Tahukah anda bahawa semakin ramai ekspatriat kini memilih Johor berbanding Kuala Lumpur, malah Singapura?
Dengan infrastruktur moden, peluang pekerjaan, dan akses mudah ke Singapura, Johor telah menjadi salah satu destinasi paling menarik untuk warga asing menetap pada tahun 2025.
Jadi, di manakah kawasan kediaman terbaik di Johor? Apakah faktor utama peningkatan komuniti ekspatriat? Jom lihat lebih lanjut di bawah!
Tempat Pelaburan Yang Paling Menguntungkan
Kawasan Kediaman Paling Diminati oleh Expats di Johor
Zon Ekonomi Iskandar Malaysia dan kawasan sekitarnya menjadi pilihan utama ekspatriat yang ingin menetap di Johor.
Sejak diperkenalkan pada 2006, Iskandar Malaysia dibangunkan sebagai hab ekonomi untuk menarik pelaburan asing dan pertumbuhan pesat.
Kini, dengan pembangunan berterusan di Johor, ekspatriat dan pelabur asing memilih lima kawasan utama ini untuk menetap:
1. Iskandar Puteri

Terletak di Barat Daya Johor Bahru, kawasan ekonomi utama dalam Iskandar Malaysia ialah Iskandar Puteri.
Iskandar Puteri bersempadan dengan Singapura melalui Laluan Kedua Malaysia-Singapura yang memudahkan perjalanan harian.
Selain itu, perjalanan dari Iskandar Puteri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mengambil masa kira-kira 30 minit memandu, manakala ke Lapangan Terbang Changi Singapura pula sekitar 45 minit.
Dengan kelebihan infrastruktur, Iskandar Puteri semakin berkembang sebagai destinasi utama untuk kediaman, pelaburan, dan pelancongan bagi warga asing.
2. Medini
Medini menjadi pilihan utama ekspatriat kerana ia sedang berkembang pesat sebagai hab perniagaan utama di Iskandar Puteri.
Keunikan Medini terletak pada konsep bandar pintar yang mampan, mengutamakan pembangunan mesra alam.
Medini, dengan perancangan bandar yang canggih, telah menerima pelbagai anugerah antarabangsa dalam kategori bandar hijau dan pintar.
Ini juga telah menarik ramai warga asing yang mengutamakan kelestarian dan kualiti hidup.
3. Forest City
Forest City ialah projek hartanah berskala besar yang terletak di Gelang Patah, Iskandar Puteri.
Ia direka sebagai bandar moden mesra alam yang dibangun di atas empat pulau buatan manusia dengan keluasan 1,386 hektar.
Selain itu, statusnya sebagai Pulau Bebas Cukai menjadikan Forest City destinasi beli-belah dan pelaburan yang menarik bagi warga asing.
4. Horizon Hills

Horizon Hills pula merupakan projek pembangunan bandar yang dibangunkan oleh dua pemaju utama iaitu Gamuda Land dan UEM Group.
Kawasan ini menawarkan perbandaran hijau dengan kepadatan rendah untuk suasana kediaman yang nyaman dan eksklusif.
Selain persekitaran yang tenang, kemudahan eksklusif seperti pusat beli-belah Horizon Mall dan Kelab Golf dan Rekreasi menjadi tarikan utama Horizon Hills.
Ini menarik minat pemilik rumah, ekspatriat, serta peminat golf dari dalam dan luar negara.
5. Permas Jaya
Permas Jaya ialah sebuah bandar moden yang menempatkan komuniti berbilang kaum di Malaysia.
Kawasan ini terus berkembang pesat sebagai zon kediaman dan perindustrian.
Permas Jaya terletak di lokasi strategik berhampiran Johor Bahru, membolehkan penduduk berulang-alik dengan mudah antara Malaysia dan Singapura.
Punca Johor Menarik Ekspatriat
Dengan pembangunan pesat, Johor turut mempunyai banyak kelebihan yang menarik minat warga asing untuk berpindah, menetap, dan melabur di sini.
Terutamanya 4 kelebihan utama berikut, yang menjadi faktor utama pekerja dan pelabur asing memilih Johor sebagai rumah kedua:
1. Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)

JS-SEZ adalah inisiatif kerjasama antara Johor dan Singapura untuk menggalakkan pelaburan, pembangunan infrastruktur serta memperkukuhkan hubungan ekonomi.
Ia dijangka menarik syarikat multinasional dan meningkatkan daya saing Johor sebagai hab perniagaan teknologi, oleh itu menarik pelaburan.
2. Kos Sara Hidup yang Rendah

Berbanding Singapura yang pernah dinobatkan sebagai bandar dengan kos sara hidup tertinggi di dunia.
Manakala, Johor menawarkan kos sara hidup yang jauh lebih rendah, menjadikannya pilihan menarik bagi ekspatriat.
Rakyat Singapura juga boleh memanfaatkan kelebihan kadar pertukaran mata wang dengan menikmati kos perbelanjaan harian dan kadar sewa rumah yang lebih rendah di Johor.
3. Pengankutan ART dan RTS

Sistem Transit Aliran Pintar (E-ART) bakal menghubungkan bandar-bandar utama di Johor, menyediakan akses perjalanan yang lebih lancar.
Sementara itu, Sistem Transit Rapid (RTS) yang dijangka siap menjelang akhir 2026 akan memudahkan kemudahan antara Johor dan Singapura.
4. Kedudukan Geografi yang Strategik

Johor terletak bersebelahan Singapura, hanya dipisahkan oleh Selat Johor, dan dihubungkan dengan dua laluan utama: Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Keistimewaan lokasi ini menjadikan perjalanan antara kedua-dua negara lebih mudah dan pantas.
Ramai ekspatriat boleh memilih untuk bekerja di Singapura dengan gaji yang lebih tinggi, sambil menetap di Johor untuk kos sara hidup yang lebih rendah.

Secara keseluruhan, Johor semakin menjadi destinasi utama pilihan bagi komuniti ekspatriat.
Ini didorong oleh pembangunan pesat, lokasi strategik dekat Singapura, serta kemudahan moden berkos rendah yang memenuhi gaya hidup antarabangsa.
Melihat 5 tahun ke depan, pelabur hartanah di Johor Bahru akan terpengaruh dengan gabungan pelbagai faktor.
Johor terus mengukuhkan reputasinya sebagai hab kediaman dan pelaburan bagi ekspatriat dari seluruh dunia.
Soalan Lazim (FAQ)
Bolehkah warga asing membeli rumah di Johor Bahru?
Boleh. Warga asing bukan sahaja boleh membeli hartanah di Malaysia, malah sekatan ke atas pelabur juga agak minimum, menjadikan negara ini destinasi yang ideal untuk pelaburan dan pemilikan hartanah.
Apakah syarat bagi warga asing untuk membeli rumah di Malaysia?
Warga asing dibenarkan membeli hartanah di Malaysia, namun setiap negeri mempunyai syarat pembelian yang berbeza. Oleh itu, disarankan untuk menyemak syarat pembelian di negeri yang diingini sebelum membuat keputusan.
Berapa banyak rumah yang boleh dibeli oleh expats?
Kerajaan Malaysia tidak menetapkan had bagi jumlah hartanah yang boleh dimiliki oleh warga asing. Oleh itu, mereka bebas memiliki hartanah di mana-mana lokasi di Malaysia
Sedang meneroka potensi luar biasa di Malaysia seperti Johor? Inilah masa terbaik untuk melabur dalam pasaran hartnaha Johor!
Hubungi ejen hartanah profesional IQI hari ini untuk memulakan kehidupan baharu di Johor!
Baca Selanjutnya: