Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MDEC teruja pelaburan baharu Juwai IQI yang hasilkan 1,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) memberi sokongan padu kepada syarikat teknologi hartanah global, Juwai IQI yang menubuhkan pasukan data dan teknologi di Kuala Lumpur yang bakal menggunakan lebih 1,000 pekerja.

Mengikut perancangan, lokasi yang menjadi pilihan ialah di Millerz Square dan ketika ini kerja-kerja pembinaan telah bermula serta dijangka akan mula beroperasi pada suku pertama tahun depan.

Pekerjaan baharu berkaitan digital membabitkan pembangunan aplikasi platform mudah alih, sains data dan pakar media sosial dijangka akan memainkan peranan penting pada masa hadapan.

“MDEC teruja dan menunggu bermulanya operasi pusat teknologi Juwai IQI di Malaysia.
Perkembangan ini menunjukkan keyakinan jelas di kalangan pelabur global terhadap Malaysia dan
membuktikan tahap kemahiran digital dan kemampuan tenaga kerja negara kita yang tinggi.”Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.

Langkah Juwai IQI ini selari dengan inisiatif Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang dilancarkan kerajaan Malaysia pada bulan lalu.

Secara keseluruhan, sebanyak 1,000 pekerjaan baharu dijangka dapat diwujudkan menerusi pelaburan terbaharu syarikat ini manakala kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan menjelang 2025 dalam sektor sama.

Baca selanjutnya: MDEC

Sumber: MDEC

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