Di tengah kehijauan subur Penor, Pahang. PRIYA Kuantan bukan sekadar bukti keindahan seni bina moden, tetapi juga simbol harapan dan peluang baharu.
Terutamanya buat penduduk Pahang yang berpendapatan sederhana dan menghadapi cabaran memiliki rumah.
Dengan komitmen terhadap kelestarian dan harga mampu milik, PRIYA Kuantan membantu ratusan keluarga merealisasikan cita-cita memiliki tempat berteduh yang selesa dan berkualiti.
Projek ini hadir sebagai pemangkin kehidupan yang lebih baik —merealisasikan impian yang mungkin dulu dianggap sukar dicapai.
PRIYA Kuantan: Apa Yang Anda Perlu Tahu?
1. Pengenalan Tentang PRIYA Kuantan
a. Apa itu PRIYA Kuantan?
PRIYA Kuantan adalah sebuah projek perumahan mampu milik yang diperkenalkan oleh OCR Group Berhad. Melalui usaha sama 50:50 antara anak syarikat OCR Properties (Kuantan) Sdn Bhd dan Yayasan Pahang.
b. Apakah maksud “PRIYA”?
Nama “PRIYA” dipilih oleh OCR Group Berhad sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan kepada penduduk Pahang.
Dalam konteks ini, “PRIYA” membawa maksud “kesayangan” atau “yang tercinta”, mencerminkan komitmen projek ini untuk menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti dan selesa.
c. Tujuan Penubuhan
PRIYA Kuantan ditubuhkan dengan matlamat utama untuk membantu penduduk Pahang memiliki rumah idaman pada harga yang berpatutan.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan komuniti oleh OCR Group Berhad, projek ini menyediakan perumahan berkualiti yang mampu milik, meringankan beban rakyat Pahang dalam merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah sendiri.
2. Informasi Tentang PRIYA
a. Jenis dan Harga Rumah:
Projek PRIYA Kuantan menawarkan dua jenis rumah utama, antaranya:
1. Rumah Teres 1 Tingkat:
Saiz: 20’ x 70’
Harga: Bermula dari sekitar RM200,000
2. Rumah Berkembar 1 Tingkat:
Saiz: 40’ x 80’
Harga: Bermula dari sekitar RM300,000
Harga rumah mungkin berbeza bergantung kepada lokasi dan spesifikasi tambahan yang dipilih.
b. Lokasi
PRIYA Kuantan terletak di lokasi strategik di Penor, Pahang, hanya 15km dari pusat bandar Kuantan dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan utama.
Dengan kedudukan yang mudah diakses, penduduk dapat menikmati akses ke kemudahan bandar sambil merasai suasana perumahan yang tenang dan selesa, termasuk:
- Dekat dengan pusat bandar: Memudahkan akses ke pusat perniagaan, pusat membeli-belah, dan kemudahan awam.
- Berhampiran dengan daya tarikan: Lokasi ini juga dekat dengan beberapa tarikan utama seperti Pantai Teluk Cempedak, Taman Gelora, dan pusat rekreasi lain di Kuantan.
c. Antara Fasiliti yang Tersedia
Projek perumahan PRIYA Kuantan menawarkan pelbagai fasiliti untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduknya. Antara fasiliti yang tersedia termasuk:
- Taman Rekreasi Bertema: Terdapat tiga taman rekreasi bertema yang menyediakan ruang hijau dan kawasan untuk aktiviti luar.
- Padang Bola: Untuk aktiviti sukan dan rekreasi.
- Trek Joging: Laluan untuk berjoging dan bersenam.
- Tapak Dewan dan Surau: Kemudahan untuk acara komuniti dan keagamaan.
- Taman Permainan: Kawasan permainan untuk kanak-kanak.
- Pusat Komersial: Kemudahan membeli-belah dan perniagaan untuk keperluan harian.
Fasiliti-fasiliti ini direka untuk menyediakan persekitaran yang selesa dan menyokong gaya hidup aktif dan sihat penduduk PRIYA Kuantan.
3. Fakta Menarik Tentang PRIYA Kuantan
a. Cabaran dan Tindakan
Menghadapi pelbagai cabaran pada tahun 2020 akibat pandemik Covid-19, termasuk gangguan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kekurangan bekalan bahan mentah —OCR telah meningkatkan aktiviti pembinaannya dengan mengoptimumkan perancangan tapak dan melantik kontraktor tambahan untuk memastikan projek berjalan lancar.
Sebagai tindak balas terhadap permintaan yang kukuh, OCR mempercepatkan kemajuan pembinaan bagi Priya Kuantan dan komited untuk menyerahkan unit tersebut pada awal 2022.
