Ejen hartanah bukan nama baru kita dengar selalu orang akan cakap kalau dorang mengunakkan perkhidmatan and bantuan dalam hartanah. Bukan ejen hartanah je ada sesetengah panggil ejen rumah.
Tahukah anda kat dalam Malaysia ni ada 2 jenis pekerjaan di dalam industri hartanah, iaitu perunding hartanah atau nama lainnya (REN) yang kedua ialah ejen hartanah (REA). Apa beza kedua-dua ini?
Secara ringkas kedua-duanya menawarkan perkidmatan jual/beli hartanah atau membantu anda mencari rumah idaman sewa mahupun beli.
Dengar macam tiada beza kan? tetapi perbezaan mereka sebenarnya besar tau!
Mari kita lihat apakah perbezaan antara dua pekerjaan ini!
Isi Kandungan
Pekerjaan ditawarkan industri hartanah
Selalunya, kalau kita bercakap tentang “perunding hartanah (REN)”, secara tidak langsung kita akan mengaitkannya dengan Ejen Hartanah, dan begitulah juga sebaliknya. Namun, kadang-kadang kita keliru sama ada kita merujuk istilah yang betul ataupun tidak. Betul?
Anda sebenarnya tidak keseorangan!
Ramai sahaja orang di luar sana yang turut keliru tentang penggunaan kedua-dua istilah ini, lebih-lebih lagi di Malaysia.
Jangan risau!
Kami akan jelaskan perbezaannya kepada anda dalam artikel ini. Ingat ya, istilah-istilah ini sering dianggap sinonim, tetapi sebenarnya bidang kepakarannya berbeza.
Bagaimanakah seseorang dapat membezakan antara Ejen hartanah (REA) dan Perunding Hartanah (REN)?
Tahukah anda bahawa di Malaysia, penggunaan istilah “Ejen Hartanah” sebenarnya merujuk kepada Perunding Hartanah (REN), manakala penggunaan istilah “realtor/broker” pula merujuk kepada Ejen Hartanah Berdaftar (REA)?
Selain itu, semua ahli profesional hartanah perlu berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (BOVAEA).
Sebelum kita lihat perbezaan kita semak dulu maksud dan fungsi Perunding Hartanah (REN) dan Ejen Hartanah (REA)
Apakah itu Perunding Hartanah (REN)?
Maksud REN atau Perunding Hartanah
Perunding Hartanah (REN) ialah individu yang telah diupah atau dikontrak oleh syarikat untuk menyenaraikan dan memasarkan hartanah di bawah pengawasan Ejen Hartanah Berdaftar pada setiap masa. Maknanya, Perunding Hartanah tidak boleh bekerja secara bebas dan mesti diawasi oleh sebuah agensi hartanah.
REN = Real Estate Negotiator = Perunding Hartanah
Bagaimanakah cara untuk menjadi Perunding Hartanah?
Sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas yang ingin menjadi Perunding Hartanah mesti menghadiri Kursus Persijilan Perunding (NCC) selama dua hari terlebih dahulu. Ini merupakan prasyarat untuk pendaftaran rasmi sebagai Perunding Hartanah dengan BOVAEA.
>>Klik di sini untuk memulakan kerjaya hartanah anda, latihan PERCUMA disediakan setiap minggu. <<
Apakah itu Ejen Hartanah Berdaftar (REA)?
Maksud REA atau Ejen Hartanah
Ejen Hartanah Berdaftar (REA) ialah seseorang yang berdaftar di bawah BOVAEA sebagai Ejen Hartanah.
REA = Registered Real Estate Agents = Ejen Hartanah
Bagaimanakah cara untuk menjadi Ejen Hartanah Berdaftar?
Untuk menjadi REA, seseorang itu mesti menjadi Ejen Hartanah Percubaan (PEA) terlebih dahulu. Kemudian, individu tersebut perlu menjalani latihan praktikal selepas dua tahun bersama Ejen Hartanah Berdaftar sebelum mengambil Ujian Kecekapan Profesional (TPC). Selepas mengambil dan lulus TPC, ejen boleh memohon untuk mendaftar dengan BOVAEA sebagai Ejen Hartanah sepenuhnya.
Pada awalnya di Malaysia, hanya mereka yang berdaftar di bawah BOVAEA sahaja boleh bekerja sebagai Ejen Hartanah. Perkhidmatan mereka termasuklah membeli, menjual dan memajak hartanah untuk pelanggan dengan tujuan untuk mencapai pulangan optimum. Ejen Hartanah Berdaftar juga diberi kebenaran untuk menubuhkan agensi mereka sendiri sekiranya mereka ingin berbuat sedemikian.
