Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

IQI Perkenal Jejak Global di Jantung Ekonomi Eropah: IQI Jerman!

Versi: EN, CN


IQI Global, rangkaian agensi hartanah global di bawah kumpulan Juwai IQI, dengan rasmi mengumumkan pelancaran IQI Jerman, sekaligus mengukuhkan kehadiran syarikat dalam pasaran hartanah mewah rentas sempadan Eropah.

Melalui kerjasama bersama jenama butik hartanah kediaman mewah Jerman, Dianium Residence, IQI Global kini mempunyai kehadiran langsung dalam ekonomi terbesar Eropah.

Pelancaran ini bertujuan membuka akses dua hala antara pelabur antarabangsa dan pasaran hartanah Jerman.

Di satu pihak, IQI Jerman akan membantu pembeli Jerman mendapatkan akses lebih mudah dan selamat ke pasaran Asia.

Pada masa yang sama, pelabur luar — khususnya dari Asia dan Timur Tengah — akan mendapat peluang eksklusif untuk memiliki hartanah di lokasi utama seperti Berlin, Munich dan Frankfurt.

Menurut Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IQI, perkembangan ini adalah langkah penting dalam usaha IQI menjadikan pelaburan hartanah merentas sempadan lebih mudah dan selamat untuk semua pihak.

Dengan meluaskan platform IQI ke Jerman, kami bukan sahaja membuka pintu ke pasaran antarabangsa untuk pembeli Jerman, tetapi juga memperkenalkan pasaran Jerman kepada pelabur luar,” katanya.

IQI kini merangkumi lebih 60,000 ejen di lebih 32 negara, dengan 10 juta interaksi pengguna setiap bulan. Tambahan IQI Jerman hadir selepas pelancaran kami baru-baru ini di Belanda, Itali, Portugal, Iceland dan Montenegro

Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI

Jerman kini merupakan antara penyumbang terbesar kepada pembelian hartanah luar negara di Eropah.

Statistik menunjukkan warga Jerman menyumbang sekitar 18% pembeli asing di Perancis, 16% dalam pasaran hartanah mewah di Itali, serta pegangan signifikan di Portugal, Greece dan Sepanyol.

Potensi pertumbuhan mereka dalam pasaran Asia dijangka terus meningkat dalam tahun-tahun akan datang.

Daniel Ho, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Kumpulan IQI, berkata waktu pelancaran ini sangat strategik kerana ekonomi Jerman sedang pulih selepas tiga tahun stagnasi.

Harga rumah dijangka meningkat sekitar 3.5% tahun ini, manakala kadar sewa terus mencatat pertumbuhan dengan purata pulangan pelaburan kini 3.83%, menurut data Global Property Guide,” ujarnya.

Bandar utama seperti Berlin, Munich dan Frankfurt sangat menarik bagi pelabur kami dari Asia yang inginkan kestabilan pendapatan dan perlindungan modal jangka panjang…

Daniel Ho, Pengasas Bersama & Pengarah Urusan Kumpulan Juwai IQI

IQI Jerman akan diterajui oleh Michael Lamm, Ketua Pegawai Eksekutif Dianium Residence, yang telah mengendalikan lebih €250 juta transaksi hartanah mewah dan komersial dalam tiga tahun terakhir, serta dua kali memenangi Bellevue Property Award.

Menyertai keluarga IQI membolehkan kami mengekalkan pendekatan butik sambil memanfaatkan rangkaian pelanggan global dan alat pemasaran bertaraf dunia,” kata Michael.

Pasukan berbilang bahasa kami sesuai dengan jaringan multinasional IQI. Kami yakin IQI Germany akan mempercepat aliran pelaburan masuk ke Jerman, dan pada masa yang sama, membantu warga Jerman melabur dengan yakin di destinasi popular seperti Sepanyol dan Portugal…

Michael Lamm, Ketua Pegawai Eksekutif Dianium Residence

Dengan gabungan kepakaran tempatan dan kekuatan teknologi global, IQI Jemran akan berperanan sebagai jambatan pelaburan dua hala antara Eropah dan Asia — sejajar dengan visi IQI untuk menjadikan pelaburan hartanah rentas sempadan lebih mudah diakses, dipercayai dan menguntungkan.


Berminat untuk melabur di Jerman atau pasaran hartanah mewah Eropah?

Dapatkan nasihat profesional daripada ejen berpengalaman IQI Global hari ini dan mulakan pelaburan anda dengan keyakinan.





+60








Baca Selanjutnya:

  1. Meneroka Peluang Pelaburan Global: IQI Kini di Sardinia
  2. IQI Perkukuh Posisi di Bulgaria dengan Pejabat di Tiga Bandar Utama
  3. IQI Dubai Perluas Kehadiran di UAE dengan Pejabat Lebih Besar

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