat bekerja dengan lebih berkesan dan efisien untuk meningkatkan lagi keyakinan mereka dalam membuat penjualan.

3. Insentif Kereta Mewah

Insentif hebat dan menarik seterusnya adalah subsidi kereta mewah seperti BMW, Mercedes, dan Audi!

Ini adalah satu bentuk pengiktirafan yang baik bagi ejen hartanah yang berjaya dan membantu mereka untuk merasa lebih diterima dan dihargai.

ejen IQI yang telah memenangi sebanyak 6 kali subsidi kereta

Insentif ini juga membantu ejen hartanah untuk menambahkan nilai dalam kerjaya mereka dan memperkayakan gaya hidup mereka atas segala kerja keras yang telah mereka curahkan.

4. Hadiah Gadget dan Barangan Mewah

Gadget mewah seperti iPhone, Macbook atau Ipad tak ada ke? —Sudah tentu, Rolex pun ada tau!

perunding hartanah iqi yang memenangi pemenang macbook dan ipad

IQI juga memberikan hadiah gadjet dan juga barangan mewah seperti Rolex sebagai salah satu insentif kepada perunding hartanah mereka yang mencapai sasaran penjualan.

Insentif ini bukan sahaja menjadi motivasi hebat kepada mereka untuk bekerja lebih keras, tetapi juga memberi peluang untuk menikmati hasil usaha mereka.

Dengan insentif seperti ini, ejen hartanah dapat merasa dihargai dan terus bersemangat untuk mencapai sasaran seterusnya dengan prestasi cemerlang.

5. Insentif Untuk Ketua Pasukan

Ketua pasukan ataupun Head of Team IQI juga tidak terlepas daripada mendapat insentif mewah seperti insentif pemandu peribadi!

ketua ejen hartanah IQI yang memenangi insentif pemandu peribadi

Ini adalah salah satu bentuk penghargaan dari IQI kepada para ketua pasukan yang telah bekerja keras memimpin pasukan untuk mencapai sasaran.

Mengendalikan pasukan bukanlah tugas yang mudah, ianya memerlukan strategi dan keupayaan dalam menjadi contoh dan pemimpin yang baik.

Maka dengan itu, IQI sangat menghargai mereka dengan memberikan insentif ini sebagai tanda penghargaan dan dorongan semangat!


IQI Global menawarkan ganjaran yang luar biasa kepada mereka yang bekerja keras dan berusaha untuk mencapai sasaran mereka. Jadi, tunggu apa lagi? Sertai IQI Global sekarang dan nikmati pelbagai insentif menarik!


Baca Selanjutnya:

1. Langkah Demi Langkah Menjadi Perunding Hartanah di IQI Malaysia: Panduan Dari Awal Hingga Akhir!

2. Kembangkan Sayap Anda sebagai Perunding Hartanah dengan Bimbingan IQI!

3. Pernah Ditipu Sehingga Lebih Daripada RM400k?! Dengarkan Kisah Kebangkitan Ejen Hartanah IQI Membawanya Memenangi Bonus Rumah!

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