Dikemaskini 28 Jun 2021
Kemaskini; Menerusi pengumuman oleh Perdana Menteri, YAB Muhyiddin Yassin, kerajaan akan menumpukan bantuan kepada rakyat melalui PEMULIH atau Pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi.
Tanggal 21 Februari 2021, telah tibanya bekalan pertama vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech. Pengumuman ini membantu rakyat menarik nafas lega dengan harapan ketibaan vaksin dapat memberikan sinar baharu dalam perjuangan negara menentang pandemik Covid-19.
Vaksin yang akan diberikan secara berperingkat melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Menerusi artikel ini, kami senaraikan apa yang patut anda tahu mengenai vaksin Covid-19.
PEMULIH
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK:
1. Stok tambahan untuk vaksin 130% penduduk berbanding 120% sebelumnya
2. 29 PPV tambahan untuk semua orang menerima vaksin
3. bayaran tambahan untuk sukarelawan di PPV
4. MITI menyelaraskan PIKAS dan mendesak syarikat dan industri untuk membenarkan premis mereka sebagai PPV.
5. Pendaftaran untuk vaksinasi serta subsidi hingga RM30 untuk kos tambang teksi dan e-hail untuk orang kurang upaya dan warga tua.
1. Apakah perkembangan terkini vaksin Covid-19 negara Malaysia?
Vaksin Covid-19 negara Malaysia mendarat pada 21 Februari 2021 dan akan diagihkan kepada rakyat Malaysia mulai hujung bulan Februari 2021 sehingga Februari 2022 melalui 3 fasa.
2. Apakah 3 fasa penerimaan vaksin Covid-19?
Program vaksinasi akan dilakukan secara berperingkat dengan mengutamakan kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Dipecahkan kepada 3 fasa:
Fasa Pertama (Februari – April 2021)
Petugas barisan hadapan seperti kakitangan kesihatan, petugas penjaga warga emas, polis, tentera, imigresen, bomba.
Fasa Kedua (April – Ogos 2021)
Individu yang berumur 60 tahun ke atas, individu yang menghidap penyakit kronik, individu kelainan upaya.
Fasa Ketiga (Mei 2021 – Februari 2022)
Populasi dewasa lain; 18 tahun ke atas (warganegara & bukan warganegara), keutamaan kepada zon merah, kuning dan kemudiannya hijau.
3. Apakah jenis vaksin Covid-19 di Malaysia dan dos?
Terdapat 5 pengeluar vaksin. Pfizer-BioNTech telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA.
Manakala 4 jenama yang lain masih sedang diproses untuk kelulusan NPRA. Bekalan vaksin daripada kelima-lima pembekal ini akan diterima oleh Malaysia. Manakala, dos pengambilan vaksin:
4. Bolehkah mengambil jenis vaksin yang berbeza?
Tidak boleh. Penerima perlu melengkapkan jadual menggunakan jenama yang sama mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
5. Boleh ke kalau saya tidak mahu mengambil vaksin?
Buat masa sekarang, pengambilan vaksin adalah secara sukarela. Individu yang terlibat perlu mengisi borang keizinan untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Masyarakat umum digalakkan untuk mengambil suntikan vaksin demi mendapat perlindungan imuniti yang maksimum.
6. Bagaimana nak daftar?
Bagi mereka yang tidak mempunyai telefon atau akses kepada aplikasi MySejahtera boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin dengan fungsi ‘Family Registration’ di aplikasi yang sama bermula 12 Mac nanti.
7. Apakah kesan sampingan suntikan vaksin Covid-19?
Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang telah dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah:
• sakit / bengkak / kemerahan di tempat suntikan
• penat
• sakit kepala
• menggigil
• sakit sendi
• demam
• loya
• rasa tidak sihat
• bengkak kelenjar limfa
• kesan sampingan yang mungkin dilapor dari semasa ke semasa
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang infosihat.gov.my.
8. Adakah vaksin mampu beri perlindungan 100%?
Vaksin telah terbukti berkesan dalam mengurangkan jangkitan penyakit. Namun, bagi vaksin Covid-19 yang telah menjalani ujian klinikal, keberkesanan vaksin adalah di antara 60% – 95%.
9. Bila vaksin akan mengambil kesan?
Kajian telah menunjukkan vaksin memerlukan satu hingga dua minggu untuk memberi tindakbalas imuniti.
10. Boleh saya dijangkiti Covid-19 selepas menerima vaksin?
Mereka yang telah menerima suntikan akan mempunyai antibodi spesifik yang akan melindungi mereka daripada jangkitan virus dan tidak menyebarkan virus tersebut.
11. Bagaimana untuk dapatkan informasi terkini?
Pautan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan:
Dapatkan maklumat terkini mengenai Covid-19 di laman-laman berikut:
Kita masih belum menang! Kekalkan penjarakan fizikal dan keluar hanya bila perlu! Lindung diri, lindung semua.
#kitajagakita