Sehingga 31 Mac 2021, lebih 40% daripada pembangunan telah diselesaikan, walaupun menghadapi pelbagai halangan sepanjang tahun 2020.
b. Kos yang telah dibelanjakan
Projek PRIYA Kuantan, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM166 juta, akan membangunkan tanah seluas 100 ekar di pusat bandar Pahang, menawarkan perumahan yang berkualiti dan mampu milik bagi penduduk tempatan.
c. Perancangan masa hadapan
Melangkah ke hadapan, OCR Group Berhad telah menetapkan segmen khas dalam produk untuk menyediakan rumah ‘kehidupan penting’ bagi memenuhi keperluan orang ramai.
Perancangan untuk melancarkan lebih banyak rumah mampu milik di Selangor dan Pahang sedang dijalankan, bertujuan memberikan manfaat yang lebih luas kepada masyarakat di seluruh negeri.
Inisiatif ini membolehkan lebih ramai rakyat merealisasikan impian memiliki rumah pada harga yang berpatutan, memberikan manfaat bersama bagi semua pihak yang terlibat.
4. Pengaruh Ekonomi Terhadap Negeri Kuantan
Projek PRIYA Kuantan juga memberi impak yang signifikan kepada ekonomi di Kuantan dengan penyediaan perumahan mampu milik yang berkualiti.
Selain daripada itu, projek ini juga mendorong pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan pembangunan industri di kawasan tersebut, antaranya:
1. Peningkatan Peluang Pekerjaan
Pembangunan projek ini mencipta banyak peluang pekerjaan, bukan sahaja dalam sektor pembinaan tetapi juga dalam sektor perkhidmatan yang berkaitan.
2. Peningkatan Aktiviti Ekonomi Tempatan
Terletak di Penor, sekitar 15 kilometer dari pusat bandar Kuantan, projek ini merangsang aktiviti ekonomi tempatan dengan meningkatkan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan di sekitar kawasan projek.
3. Pengembangan Infrastruktur
Projek ini turut menyokong pembangunan infrastruktur sekitar, termasuk jalan raya, bekalan elektrik dan air, yang memberi manfaat kepada penduduk tempatan.
4. Peningkatan Nilai Hartanah
Dengan kewujudan perumahan berkualiti, nilai hartanah di kawasan sekitar turut meningkat, yang seterusnya menarik lebih banyak pelaburan ke kawasan tersebut.
5. Kelestarian Alam Sekitar
Dari segi kelestarian alam sekitar, projek PRIYA Kuantan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan amalan yang lebih mesra alam. Antara usaha utama yang diambil termasuk:
1. Penggunaan Teknologi IBS (Industrialised Building System)
Projek ini mengaplikasikan teknologi IBS yang mampu mengurangkan sisa buangan pembinaan dan mempromosikan penggunaan bahan kitar semula.
2. Pengurangan Kebergantungan kepada Tenaga Kerja Asing
Dengan teknologi IBS, keperluan terhadap tenaga kerja asing dapat dikurangkan, sekaligus mengurangkan jejak karbon.
3. Penggunaan Bahan Mesra Alam
Projek ini turut menggunakan bahan-bahan mesra alam yang menerima pengiktirafan label hijau daripada SIRIM, CIDB, dan Skema Label Hijau Singapura.
Melalui inisiatif ini, projek PRIYA Kuantan berusaha menyediakan kawasan perumahan yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga berdaya lestari.
6. Bagaimana Projek Ini Membantu Pemilikan Rumah untuk Generasi Muda?
Adakah PRIYA Kuantan membuka peluang bagi golongan muda untuk memilik rumah? —Ya!
Projek ini menjadi pemangkin utama dalam menyediakan perumahan mampu milik untuk generasi muda di Pahang.
Dengan harga bermula dari RM137,000, projek ini menawarkan 978 unit rumah teres dan 146 unit rumah berkembar —pilihan ideal bagi golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama.
Inisiatif ini turut memberi manfaat ekonomi jangka panjang kepada komuniti tempatan, menjadikannya langkah penting dalam memastikan generasi muda mampu memiliki rumah idaman mereka.
IQI memiliki rangkaian pakar hartanah di seluruh Malaysia! Ingin melabur di Kuantan atau hartanah lainnya di Malaysia? Kongsikan butiran anda dan pakar terbaik kami akan bantu merealisasikan impian pelaburan anda!
Baca Selanjutnya
1. Belanjawan 2025: Memberi Sinar Harapan Buat Pembeli Hartanah
2. Pemilik Rumah di Malaysia Nikmati Lonjakan Nilai Hartanah Lebih RM 100,000 dalam Tempoh 10 Tahun
3. Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT & Semak Syarat Kelayakkan 2024