Setiap pekerjaan yang dilakukan pastinya mempunyai gaji bukan? Bagi mereka yang bekerja makan gaji pastinya mempunyai gaji yang tetap, namun bagi yang bekerja sendiri tiada istilah gaji tetap bagi mereka pada setiap bulan.
Gaji ejen hartanah, mereka bergantung sepenuhnya kepada usaha mereka pada bulan tersebut. Kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit.
Tidak dapat dinafikan bahawa tarikan atau faktor sesuatu pekerjaan menjadi pilihan adalah kerana gaji yang ditawarkan.
Namun, walaupun tiada gaji basic yang ditawarkan, kerjaya ejen hartanah ni masih menjadi antara pekerjaan yang menjadi pilihan ramai orang.
Siapa cakap bekerja sendiri dan tiada slip gaji tetap tidak boleh berjaya?
Sebenarnya, ramai ejen hartanah di bawah agensi hartanah IQI Global berjaya dan apa yang menariknya lagi, mereka boleh hidup mewah dengan pendapatan sebagai ejen hartanah atau kerjaya ini.
Bahkan mungkin anda yang lebih berjaya dan mewah berbanding dengan yang makan gaji.
Tetapi, semuanya harus bermula dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa dalam industri hartanah ni.
Banyak kelebihan dan peluang untuk menjadi ejen hartanah. Antaranya ialah anda mempunyai peluang untuk bekerja pada bila-bila masa dan di mana sahaja, anda dapat komisen yang tinggi, insentif yang menarik, risiko yang rendah dan lain-lain.
Namun begitu, hidup di zaman yang serba serbi memerlukan hitam putih dalam setiap urusan ini pastinya agak memeningkan kepala bagi yang bekerja sendiri.
Hal ini kerana, bagi yang bekerja sendiri kebanyakannya tiada slip gaji untuk pendapatan yang mereka perolehi setiap bulan. Ini termasuklah bagi mereka yang berkerja sebagai ejen hartanah atau dalam bidang hartanah ni.
Apa itu slip gaji ejen hartanah?
Slip gaji ialah suatu penyata yang merekodkan segala butiran bayaran pendapatan seseorang pekerja.
Antara butiran yang tercatat di dalam slip gaji termasuklah bayaran yang diterima dan penolakan yang dibuat ke atas gaji mereka.
Slip gaji juga adalah bukti atau tanda sebagai bayaran gaji darpada majikan kepada pekerjanya.
Selain gaji yang diterima, slip gaji juga antara benda yang sering ditunggu-tunggu oleh setiap pekerja. Ini kerana, dari slip gajilah pekerja dapat mengetahui samada bayaran yang diterima betul atau tidak.
Itu bagi pekerja tetap yang mempunyai gaji bulanan.
Bagaimana pula dengan slip gaji bagi yang bekerja sendiri?
Bagi yang bekerja sendiri sudah pastilah tiada sebarang slip gaji. Begitu juga dengan ejen hartanah.
Ejen hartanah tiada sebarang slip gaji rasmi memandangkan mereka tiada sebarang gaji basic seperti pekerja yang makan gaji.
Hal ini kerana, pendapatan ejen hartanah bergantung sepenuhnya kepada komisen jualan atau sewaan rumah.
Ejen hartanah tergolong dalam kategori bekerja sendiri di mana pendapatan bulanan mereka tidak menentu dan bergantung sepenuhnya kepada komisyen hasil closed deal atau jualan rumah yang dilakukan.
Baucer pembayaran sebagai slip gaji ejen hartanah
Sekiranya anda adalah seorang ejen hartanah, anda boleh menganggap baucer pembayaran (payment voucher) yang dibayar oleh syarikat hartanah kepada anda sebagai slip gaji anda.
Baucer bayaran ini akan mencatatkan detail bayaran yang dibuat kepada ejen hartanah.
Selain itu, ejen hartanah boleh gunakan Borang CP58 sebagai dokumen yang menyatakan pendapatan mereka.
CP58 ialah penyata pendapatan yang akan menunjukkan insentif, elaun, bonus dan lain-lain bayaran.
CP58 sama seperti borang EA yang diguna pakai oleh syarikat yang menggaji pekerja yang bergaji tetap.
Bezanya ialah CP58 diguna pakai untuk mereka yang bekerja sebagai ejen, dealer dan distributor.
Manakala Borang B pula adalah borang percukaian pendapatan bagi mereka yang bermastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan dalam tahun yang ditaksir.
Bagi ejen hartanah yang tinggal di Malaysia mereka perlu mengisi Borang B ini untuk pengisytiharan cukai mereka.
CP58 dan Borang B ini penting kerana berkaitan dengan pengisytiharan cukai pendapatan ejen hartanah.
Ketiga-tiga dokumen ini boleh menggantikan slip gaji bagi ejen hartanah kerana ejen hartanah tergolong dalam golongan bekerja sendiri yang tidak mempunyai gaji tetap dan tidak menentu.
Oleh itu, sistem dokumen adalah berbeza berbanding mereka yang makan gaji.
