Tahukah anda, anda boleh mendapat pelepasan cukai bagi pembelian telefon pintar, komputer peribadi dan tablet? —Ya, benar!
Lebih menarik lagi, Belanjawan 2025 telah memperkenalkan perubahan baharu dalam pelepasan cukai. Contohnya, pelepasan cukai pendapatan untuk yang telah menyelesaikan pinjaman rumah—membuka lebih banyak ruang untuk mengurangkan beban kewangan anda.
Jadi, jangan lupa simpan semua resit pembelian anda! Jom lihat senarai lengkap pelepasan cukai yang boleh anda tuntut tahun ini dan maksimakan penjimatan anda:
Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan
Jenis Bantuan | Jumlah |
---|---|
Pelepasan Peribadi | |
Individu dan Saudara Tanggungan | RM9000 |
Suami / Isteri / Nafkah Bekas Isteri | RM4000 |
Yuran Pengajian Individu (Sarjana/PhD) • Kursus Latihan Individu (RM1000 sahaja) | RM7000 |
Orang OKU | RM6000 |
Suami / Isteri OKU | RM5000 |
Sumbangan Berkanun | |
Insurans Hayat (Individu dan Pasangan) | RM3000 |
Insurans Perubatan atau Pendidikan | RM3000 |
KWSP | RM4000 |
SOCSO & EIS | RM350 |
Private Retirement Scheme (PRS) | RM3000 |
Simpanan Bersih SSPN | RM8000 |
Perubatan dan Peralatan Kesihatan | |
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa | RM8000 |
Perbelanjaan Perubatan Penyakit Serius: • Pemvaksinan, Pemeriksaan Kesihatan, Kit, Pengesanan COVID-19, Rawatan Kesuburan | RM8000 |
Gaya Hidup: • Buku, Peralatan Sukan, Yuran Keahlian Gimnasium, Bayaran Internet Bulanan | RM2500 |
Gaya Hidup: • Komputer Peribadi (PC), Tablet, Telefon Pintar (smartphone) | RM2500 |
Aktiviti Tambahan Berkaitan Sukan: • Peralatan Sukan, Sewa Tempat Sukan/Yuran Penyertaan, Bayaran Masuk |
RM500 |
Perbelanjaan Pelancongan Domestik: • Kos penginapan yang didaftarkan dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Bayaran masuk tempat tarikan pelancong |
RM1000 |
Peralatan Kenderaan Elektrik: • Membeli, memasang dan menyewa kemudahan, Kos Pengecasan EV |
RM2500 |
Peralatan Menyusu (wanita sahaja): • Kanak-kanak dibawah umur 2 tahun, Setiap 2 tahun |
RM1000 |
Peranti bantuan untuk orang kurang upaya (individu, pasangan, anak, ibu bapa) | RM6000 |
Pelepasan Kanak-kanak | |
Kanak-kanak belum berkahwin di bawah umur 18 tahun (seorang) | RM2000 |
Pelajar sepenuh masa yang belum berkahwin berumur 18 tahun ke atas: • A-Level, Matrikulaso/Asasi, Program Diploma (Sijil) |
RM2000 |
Pelajar diploma pendidikan tinggi ke atas, belum berkahwin dan berumur 18 tahun ke atas: • Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran (PhD) | RM8000 |
Taska/Tadika (Bawah 6 tahun) | RM3000 |
Kanak-kanak Kurang Upaya | RM6000 |
Ingin jimat lebih banyak wang? Pastikan anda tidak terlepas 26 potongan cukai penting ini semasa memfailkan penyata cukai anda!
Inilah peluang anda untuk memanfaatkan insentif yang disediakan kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat setiap tahun.
Masih mencari agensi hartanah yang mampu membimbing anda sehingga berjaya? Atau agensi hartanah yang menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran anda? IQI Global lah jawapannya, sertai kami hari ini!
Baca Selanjutnya:
1. Cukai Taksiran Selangor vs Cukai Harga Tanah: Panduan Lengkap Mengenai Kewajipan dan Implikasi
2. RM421 Bilion Bajet Bakal Dikeluarkan Bagi Belanjawan 2025
3. Tiada lagi Pelekat Cukai Jalan: Cara mendapatkan Cukai Jalan Elektronik dan Lesen Memandu Elektronik