Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Malaysia Terima RM31 Bilion Pelaburan China pada 2024

Malaysia menerima pelaburan langsung dari China bernilai RM31 bilion pada 2024. Peningkatan lebih dua kali ganda berbanding 2023 dan jumlah tertinggi sejak 2015.

Peningkatan ini didorong oleh hubungan diplomatik yang kukuh, inisiatif strategik kerajaan, dan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dasar Malaysia.

Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, berkata prestasi ini menunjukkan Malaysia kekal sebagai destinasi utama pelaburan China di ASEAN.

2024 merupakan tahun kedua paling besar dalam aliran modal China ke Malaysia. Kami jangka paling kurang RM30 bilion lagi pelaburan pada 2025, dengan kilang komponen bateri dan solar mengambil bahagian lebih besar.

Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI

Daripada jumlah pelaburan 2024 itu, 52% disalurkan ke sektor pembinaan termasuk projek mega infrastruktur, manakala 48% adalah pelaburan langsung merangkumi sektor logam, tenaga, kewangan dan teknologi.

Antara pelaburan terbesar termasuk projek logam Hebei Xinwu’an bernilai RM8.1 bilion, diikuti sektor tenaga (RM3.4 bilion), kewangan (RM700 juta), dan teknologi (lebih RM400 juta).

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjadi contoh impak positif pelaburan ini, yang telah menggaji lebih 16,000 pekerja Malaysia.

Apabila siap, projek ini dijangka menyumbang 3.8% kepada KDNK negara dan mewujudkan lebih 90,000 peluang pekerjaan baharu.

Selain itu, pelaburan dari China turut membawa kepada pemindahan teknologi, pembangunan infrastruktur moden, dan peningkatan peluang perniagaan untuk komuniti tempatan.

Pelaburan ini bukan sahaja membawa modal, tetapi juga teknologi, kemahiran dan peluang baharu untuk rakyat Malaysia. Ia memperkukuh ekosistem ekonomi dan membina asas kukuh untuk pertumbuhan jangka panjang,” tambah beliau.

Dengan jaringan operasi di lebih 20 negara, Juwai IQI terus memantau tren pelaburan asing dan menyediakan panduan strategik berasaskan data kepada pelabur, pemaju, dan pembuat dasar.

Pihaknya yakin momentum pelaburan dari China akan berterusan selaras dengan pertumbuhan sektor industri dan tenaga hijau di Malaysia.

Juwai IQI telah dipaparkan dalam Warta Oriental, Majalah Labur & Utusan.


Ingin tahu bagaimana pelaburan asing mempercepat pemulihan ekonomi Malaysia? Nikmati ulasan pakar dan data eksklusif dari Juwai IQI.

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