Apa kepentingan atau kegunaan slip gaji ini?
Slip gaji ini penting kepada pekerja untuk mengetahui perincian pembayaran bagi pendapatan bulanan mereka.
Sebarang kesilapan dalam pembayaran gaji pekerja akan dapat dikesan melalui slip gaji ini.
Selain itu, bagi pekerja slip gaji digunakan sebagai dokumen untuk membuktikan mereka adalah pekerja kepada sesebuah syarikat.
Hal ini kerana, slip gaji bukan sahaja merekodkan hal berkaitan pembayaran gaji tetapi juga mencatatkan segala butiran pekerja.
Di samping itu, slip gaji juga digunakan dalam pengiraan cukai pendapatan dan potongan yang mereka layak terima mengikut akta.
Bukan itu sahaja, slip gaji adalah salah satu dokumen penting dalam hal berkaitan permohonan pinjaman dari institusi kewangan termasuklah permohonan pinjaman bagi hal berkaitan hartanah.
Institusi kewangan akan menjadikan slip gaji sebagai rujukan kredibiliti pemohon serta bukti bahawa pemohon mempunyai sumber pendapatan.
Kelebihan Atlas Super App
Berbeza dengan perunding hartanah lain, sebagai seorang perunding hartanah di IQI, anda boleh mendapatkan slip gaji melalui Atlas iaitu sebuah aplikasi ciptaan IQI Global yang dicipta khas untuk ejen hartanah dalam agensi mereka.
Aplikasi mudah alih IQI Atlas ini turut menyediakan akses kepada ejen hartanah bertulang belakang teknologi IQI, di mana ia dapat memberikan anda segala maklumat berkaitan jualan peribadi dan pasukan, tontonan hierarki pasukan, paparan baucar pembayaran dan operasi fail IQI Drive.
Atlas ini akan membekalkan maklumat hartanah yang tepat dan terkini terus ke telefon dan computer para ejen, pembeli dan pelabur mereka.
Apakah kelebihan Atlas ini?
Berikut adalah kelebihan lain menggunakan aplikasi Atlas ini bagi ejen hartanah IQI Global.
- Sebagai one-stop-center bagi ejen hartanah IQI Global untuk mengakses segala maklumat berkaitan dengan sesuatu projek
- Sebagai one stop marketing bagi ejen hartanahnya apabila dapat mengiklankan projek bukan sahaja dalam negara tetapi juga luar negara
- Boleh diakses dari telefon atau komputer
- Memudahkan urusan ejen hartanah kerana semuanya hanya di hujung jari
- Closed deal hartanah dari luar negara kerana projek luar negara juga ada di dalam aplikasi ini
- Solusi berkaitan hal hartanah untuk ejen hartanahnya
- Sumber latihan sepanjang hayat untuk semua ejen hartanahnya apabila boleh mengakses sebarang latihan dari Atlas sahaja
- Menjimatkan masa berbanding sebelum ini menggunakan cara manual atau separa manual
- Merevolusikan proses jualan rumah berbanding sebelum ini yang menggunakan cara manual atau separa manual
- Mengurangkan carbon footprint semasa berurusan dengan klien apabila tidak menggunakan banyak kertas untuk berurusan. Semuanya menggunakan Atlas Super App sahaja.
Kesimpulannya, tiada slip gaji tidak bermakna ejen hartanah tidak boleh berjaya. Hakikatnya, ejen hartanah juga mampu berjaya seperti mereka yang makan gaji.
Bahkan, sebagai perunding hartanah ni, anda mungkin boleh lebih berjaya. Buktinya, ramai ejen hartanah IQI Global yang berjaya mengubah hidup mereka walaupun dari rumah sahaja.
Bahkan, terdapat banyak kelebihan menjadikan kerjaya ejen hartanah ini atau terlibat dalam industri hartanah ni sebagai pendapatan tetap anda. Antara kelebihannya adalah masa dan jadual yang sangat fleksibel dengan perolehan komisyen jualan yang tinggi atau tiada had beserta kelebihan mempunyai jaringan dengan banyak pihak.
Anda juga berpeluang untuk menimba ilmu dan pengalaman yang berharga dan mempunyai cabang pendapatan yang besar dalam peningkatan kerjaya.
Bidang hartanah adalah bidang kerjaya yang buatkan anda berjaya dan mungkin anda akan lebih berjaya dengan kemudahan yang diciptakan melalui aplikasi Atlas ini bergantung kepada cara berusaha jual rumah melalui agensi hartanah dalam IQI.
Tidak perlu tergesa-gesa untuk ke pejabat dan tidak perlu menghadap jalan yang sesak tetapi masih boleh menerima pendapatan yang tinggi dengan menjadi ejen hartanah di IQI Global. Hartanah dengan pendapatan tinggi boleh buat anda dapat kehidupan yang lengkap tanpa perlu tekanan dalam mengejar pendapatan.
Jadi, akhir kata bergantung kepada anda cara untuk mengubah corak pendapatan melalui kerjaya hartanah ini dengan jual rumah tinggi atau hartanah dengan cara yang tepat dan bijak.