Selain mendaftar dengan BOVAEA, REA perlu mematuhi kod piawaian yang ketat, iaitu Piawaian Agensi Hartanah Malaysia. Piawaian yang ditetapkan oleh BOVAEA ini mengandungi satu set peraturan, kawalan, serta kod kelakuan dan etika yang menerangkan cara untuk ejen menjalankan perniagaan mereka dan cara untuk mendekati serta melayan pelanggan dan rakan ejen lain. Kegagalan mematuhi piawaian ini boleh menyebabkan lesen ejen tersebut digantung dan ditamatkan!
Perniagaan hartanah memerlukan tanggungjawab yang serius, disebabkan itu BOVAEA Malaysia telah menetapkan perbezaan yang jelas antara pelbagai istilah dan ciri-ciri profesional dalam perniagaan ini, termasuklah Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah Berdaftar.
Pebezaan Perunding Hartanah (REN) dan Ejen Hartanah (REA)
Kalau kita nak lihat dari segi kerja dan tanggungjawab mereka berdua ini mempunyai skop kerja yang sama cuma perbezaannya adalah dari segi lesen dan juga tahap. Mari kita lihat jadual perbezaan dibawah:
Kategori | Perunding Hartanah (REN) | Ejen Hartanah (REA) |
---|---|---|
No lesen | RENxxxx | Exxxx |
Status Pekerjaan | Wajib, bekerja dibawah agensi hartanah. | Boleh bekerja sendiri dan membuka agensi sendiri. |
Syarat bekerja | – 18 tahun ke atas – Menududuki kursus NCC | – 21 tahun ke atas – Mempunyai 2 tahun atau lebih pengalaman menjadi REN |
Membina pasukan sendiri | Tidak Boleh | Boleh |
Kelebihan Perunding Hartanah (REN) dan Ejen Hartanah (REA)
Setelah mengetahui perbezaan, semestinya anda ingin tahu dan mungkin timbul perasaan untuk menjadi seorang perunding hartanah. Sebelum anda mendaftar menjadi perunding hartanah.
Bagus kalau anda dapat ketahui apakah kelebihan bekerja sebagai perunding hartanah atau ejen hartanah. Setiap pekerjaan diluar mesti ada kelebihan masing masing, jika anda bekerja dalam industri hartanah kelebihannya sedikit lebih dari bekerja 9-5 office working
Jom kita semak kelebihan perunding hartanah
Gaji yang tanpa had
Kategori pekerjaan REN atau REA, mereka ini pekerja yang mendapat komisyen dan bukan mempunyai gaji basic. Gaji atau duit mereka adalah berdasarkan seberapa tinggi mereka berkerja keras. Walaupun tiada gaji basic, gaji mereka boleh melepasi gaji-gaji boss boss di Malaysia.
Masa yang fleksibel
Bukan sahaja gaji yang tanpa had, mereka juga mempunyai masa yang sangat fleksibel. Mereka mengatur kerja mereka sendiri. Ini kerana mereka tidak terikat dengan masa bekerja dari pagi ke malam. Masa bekerja mereka ditetapkan oleh pelanggan mereka.
Pengetahuan menyeluruh tentang hartanah
Sudah pasti kalau kita berapa dalam sesuatu industri kita akan menjadi “subject matter expert” , apatah lagi kalau anda seorang ejen hartanah. Mereka ini akan mengetahui luar dan dalam tentang hartanah. Mereka adalah orang yang sangat berilmu dari pelaburan sehingga pembelian hartanah.
Networking
Pekerjaan ini membuka ruang untuk perunding hartanag membesarkan data kenalan mereka. Ini adalah salah satu perkara yang bagus kerana mereka kenal lebih ramai orang dan ini juga dapat membuka pintu yang lebih luas untuk mendapat lebih banyak kes hartanah yang menguntungkan.
Sekarang, bolehkah anda membezakan antara kedua-dua istilah ini dengan jelas?
Kami berharap dengan maklumat ini, anda akan dapat membuat pilihan yang tepat dalam segala urusan anda dalam pasaran dan industri hartanah.
Anda berminat? Ayuh sertai pasukan perunding hartanah kami yang terbaik dalam industri ini!