Adakah kerjaya anda sekarang terasa terbatas? Mungkin kerana terikat dengan KPI, tiada kebebasan masa dan mungkin pendapatan kurang memuaskan?
Pernahkah anda terfikir untuk mencari kerjaya yang menawarkan sebaliknya atau jauh lebih baik? —Cobalah Perunding Hartanah (REN) sebagai kerjaya anda seterusnya!
Ikuti kisah inspirasi Alvin Chan, salah seorang perunding hartanah kami di IQI yang berjaya mengubah perjalanan kerjayanya dengan penuh keberanian dan usaha! Dan anda tentukan sendiri, adakah kerjaya sebagai perunding hartanah ini berbaloi untuk dicuba atau tidak.
Kerjaya Yang Sesuai:
- 1. Dari Pemilik Gerai Vegetarian Ke Perunding Hartanah
- 2. Detik-detik Sukar Sebagai Ejen Hartanah?
- 3. Cabaran Yang Dialami Dalam Menyesuaikan Diri Dengan Industri Ini?
- 4. Pencapaian Terbesar Yang Telah Dirangkul
- 5. Kelebihan Menjadi Perunding Hartanah di IQI
- 6. Mengapa IQI Global Menjadi Pilihan Utama Anda Dalam Dunia Hartanah?
- Melangkah Teguh, Melakar Pencapaian Hebat
Alvin Chan jejaka kelahiran Melaka ini telah menyertai IQI sejak pertengahan tahun 2017. Bermula sebagai perunding hartanah separuh masa pada awalnya ke ejen hartanah sepenuh masa pada tahun 2020.
Seperti yang lainnya, perjalanan dalam sesebuah karier tidaklah semudah yang disangka. Pelbagai onak duri harus dia lalui untuk sampai ke tahap yang sekarang.
Jadi, bagaimana pula dengan Alvin Chan? Mari kita dengarkan kisahnya.
1. Dari Pemilik Gerai Vegetarian Ke Perunding Hartanah
Alvin merupakan seorang usahawan sebelumnya, memulakan kerjayanya sejak berusia 19 tahun sebagai pemilik gerai makanan vegetarian yang beroperasi seawal 7 pagi hingga 3 petang.
Tidak berhenti di situ, Alvin kemudian beralih ke pusat beli-belah pada waktu petang untuk mengedarkan risalah hingga lewat malam, membawa semangat kerja keras yang tidak pernah luntur.
Berawal dengan sebuah iklan hartanah di Facebook, meskipun ia luar dari kemampuannya. Namun, siapa sangka pertemuan dengan ejen hartanah itu menjadi pembuka jalan hidup baru untuknya.
Ejen hartanah yang kini menjadi mentornya menawarkan peluang kerja sambilan yang fleksibel dengan potensi pendapatan tambahan, tanpa keperluan ‘punch card’ dan bebas dari skim wang atau insurans.
Tertarik dengan peluang itu, dia berangkat ke Old Town untuk menghadiri sebuah pertemuan dan dari situlah segalanya bermula…
Saya terpegun tengok sekumpulan profesional yang berpakaian kemas, datang dengan penuh karisma..
..cara mereka terangkan pun sangat yakin, terus menyuntik semangat dalam diri saya. Masa tu, saya dah terinspirasi habis dan dah buat keputusan untuk jadi sebahagian dari mereka..
Alvin Chan
2. Detik-detik Sukar Sebagai Ejen Hartanah?
Menjadi seorang ejen hartanah bukanlah perjalanan yang sentiasa mulus. Pasti akan ada saat-saat getir yang kadangkala menggugat keyakinan.
Bagi yang pernah melaluinya, detik sukar ini bukan sekadar ujian, tetapi juga pengalaman berharga yang akan membentuk diri dan semangat untuk terus melangkah maju, seperti pepatah melayu..
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
Bagi Alvin, detik paling mencabar dalam kerjayanya adalah ketika melalui tiga bulan tanpa sebarang jualan. Sepanjang tempoh itu, dia bergelut dan hilang fokus. Mencuba pelbagai strategi dan berusaha menguasai setiap sudut pasaran.
Namun, dia akhirnya sedar bahawa terlalu banyak arah yang dicuba hanya akan menjauhkan dirinya dari matlamat sebenar.
Menurutnya, anggapan masyarakat bahawa ejen hartanah mudah meraih wang dalam masa yang singkat adalah satu stigma yang tidak tepat.
3. Cabaran Yang Dialami Dalam Menyesuaikan Diri Dengan Industri Ini?
Tidak seperti kerjayanya yang lalu dengan pendapatan harian dari perniagaannya sendiri, Alvin juga bergelut dalam menyesuaikan diri dalam dunia karier barunya ini..
Betul, jadi ejen hartanah memang tak ada gaji asas. Setiap bulan kena tanggung bayaran insurans, ansuran rumah dan belanja harian yang tak pernah kurang. Tak dinafikan memang rasa risau juga, nak urus masa dan disiplin diri bukan mudah..”
Alvin Chan
Peralihan ini juga bukanlah mudah baginya pada awalnya, namun inilah asam garam kehidupan yang harus dia tempuhi untuk mencapai kejayaan yang besar kedepannya.
Bukan hanya Alvin Chan, malah perunding hartanah IQI yang lain turut berkongsi kisah cabaran dan perjalanan menarik mereka sebelum menyertai IQI.
Mari dengarkan cerita inspirasi AG Sasidar, yang dahulunya seorang pemandu Grab, kini berjaya mencipta kerjaya baru dalam dunia hartanah bersama IQI Global.
4. Pencapaian Terbesar Yang Telah Dirangkul
Selama empat tahun berturut-turut, Alvin berjaya meraih pencapaian luar biasa! Berkat ketekunan dan semangat yang tak pernah luntur.
