Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan. Monsun Timur Laut dan air pasang besar yang aktif pada tempoh itu mengundang risiko berlaku hujan lebat berterusan dan peratusan banjir berskala besar adalah tinggi di daerah Selangor dan juga di negeri-negeri Pantai Timur.
Konten
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi laman Facebook rasminya pada Selasa (20 September) sudah mengeluarkan kenyataan tentang kawasan panas (hotspot) di daerah Selangor yang besar kemungkinan akan ditimpa banjir, sumber itu diperoleh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.
Kawasan Hotspot Banjir Di Daerah Selangor
Antaranya adalah Petaling, Gombak, Klang, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor manakala daerah yang tidak disenarai sebagai “hotspot” ialah Hulu Selangor.
Source:Agensi Pengurusan Bencana Negara
Dalam kenyataan Facebook itu, NADMA berkata titik panas itu dikenal pasti berdasarkan kekerapan banjir melebihi tiga kali dari rekod antara 2019 hingga tahun ini. Pada masa yang sama, kawasan berisiko itu ditentukan berdasarkan lokasi yang pernah mengalami banjir dan dianggap berisiko untuk berlaku lagi pada masa akan datang. Sekiranya berlaku luruan monsun atau kemunculan sistem tekanan rendah, ia akan menyebabkan hujan berterusan berlaku di negeri-negeri berkenaan yang berpotensi menyebabkan banjir besar. Luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada Disember.
Buat mereka yang tinggal di kawasan berisiko dilanda banjir seperti di atas, perkara pertama yang amat penting untuk anda lakukan ialah untuk tidak panik dan tetap tenang. Selain dari itu, amat penting untuk anda melakukan persediaan awal bagi mengurangkan kerosakan serius sama ada terhadap barang peribadi anda, kenderaan, perabot dan yang lain-lain. Di bawah turut disertai beberapa langkah yang dapat anda lakukan sebagai persiapan untuk menghadapi banjir:
Tips Untuk Menghadapi Banjir
1. Letakan Surat-surat Berharga di Tempat yang Paling Tinggi
– Pastikan anda menyimpan dokumen dan surat-surat berharga di dalam almari atau tempat yang paling tinggi dan tidak terjangkau banjir.
2. Amankan Saluran Elektrik dan Barang Elektronik
– Biasakan untuk mencabut barang-barang elektronik dari soket agar terhindar dari apa-apa risiko yang tidak diingini.
3. Mendahulukan Keselamatan Anggota Keluarga yang Sakit, Warga Emas dan Kanak-kanak
– Umumnya, pertolongan ekstra diperlukan untuk menyelamatkan keluarga yang sakit, warga emas, dan kanak-kanak ketika banjir. Oleh itu, pastikan anda telah menyediakan alat-alat perubatan dan keselamatan, seperti kotak kecemasan, pelampung, perahu getah dan mendahulukan keluarga yang sakit, warga emas, dan kanak-kanak.
4. Update Informasi dengan Sekitar
– Selalu update informasi terbaru tentang situasi air sungai mahupun air laut di sekitar wilayah/kawasan anda. Biasanya petugas kawasan bersama warga dan lembaga sosial telah menjangkakan hal ini dengan memberikan informasi lanjut sebelum banjir berlaku.
5. Barang yang Harus Dibawa Saat Banjir
– Bawa perlengkapan dan barang penting seperti pakaian, alat komunikasi, duit, kotak kecemasan dan dokumen penting. Tetap tenang saat menghadapi banjir. Komunikasi dan bekerja sama untuk saling mengingatkan dan saling membantu antara satu sama lain.
6. Menyediakan Makanan Instan di Rumah
– Tak boleh dijangka, banjir boleh menyekat segala sumber termasuk makanan. Jadi amat penting untuk menyediakan makanan segera untuk persiapan ketika dilanda banjir.
7. Siapkan Ubat-ubatan Penting
– Selain menyekat sumber makanan, banjir juga boleh menyebabkan tertutupnya akses terhadap ubat-ubatan. Maka penting untuk menyiapkan ubat-ubatan peribadi atau kotak kecemasan di rumah. Terlebih lagi jika anda atau anggota keluarga anda menghidap penyakit tertentu yang memerlukan perawatan khusus.
8. Berpindah ke Kawasan yang Lebih Aman
– Apabila ketujuh cara di atas sudah dilakukan, maka langkah terakhir untuk menghadapi banjir adalah berpindah ke tempat yang lebih aman dan tinggi. Pastikan juga anda telah menyimpan nombor-nombor penting seperti nombor ketua penduduk/kampung, dan talian kecemasan banjir di kawasan anda sekiranya memerlukan bantuan mendesak.
Tips untuk mengurangkan kerosakan serius untuk kenderaan
- Ketika seseorang sedang memandu, mereka disarankan supaya tidak meneruskan perjalanan. Kerana ia sangat berisiko, pemandu tidak mengetahui keadaan jalan, bentuk muka bumi, arus air dan bahaya lain. Kemahiran mengharungi air bergantung juga kepada kecekapan individu dan sekiranya mengharung banjir, penggunaan gear rendah (L) lebih sesuai bagi kenderaan transmisi manual.
- Diminta menanggalkan bateri sebelum membersihkan ruang enjin. Pemilik juga perlu memeriksa keadaan enjin, minyak pelincir dan minyak utomatik serta Unit Kawalan Elektronik (ECU), selepas itu boleh memanggil trak tunda untuk dibawa ke bengkel membaiki kenderaan.
- Untuk kenderaan dengan sistem kemasukan tanpa kunci (keyless) dan ‘immbolizer’, ia perlu dibawa ke pusat servis bertauliah bagi memeriksa keseluruhan sistem.
Untuk maklumat terkini dan lebih lanjut tentang banjir, sila layari laman sosial facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).