Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rumah Mewah Berhampiran Pusat Beli Belah KL – Pilihan Terbaik!

Versi: CN, EN


Pernah tak anda terfikir mengapa hartanah di sekitar pusat membeli-belah mewah sentiasa menjadi buruan?

Selepas tempoh mencabar, ekonomi Malaysia kini pulih dengan pesat! Bandar-bandar kembali bernafas dengan kehadiran pusat membeli-belah baharu dan pembangunan hartanah berkualiti tinggi.

Kemeriahan pusat membeli-belah mewah kembali menghidupkan pasaran hartanah Kuala Lumpur, menjadikan kediaman di sekitarnya sebagai buruan ramai.

Artikel ini akan membongkar pilihan kediaman mewah di sekitar 4 pusat beli belah di KL yang menjadi rebutan pelabur dan penggemar gaya hidup eksklusif.



Potensi Pelaburan di Sekitar Pusat Membeli-belah Mewah

Hartanah berhampiran pusat beli-belah mewah seperti Pavilion KL dan Suria KLCC menawarkan potensi pelaburan yang tinggi.

Permintaan stabil dari pelabur tempatan dan asing memastikan kadar sewaan kompetitif dan nilai hartanah yang konsisten meningkat.

Berikut adalah 4 pilihan rumah mewah yang menjadi rebutan!

1. Pavilion KL

terdapat beberapa rumah mewah di sekitar pavilion kl seperti SWNK Houze

Terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, Pavilion KL adalah pusat fesyen mewah terkemuka dengan butik eksklusif dan flagship store jenama antarabangsa seperti Hermès, Chanel, dan Gucci. 

Ia menjadi pusat tumpuan utama pelancong serta mereka yang mengutamakan gaya hidup berprestij.

Gaya Hidup di Sekitar Pavilion KL: Gaya hidup di sini mewah, dinamik, dan sentiasa meriah. Anda akan dikelilingi oleh restoran bertaraf dunia, bar yang trendy, dan hiburan malam yang eksklusif.

1. SWNK Houze

swnk houze

swnk houze

swnk houze, bukit bintang city centre, jln hang tuah, pudu, 55100 kuala lumpur, federal territory of kuala lumpur
1 - 3 beds | 1 - 3 baths
MYR 708,000
Jenis PropertiKondominium
Ciri-ciri Projek1. BBQ Area
2. Gymnasium
3. Herb Garden
4. Swimming pool
5. Chillout Lounge
6. Multipurpose Hall
HargaBermula dari RM 708,000
JarakBerjalan Kaki: 1.5 km (anggaran 20 minit)

Memandu: 2.5 km (anggaran 10 minit)

Pengangkutan Awam:
– Hang Tuah (MRT/LRT): Naik tren ke Stesen Bukit Bintang, kemudian berjalan kira-kira 5 minit ke Pavilion Kuala Lumpur.

2. Orion Residence

orion residence

orion residence

jln gading, bukit bintang, 55100 kuala lumpur, wilayah persekutuan kuala lumpur
3 Bedroom beds | 24,393 sqft
MYR 1,580,000
Jenis PropertiKondominium
Ciri-ciri Projek1. BBQ Area
2. Sky Lounge
3. Gymnasium
4. Infinity Lap Pool
5. Fusion Fine Dining
6. Outdoor Lounge Japanese Tapas Dining
HargaBermula dari RM 1,580,000
JarakBerjalan Kaki: 500m (anggaran 7 minit)

Memandu: 1 km (anggaran 5 minit)

Pengangkutan Awam:
– Bukit Bintang (MRT): Berjalan ke Stesen Bukit Bintang, kemudian berjalan kira-kira 5 minit ke Pavilion Kuala Lumpur.

2. The Exchange TRX

terdapat beberapa rumah mewah di sekitar TRX seperti core residence

Sebagai sebahagian daripada Tun Razak Exchange (TRX), hab kewangan Malaysia, The Exchange TRX membawa jenama fesyen bertaraf dunia serta pengalaman gastronomi dan hiburan premium. 

Keunikan utamanya adalah taman atas bumbung seluas 10 ekar, menjadikannya destinasi membeli-belah dan santai yang eksklusif.

