Tahun Melawat Malaysia 2026 dijangka membawa limpahan manfaat bukan sahaja kepada sektor pelancongan, malah kepada pasaran hartanah. Dengan kemasukan lebih ramai pelancong, peningkatan pelaburan dan pembangunan infrastruktur, apakah peluang yang bakal tercipta untuk pemilik hartanah dan pelabur?
Visit Malaysia 2026 mensasarkan pertumbuhan pelancongan yang lebih besar melalui perluasan laluan udara, projek infrastruktur utama dan kerjasama strategik global. Usaha meningkatkan ketersambungan ini dijangka menarik lebih ramai pelancong antarabangsa serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan dunia.
