Adakah RTS bakal menjadikan Johor destinasi pelaburan hartanah yang lebih berdaya maju?
Dengan projek RTS dijangka siap pada 2026, Bukit Chagar berpotensi menjadi kawasan tumpuan utama bagi pemilik hartanah dan pelabur.
RTS Link ialah transit pantas Johor Bahru-Singapura yang boleh mengurangkan perjalanan dan kesesakan, manakala meningkatkan keselesaan penumpang terutama pada waktu puncak.
Kemajuan infrastruktur ini dijangka memberi impak positif terhadap nilai hartanah dan membuka lebih banyak peluang pelaburan di kawasan sekitar seperti di bawah.
Potensi Pasaran Hartanah di Johor

1.Twin Tower Residence
Menjulang setinggi 41 tingkat dengan luasan 458 unit di pusat bandar Bukit Chargar JB, Twin Tower Residence menawarkan kedua-dua kehidupan moden dan kemudahan mewah.
Pembangunan ini terletak secara strategik berhampiran sekolah, pusat membeli-belah, CIQ Johor, dan stesen link RTS.
Oleh itu, lokasi ini menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang berulang-alik antara Singapura dan Johor Bahru.
Jenis Hartanah: Pangsapuri Servis Harga Jualan: RM480,000~ RM1,900,000 Keluasan: 559 sq ft Tahun Siap: 2024 Pegangan: Pegangan Bebas Jarak: 5 minit perjalanan kaki ke Stesen Link RTS dan Kompleks CIQ |

2.SKS Pavillion Residences
SKS Pavillion Residences merupakan pembangunan kondominium mewah yang terdiri daripada dua menara kediaman setinggi 40 tingkat.
Terletak di Bukit Senyum, Johor Bahru, pembangunan ini menyediakan akses mudah ke pusat bandar serta pelbagai kemudahan utama.
Dengan kemudahan mewah yang ditawarkan, kediaman ini menjadi pilihan ideal bagi golongan profesional, ekspatriat, dan pelabur yang kerap berulang-alik ke Singapura.
Jenis Hartanah: Pangsapuri Servis Harga Jualan: RM 439,000 ~ RM 1,500,000 Keluasan: 400 sq ft – 1,145 sq ft Tahun Siap: 2018 Pegangan: Pegangan Bebas Jarak: 6 minit perjalanan kaki ke Stesen Link RTS dan 11 minit ke Kompleks CIQ |

3.R&F Princess Cove
Terletak di Tanjung Puteri, R&F Princess Cove adalah projek pertama di Asia Tenggara yang menggabungkan konsep HOPSCA iaitu: Hotel, Pejabat, Tempat Letak Kereta, Pusat Beli-Belah, Pusat Konvensyen, dan Apartmen.
Kediaman ini menawarkan gaya hidup mewah dengan pelbagai kemudahan bertaraf dunia, termasuk Skypark, Opera House, Hotel 5 Bintang Hyatt, dan R&F Mall.
Secara keseluruhan, projek ini dirancang untuk mempunyai lima fasa, dengan Fasa 1 terdiri daripada 15 menara kediaman servis pegangan bebas, setiap satu 35 tingkat dengan 868 unit.
Selain itu, pembangunan ini berhubung dengan jambatan berbumbung sepanjang 650m ke JBCC & CIQ, menyediakan kemudahan kepada penduduk.
Jenis Hartanah: Pangsapuri Servis Harga Jualan: RM 700,000 Keluasan: 468 sq ft – 1,471 sq ft Tahun Siap: Fasa 1 (2018) Jarak: 7 minit perjalanan kaki ke JBCC dan Kompleks CIQ |

4.Suasana Iskandar
Suasana Iskandar Malaysia ialah pembangunan bercampur yang terletak di antara Jalan Trus dan Jalan Wong Ah Fook di pusat bandar Johor Bahru.
Lokasi strategiknya berada dalam jarak berjalan kaki ke Kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ), Komtar JBCC, dan Johor Bahru City Square, serta stesen RTS yang akan datang,
Jenis Hartanah: Pangsapuri Servis Keluasan: 644 sq ft – 1,235 sq ft Tahun Siap: 2017 Jarak: 7 minit perjalanan kaki ke Kompleks CIQ |

5.The Asteriaz @ Kebun Teh
The Asteriaz di Kebun Teh merupakan salah satu menara kediaman tertinggi di kawasan tersebut.
Oleh itu, menawarkan pemandangan menakjubkan dan akses mudah ke Singapura melalui RTS Link.
Direka untuk keselesaan dan kemudahan, The Asteriaz memberi kemewahan Sky BBQ Deck di tingkat 43 hingga Bila-Bila Mart di pintu masuk, setiap aspek dirancang untuk gaya hidup yang lebih eksklusif.
Jenis Hartanah: Pangsapuri Servis Harga Jualan Sewa: RM1.9k ~ 2.7k/ month Keluasan: 560 sq ft – 915 sq ft Tahun Siap: 2029 Jarak: 6 minit perjalanan kaki ke Stesen Link RTS dan 8 minit ke Kompleks CIQ |

Lokasi Pelaburan Hartanah Terbaik di Johor
1.Iskandar Puteri
Pusat pembangunan utama dalam Iskandar Malaysia yang menempatkan hab teknologi, pendidikan, dan komersial seperti EduCity, Kota Iskandar, dan Legoland Malaysia.
Selain tu, akses mudah ke Singapura melalui RTS menjadikannya lokasi strategik.
2.Medini Iskandar Puteri
Dijangka menjadi Central Business District (CBD) utama di Iskandar Malaysia, berdekatan Sunway Big Box, Mall of Medini, dan EduCity, menjadikannya pusat perniagaan dan pendidikan yang pesat berkembang.
3.Forest City
Forest City ialah projek mega yang menampilkan konsep bandar pintar dan mesra alam.
Dengan sokongan pelaburan China dalam perancangan pembangunan dan ekologi, Forest City dijangka menjadi bandar masa depan yang menarik pelabur mewah.
4.Horizon Hills
Kawasan kediaman eksklusif dengan padang golf bertaraf antarabangsa dan persekitaran hijau yang mewah.
Kedudukannya yang strategik antara Iskandar Puteri dan Johor Bahru menjadikannya lokasi pilihan bagi ekspatriat dan golongan profesional yang bekerja di Singapura, serta sebagai pilihan pelaburan yang kukuh.
5.Permas Jaya
Permas Jaya ialah kawasan matang yang terkenal dengan komuniti yang kukuh dan pelbagai kemudahan seperti Permas Mall dan AEON Mall.
Di samping itu, kawasan tersebut dilengkapi akses mudah ke lebuh raya utama dan Singapura, oleh itu kekal sebagai salah satu lokasi hartanah yang stabil dan menguntungkan bagi pemilik rumah.

Potensi Pulangan Hasil Sewa dan ROI di Johor
Menjelang 2025, Johor Bahru terus muncul sebagai destinasi pelaburan hartanah yang menjanjikan, didorong oleh kedekatannya dengan Singapura dan pembangunan pesat dalam Iskandar Malaysia.
Menurut Numbeo, kadar hasil sewa kasar di Johor Bahru dianggarkan sekitar 5.36% di pusat bandar dan 7.66% di kawasan luar bandar, meningkat 0.2% berbanding 2024, menjadikannya antara yang tertinggi di Malaysia.
Selain itu, pulangan pelaburan (ROI) di Johor Bahru menunjukkan peningkatan ketara, mencecah 6% atau lebih tinggi di kawasan utama.
Faktor seperti harga hartanah yang berpatutan dan peningkatan permintaan daripada pelabur tempatan serta antarabangsa, serta pembangunan pesat termasuk Projek RTS Link terus mendorong pertumbuhan pasaran di Johor.
Kesimpulannya, 2025 dijangka menjadi tahun yang lebih menguntungkan bagi pelabur hartanah di Johor Bahru dengan gabungan pelbagai faktor.
Johor Bahru akan kekal sebagai destinasi pelaburan hartanah yang kukuh, berpotensi dan menguntungkan.
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Johor RTS?
Johor RTS (Rapid Transit System) ialah sistem rail rentas sempadan yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.
Bilakah RTS Johor akan siap dibina?
RTS dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2026.
Bagaimanakah RTS akan memberi manfaat kepada Johor bahru?
Johor RTS akan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor, memendekkan masa perjalanan antara Johor Bahru dan Singapura, meningkatkan peluang ekonomi dan nilai hartanah di kawasan tersebut.
Sedang mencari rumah idaman atau peluang pelaburan di Johor? Inilah masa terbaik untuk melabur dalam pasaran hartanah Johor! Hubungi IQI hari ini untuk langkah pelaburan yang lancar.
Baca Selanjutnya:
1. 10 Pemaju Hartanah Yang Paling Dipercayai di Malaysia 2025
2. Pasaran Hartanah Malaysia 2024: Statistik & Trend dari Data IQI Global
3. Laporan Pasaran Sewa Rumah Malaysia 2024: Kadar dan Jangkauan!