Gaya Hidup di Sekitar TRX: Gaya hidup di sini moden, inovatif, dan berorientasikan kewangan. Ia sesuai untuk profesional yang bekerja di sekitar TRX dan mereka yang mencari pengalaman yang lebih urban.

1. Agile Bukit Bintang

Error: Unable to fetch property details.

Jenis PropertiKondominium
Ciri-ciri Projek1. Lap Pool
2. BBQ Area
3. Gymnasium
4. Sunken Chillout
5. Sky Dining Suite
6. IXORA Dining Lounge
HargaBermula dari RM 1,535,000
JarakBerjalan Kaki: 1.5 km (anggaran 20 minit)

Memandu: 2.5 km (anggaran 10 minit)

Pengangkutan Awam:
– Bukit Bintang (MRT): Naik tren ke Stesen Tun Razak Exchange (TRX), kemudian berjalan kira-kira 5 minit ke The Exchange TRX Mall.

2. Core Residence

core residence at trx

core residence at trx

persiaran trx 2, tun razak exchange, 55188 kuala lumpur, wilayah persekutuan kuala lumpur
1 - 3 beds | 1 - 2 baths | 71,874 sqft
MYR 1,294,000
Jenis PropertiKondominium
Ciri-ciri Projek1. Function Hall
2. Reading Room
3. Swimming Pool
4. Outdoor Lounge
5. Indoor Playroom
6. Recreational Park
HargaBermula dari RM 1,294,000
JarakBerjalan Kaki: 0.5 km (anggaran 5 minit)

Memandu: 1 km (anggaran 5 minit)

Pengangkutan Awam:
– Tun Razak Exchange (TRX) (MRT): Berjalan ke Stesen TRX, kemudian berjalan kira-kira 5 minit ke The Exchange TRX Mall.

3. The Gardens Mall

terdapat beberapa rumah mewah di sekitar gardens mall seperti setia sky seputeh

Menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih santai dan eksklusif, The Gardens Mall menampilkan jenama mewah dalam suasana yang lebih tenang berbanding pusat beli-belah lain di Kuala Lumpur. 

Terhubung terus dengan Mid Valley Megamall, ia memberikan keseimbangan antara kemewahan dan aksesibiliti.

Gaya Hidup di Sekitar The Gardens: Gaya hidup di sini lebih santai dan tenang, sesuai untuk keluarga dan mereka yang mencari suasana yang kurang sibuk.

1. Setia Sky Seputeh

Error: Unable to fetch property details.

Jenis PropertiKondominium
Ciri-ciri Projek1. Moonlight Jacuzzi
2. Meditation Garden
3. Outdoor Yoga Deck
4. Wavy Coconut Grove
5. Crescent Sand Beach
6. Shipwreck Theme Playground
HargaBermula dari RM 2,991,000
JarakBerjalan Kaki: 1.5 km (anggaran 20 minit)

Memandu: 2.0 km (anggaran 10 minit)

Pengangkutan Awam:
– Seputeh (KTM): Naik tren ke Stesen Mid Valley, kemudian berjalan kira-kira 5 minit ke The Gardens Mall.

2. Est 8 @ Seputeh

est 8 @ seputeh

est 8 @ seputeh

taman seputeh, 58000 kuala lumpur, federal territory of kuala lumpur
1 - 4 beds | 1 - 3 baths | 126,324 sqft
MYR 620,000
Jenis PropertiKondominium
Ciri-ciri Projek1. Sun Deck
2. Whirlpool
3. Gymnasium
4. Kids Fountain
5. Kaleidoscope Courtyard (BBQ Area)
6. Kaleidoscope Kitchen (Gourmet Kitchen)
HargaBermula dari RM 620,000
JarakBerjalan Kaki: 1.2 km (anggaran 15 minit)

Memandu: 1.8 km (anggaran 8 minit)

Pengangkutan Awam:
– Seputeh (KTM): Naik tren ke Stesen Mid Valley, kemudian berjalan kira-kira 5 minit ke The Gardens Mall.

4. Suria KLCC

terdapat beberapa rumah mewah di sekitar suria klcc seperti clothaus @ klcc

Terletak di kaki Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC bukan sekadar pusat beli-belah, tetapi destinasi gaya hidup ikonik. 

Dengan gabungan jenama mewah, ruang rekreasi seperti KLCC Park, serta tarikan pelancongan seperti Aquaria KLCC dan Petrosains, ia menawarkan pengalaman yang tiada di tempat lain.