Bermula dari kosong tanpa sebarang jualan dalam tiga bulan pertama pada tahun 2017, Alvin tidak pernah menyerah, malah terus bangkit dengan penuh tekad.
Ketekunannya akhirnya membuahkan hasil pada tahun 2018, apabila beliau mencipta kejayaan luar biasa dengan menutup jualan bernilai lebih RM4 juta hanya dalam dua hari.
Pencapaian paling besar? Saya pernah berjaya close sale bernilai 10 juta dalam masa sehari. Lagi satu, saya pernah dapat tempahan 3 unit bernilai keseluruhan 4.2 juta hanya dengan melalui panggilan 15 minit!
Alvin Chan
Kejayaan ini bukan sekadar angka, tetapi simbol dan bukti kesungguhan Alvin dalam kariernya sebagai ejen hartanah, seperti kata pepatah..
Pelan-pelan kayuh, lama-lama sampai ke seberang.
Tahun | Pencapaian |
---|---|
2020 – 2023 | Melaka Top Project Performers |
2021 | Southern Region Top 100 Project Achiever |
2021 | Southern Region Top 100 Subsales Achiever |
2022 | IQI Dreammakerz Achiever Club |
2023 – 2024 | MIEA Residential Industry of The Year |
2024 | Britishpedia – Successful People in Malaysia |
5. Kelebihan Menjadi Perunding Hartanah di IQI
Kerjaya sebagai ejen hartanah bukan sekadar jual beli hartanah —ia adalah satu perjalanan kerjaya yang penuh dengan kelebihan dan peluang besar, banyak manfaat yang tidak dijumpai dalam kerjaya lain.
Jadi, bagaimana pula dengan Alvin? Mari kita dengarkan pendapatnya!
Oh, banyak! Waktu fleksibel, boleh travel, pendapatan tanpa had! Dan yang best, dapat jumpa macam-macam orang dari pelbagai latar belakang.
Alvin Chan
1. Waktu Fleksibel
Alvin bermula sebagai ejen hartanah sambilan selama 3 tahun dan pada masa yang sama beliau menguruskan perniagaan gerai makanan vegetariannya. Ini membolehkannya menjalankan dua kerjaya sekaligus tanpa mengorbankan mana-mana.
2. Melancong
Pada usia saya 29 tahun, saya dah dapat peluang travel lebih lima kali setahun dengan keluarga dan team! Destinasi pulak bukan biasa-biasa —Thailand, Korea, Taiwan, Vietnam dan Kemboja.
Alvin Chan
3. Pendapatan Tanpa Had
Pada suku ketiga tahun 2020, Alvin berjaya meraih pendapatan lima angka, pencapaian yang luar biasa setelah menempuh pelbagai cabaran, dimana dia terpaksa menghentikan bisnes jualannya.
Pada usia 27 tahun, pasukan yang diketuainya berjaya mencapai kejayaan luar biasa dengan hasil jualan kumpulan mencecah 16 juta! Pencapaian ini merealisasikan impiannya memiliki sebuah BMW 3 Series.
Setahun lepas tu, umur 28, jualan kumpulan saya melonjak sampai 25 juta, ditambah dengan kutipan sewa 100K dari team subsales! Berkat dari itu, pada Mei 2022, saya menang jam tangan Rolex..
Alvin Chan
Kalau dapat balik ke usia 18, nasihat paling penting yang saya akan bagi pada diri sendiri —cepat-cepat terjun dalam industri hartanah!
Alvin Chan
6. Mengapa IQI Global Menjadi Pilihan Utama Anda Dalam Dunia Hartanah?
Mampu menembusi pasaran global, agensi hartanah terkenal dikalangan pemaju, kehidupan yang seimbang, sistem yang teratur dan syarikat yang mengutamakan pemerkasaan teknologi digital —ini adalah jawapan Alvin Chan.
Menurutnya IQI Global dikenali luas dalam kalangan semua pemaju, jadi kepercayaan dan peluang kerjasama yang ada sangat besar.
Di IQI, saya bukan saja dapat menikmati hidup yang seimbang, tapi juga dapat bekerja dengan sistem yang teratur dan teknologi digital hartanah yang sangat maju.
Alvin Chan
Semua ini menjadikan IQI Global platform yang terbaik untuk berkembang dalam industri hartanah.
Melangkah Teguh, Melakar Pencapaian Hebat
Setinggi-tinggi tahniah buat Alvin Chan atas segala pencapaian luar biasa yang diraih sepanjang perjalanan beliau bersama IQI Global! Bermula dengan pasukan kecil seramai 5 orang pada tahun 2019 hingga berkembang menjadi 30 orang pada tahun 2022.
Alvin telah membuktikan bahawa dengan kerja keras dan komitmen, tiada yang mustahil. Setiap kejayaan yang diraihnya adalah hasil dedikasi serta sokongan penuh dari IQI Global.
Kami mengharapkan yang terbaik buat Alvin Chan kedepannya, semoga lebih banyak pencapaian gemilang menanti di masa hadapan. Syabas dan tahniah atas usaha yang luar biasa!
Di IQI Global, kami sentiasa komited untuk menyokong perkembangan ejen dan perunding hartanah kami. Pelbagai bantuan disediakan dari segi modul pembelajaran ke ruangan kerja yang selesa dan banyak lagi!
Tidak kira latar belakang atau pengalaman anda, IQI mengalu-alukan anda dari mana-mana kerjaya. Sertai kami sekarang!
Baca Selanjutnya:
2. Kembangkan Sayap Anda sebagai Perunding Hartanah dengan Bimbingan IQI!