“Pemulihan tidak akan berlaku secepat mungkin. Paling awal mungkin pada tahun 2024. Hal ini kerana, kebanyakan pengguna akan menggunakan kewangan mereka untuk membayar hutang piutang mereka dan bukan menyumbang kepada ekonomi.” kata Shan Saeed, Ketua Pakar Ekonomi, Juwai IQI berkenaan pelan ransangan pemulihan Amerika Syarikat.
Mengukuhkan lagi kenyataan beliau, Shan percaya yang kadar inflasi akan meningkat dengan pesat di Amerika Syarikat dengan pelan ransangan ini.
“Pemindahan kewangan dari satu pengguna ke pengguna lain akan meningkatkan kadar inflasi ini.” tambah Shan Saeed.
Tambahan lagi dalam kenyataan Shan, ekonomi negara China akan mendahului Amerika Syarikat menjangkau 2025.
Tonton video penuh: Niaga AWANI
Sumber: Astro AWANI