Gaya Hidup di Sekitar KLCC: Gaya hidup di sini mewah, kosmopolitan, dan sesuai untuk mereka yang ingin menikmati kemudahan bandar di samping ruang hijau yang luas.

1. Skyline Embassy

Error: Unable to fetch property details.

Jenis PropertiKondominium
Ciri-ciri Projek1. Aqua Gym
2. Sky Terrace
3. Pool Lounge
4. Jogging Trail
5. Active Atrium
6. Secret Aclove
HargaBermula dari RM 787,000
JarakBerjalan Kaki: 1 km (anggaran 12 minit)

Memandu: 1.5 km (anggaran 5 minit)

Pengangkutan Awam:
– Ampang Park (LRT): Naik LRT ke Stesen KLCC, kemudian berjalan kira-kira 5 minit ke Suria KLCC.

2. CloutHaus @ KLCC

clouthaus@klcc

clouthaus@klcc

kuala lumpur, 50250 kuala lumpur, federal territory of kuala lumpur
1 - 3 beds | 98,402 sqft
MYR 1,548,800
Jenis PropertiKondominium
Ciri-ciri Projek1. Sky BBQ
2. Sky DJ Deck
3. Karaoke Lounge
4. Golf Simulator Room
5. Gym & Reformer Studio
6. Games & Dining Lounge
HargaBermula dari RM 1,548,800
JarakBerjalan Kaki: 0.8 km (anggaran 10 minit)

Memandu: 1.2 km (anggaran 5 minit)

Pengangkutan Awam:
– KLCC (LRT): Berjalan ke Stesen KLCC, kemudian berjalan kira-kira 5 minit ke Suria KLCC.

3. The Conlay

the conlay

the conlay

29, jalan kia peng, kuala lumpur, 50450 kuala lumpur, wilayah persekutuan kuala lumpur
1 - 3 beds | 1 - 2 baths | 62,726 sqft
MYR 1,460,000
Jenis PropertiKondominium
Ciri-ciri Projek1. Salon
2. Sauna
3. Gymnasium
4. Wading Pool
5. Jogging Track
6. Swimming Pool
HargaBermula dari RM 1,460,000
JarakBerjalan Kaki: 1.5 km (anggaran 18 minit)

Memandu: 2.0 km (anggaran 7 minit)

Pengangkutan Awam:
– Conlay (MRT): Naik MRT ke Stesen KLCC, kemudian berjalan kira-kira 5 minit ke Suria KLCC.

Kelebihan & Kekurangan Beli Rumah Berhampiran Pusat Beli-Belah Mewah

Membeli rumah di lokasi strategik berhampiran pusat membeli-belah mewah boleh menjadi pilihan menarik, tetapi ia juga mempunyai kelebihan dan kekurangan yang perlu dipertimbangkan, antaranya:

KelebihanKekurangan
Akses Mudah ke Kemudahan Premium
Semua dalam satu tempat! Akses segera ke jenama & restoran mewah dan kemudahan gaya hidup moden, semuanya dengan berjalan kaki.
Harga Hartanah yang Tinggi
Rumah di kawasan ini lebih mahal berbanding kawasan lain, menjadikannya kurang mampu milik bagi sesetengah pembeli.
Nilai Hartanah Kukuh & Meningkat
Mempunyai kadar pertumbuhan nilai yang lebih tinggi kerana permintaan yang stabil dari pembeli tempatan dan pelabur asing.
Kos Penyelenggaraan yang Tinggi
Yuran servis dan penyelenggaraan lebih mahal, terutamanya untuk fasiliti seperti keselamatan 24 jam, gimnasium, dan kolam renang.
Pulangan Sewa yang Tinggi
Rumah di lokasi ini menarik penyewa berkualiti tinggi, seperti ekspatriat, profesional, dan pelancong korporat.
Kesesakan Trafik & Kesibukan
Lebih banyak trafik, bunyi bising dan kesesakan, terutamanya pada hujung minggu dan musim perayaan.
Akses Mudah ke Pengangkutan Awam
Terhubung dengan MRT, LRT dan jalan utama, menjadikan perjalanan lebih lancar.
Kurang Privasi
Kurang privasi berbanding kawasan perumahan biasa.
Faktor Gaya Hidup & Status
Gaya hidup eksklusif dan prestij, sesuai untuk mereka yang mengutamakan kemewahan dan keselesaan.
Risiko Pasaran & Persaingan Tinggi
Boleh terkesan dengan faktor ekonomi dan perubahan trend pelaburan. Selain itu, boleh meningkatkan persaingan harga sewa.

