Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pusat Data Pacu Peralihan Strategi Pemaju Hartanah Malaysia

Ledakan global teknologi kecerdasan buatan telah mencetuskan lonjakan besar permintaan terhadap pusat data, sekali gus mengubah keutamaan pembangunan hartanah di Malaysia.

Pelaburan oleh pemain teknologi utama menjadi pemangkin, dengan Microsoft dilaporkan melabur sekitar AS$80 bilion manakala OpenAI pula membelanjakan kira kira AS$500 bilion bagi pembangunan infrastruktur AI.

Malaysia kini muncul sebagai antara pasaran pusat data paling pesat berkembang di Asia Tenggara.

Malaysia kini muncul sebagai antara pasaran pusat data paling pesat berkembang di Asia Tenggara

Kedudukan strategik, kos tanah dan elektrik yang kompetitif serta dasar pro pertumbuhan menjadikan negara ini pilihan utama, dengan lebih dua pertiga kapasiti pusat data yang sedang dibina di rantau ini tertumpu di Malaysia.

Pelaburan berkualiti tinggi turut mengukuhkan kedudukan tersebut, termasuk pembukaan kemudahan penyelidikan seluas 209,000 kaki persegi oleh syarikat semikonduktor Amerika Syarikat, AMD, di Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

a) Konteks global dan kedudukan Malaysia dalam ledakan pusat data

Elemen utamaButiran ringkas
Pelaburan AI globalMicrosoft AS$80 bilion, OpenAI AS$500 bilion
Pemacu permintaanAI, cloud dan operasi hyperscale
Kedudukan MalaysiaAntara pasaran pusat data terpantas di Asia Tenggara
Skala serantauLebih dua pertiga kapasiti pusat data ASEAN dibina di Malaysia
Contoh pelaburanKemudahan AMD 209,000 kaki persegi di Pulau Pinang

Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, berkata pelaburan pusat data bernilai berbilion ringgit ini telah mengubah asas penilaian pembangunan hartanah, dengan akses elektrik dan air kini menjadi faktor penentu utama kelulusan projek.

Tanah sahaja tidak lagi mencukupi. Projek yang telah diluluskan juga boleh tertangguh jika bekalan elektrik tidak mencukupi. Fenomena ini, yang dikenali sebagai ‘power pinch’, membuka peluang kepada pemaju dan pelabur yang bersedia lebih awal…

Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI

Menurut beliau, pusat data menggunakan tenaga dan air pada skala jauh lebih tinggi berbanding pembangunan hartanah konvensional, menyebabkan pemaju kini menilai keupayaan utiliti sebelum membeli tanah.

Johor muncul sebagai tumpuan utama berikutan kekangan kapasiti di Singapura, dan perkembangan di negeri itu dijangka menjadi rujukan kepada negeri lain.

b) Gambaran ringkas faktor penarik utama pusat data di Malaysia

Faktor utamaKesan kepada hartanah
Pelaburan AI globalPermintaan pusat data meningkat mendadak
Kos elektrik kompetitifMenarik pengendali pusat data berskala besar
Polisi pro pertumbuhanMempercepat keputusan pelaburan
Kedudukan strategikSokong operasi serantau dan global

Dalam menghadapi perubahan struktur ini, Kashif menggariskan lima strategi utama untuk pemain industri hartanah:

  • Mengawal tanah yang sudah mempunyai infrastruktur elektrik dan air
  • Membina projek yang fleksibel untuk pelbagai jenis pengguna termasuk pusat data, ujian cip dan pembuatan canggih
  • Menumpukan pembangunan pejabat berhampiran hab teknologi
  • Melabur dalam perumahan berhampiran kluster pusat data dan infrastruktur
  • Menggunakan jadual pembangunan infrastruktur sebagai panduan merancang masa pelaksanaan projek

Menurut beliau, pengendali AI sanggup membayar premium lebih tinggi bagi tanah yang membolehkan pusat data beroperasi dengan lebih pantas, menjadikan reka bentuk projek yang fleksibel semakin penting.

Bangsar South menjadi salah satu kawasan untuk sektop pejabat yang mendapat permintaan kukuh untuk pusat data

Bagi sektor pejabat, permintaan dijangka kekal kukuh di lokasi berhampiran hab teknologi seperti Bangsar South, pinggir KL Sentral, Damansara Heights dan Cyberjaya.

Manakala bagi perumahan, peluang tertumpu di kawasan berhampiran pusat pekerjaan AI dan pusat data termasuk Johor, Cyberjaya dan Pulau Pinang.

Juwai IQI melihat ledakan pusat data bernilai berbilion ringgit ini sebagai satu anjakan struktur jangka panjang, di mana infrastruktur utiliti kini menjadi asas utama nilai hartanah dan daya tarikan pelaburan di Malaysia.

Juwai IQI telah dipaparkan dalam Newswav, Astro Awani & Dagang News.


Ingin memahami bagaimana pelaburan AI global dan pusat data membentuk semula pasaran hartanah Malaysia? Dapatkan analisis dan pandangan strategik daripada pakar Juwai IQI!

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