Kesan pandemik Covid-19 tidak seteruk yang dijangka, malah ada isi rumah mencatatkan pendapatan lebih tinggi berbanding sebelum pandemik.
Berdasarkan data terbaharu daripada survei dijalankan Juwai IQI, ia mendapati responden mendedahkan kesan pandemik Covid-19 tidak terlalu teruk seperti dijangka.
Data itu menyemak impak pandemik terhadap pendapatan isi rumah, pekerjaan, perniagaan serta laluan semula ke arah kehidupan normal dengan setiap faktor adalah dari perspektif jantina, negeri dan kumpulan umur berbeza.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Juwai IQI Group, Kashif Ansari berkata, rakyat Malaysia melakukan dengan agak baik berbanding negara lain, malah sebahagian besar menyaksikan hasil yang lebih baik berbanding jangkaan.
“Dalam tempoh setahun pandemik melanda, 28 peratus responden melaporkan pendapatan isi rumah mereka lebih tinggi berbanding 12 bulan lalu berbanding 40 peratus yang melaporkan pendapatan lebih rendah.
Baca selanjutnya: Harian Metro
Sumber: Harian Metro