Tips Memilih Kediaman Mewah yang Tepat

Langkah 1: Tentukan Keutamaan Anda
Adakah anda mengutamakan kemudahan akses ke pusat membeli-belah, pemandangan yang indah, atau fasiliti yang lengkap?

Langkah 2: Buat Kajian Pasaran
Bandingkan harga hartanah, kadar sewaan, dan potensi pertumbuhan nilai di lokasi yang berbeza.

Langkah 3: Lawati Properti
Luangkan masa untuk melawat properti yang menarik minat anda dan periksa kualiti pembinaan, susun atur, dan fasiliti.

Langkah 4: Dapatkan Nasihat Profesional
Rujuk perunding hartanah yang berpengalaman untuk mendapatkan pandangan yang objektif dan maklumat yang relevan.

Langkah 5: Periksa Dokumen
Pastikan semua dokumen berkaitan hartanah adalah sah dan lengkap sebelum membuat keputusan pembelian.

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Melabur di Kawasan KL

Bagi pelabur yang ingin melabur dalam hartanah di Kuala Lumpur, penting untuk mengetahui bahawa kawasan utama seperti KLCC, TRX, Mont Kiara dan Bukit Bintang sering menjadi pilihan utama pelabur asing dan tempatan.

Permintaan tinggi di lokasi ini menjadikan hartanah di sini sebagai pelaburan bernilai tinggi dengan potensi kenaikan harga yang stabil.

Kerajaan Malaysia menetapkan harga minimum RM1 juta bagi pembelian hartanah oleh warga asing di Kuala Lumpur.

Namun, kadar tukaran ringgit yang kompetitif menjadikan hartanah di ibu kota lebih menarik dan berdaya saing berbanding bandar utama lain seperti Singapura dan Hong Kong.

Menurut Kashif Ansari, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, pembelian hartanah di Malaysia dijangka melonjak pada tahun 2025, terutama dalam kalangan pembeli asing, sekaligus mengatasi pesaing utama di ASEAN.

Selain itu, beberapa pemaju menawarkan insentif dan pengecualian yuran tertentu, termasuk yuran pelepasan pegangan asing dan caj pemilikan strata yang lebih rendah, menjadikannya lebih menarik bagi pelabur yang ingin memanfaatkan pasaran hartanah mewah di ibu kota.

Kesimpulannya, melabur dalam hartanah di Kuala Lumpur boleh menjadi peluang yang menguntungkan, terutama bagi mereka yang mencari lokasi premium dengan pertumbuhan nilai tinggi.

Walau bagaimanapun, memahami dasar kerajaan, kadar tukaran mata wang, dan insentif pemilikan adalah langkah penting sebelum membuat keputusan pelaburan.


Soalan Lazim (FAQ)

RM1 juta, seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Kadar pertumbuhan nilai lebih tinggi, pulangan sewa lebih baik, dan gaya hidup eksklusif.

Harga, kos penyelenggaraan, potensi sewaan, akses pengangkutan, dan gaya hidup.

Anda boleh menghubungi perunding hartanah IQI Global untuk mendapatkan nasihat profesional dan bantuan dalam mencari hartanah mewah yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.

Ya, beberapa pemaju menawarkan pengecualian yuran dan insentif tertentu seperti yuran pelepasan pegangan asing dan caj pemilikan strata yang lebih rendah.

Secara purata, 5% hingga 7% setahun, bergantung pada lokasi dan pasaran.


Sedang mencari rumah idaman di KL? Serahkan kepada kami! Pakar kami sedia membantu anda mendapatkan pilihan terbaik dengan mudah dan lancar. Isi borang di bawah sekarang!


Baca Selanjutnya:

1. Rumah vs Kereta? Yang Mana Satu Harus Menjadi Keutamaan

2. 7 Rumah Banglo Mewah Artis Malaysia Buat Netizen Terkesima!

3. Reka Bentuk Rumah 2025: Ini 7 Trend Paling Hangat di Malaysia!

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