Terdapat dua profesional yang mainkan peranan penting apabila berdiskusi tentang industri hartanah. Mereka adalah Ejen Hartanah (REA) dan Perunding Ejen Hartanah (REN). Tapi, sering kali khalayak ramai keliru antara mereka ni. Yang membezakan mereka adalah tugas yang berlainan, tag pendaftaran, dan proses kelayakan.
Artikel ini bertujuan untuk membezakan karier profesional REA dan REN. Dengan harapan lepas ni kalau ada sesiapa tanya, kita boleh jawab no hal punya. Tanpa melengahkan masa, kita senaraikan perbezaan mereka.
Perbezaan REA dan REN
Sebelum itu, jom tengok video di bawah untuk mendapatkan sedikit gambaran tentang artikel ini!
1. Tugas yang Berlainan
Ejen Hartanah (REA):
Seorang REA boleh menubuhkan agensi mereka sendiri. Di mana mereka dibenarkan memiliki sebanyak 50 REN untuk bekerja di agensi mereka.
Selain itu, seorang ejen hartanah (REA) akan menjadi seorang supervisor kepada para perunding hartanah (REN) di bawah mereka.
Perunding Hartanah (REN):
Manakala, seorang REN tidak boleh menubuhkan agensi mereka sendiri. Selain itu, mereka hanya boleh dikaitkan dengan satu agensi hartanah untuk menjalankan kerja mereka.
Jadi, seorang REN akan melaksanakan tugas di bawah pengawasan seorang REA.
*Secara singkat seorang REA atau REN boleh laksanakan tugas jual beli rumah dan hartanah.
2. Tag Pendaftaran
Ejen Hartanah (REA):
Tag pendaftaran seorang REA berwarna biru dengan nombor pendaftaran yang bermula dengan E xxxx
Perunding Hartanah (REN):
Tag pendaftaran seorang REN berwarna merah dengan nombor pendaftaran yang bermula dengan REN XXXX
3. Proses Kelayakan
Ejen Hartanah (REA):
Sebelum melayakkan diri sebagai seorang REA, mereka perlu lalui kursus selama dua tahun untuk menerima Diploma dalam Agensi Hartanah (Estate Agency) yang dikendalikan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH).
Selepas menerima Diploma, mereka wajib menjalankan latihan industrial selama dua tahun di bawah penyeliaan agensi hartanah yang berkelayakan.
Kemudian, buku log mereka akan diserahkan kepada LPPEH untuk penilaian dan kelulusan.
Akhirnya, mereka akan lalui peperiksaan oral. Di mana mereka akan di interbiu secara mendalam mengenai pengalaman dan pamerkan pengetahuan komprensif mengenai industri hartanah.
Perunding Hartanah (REN):
Untuk mereka yang berminat untuk menjadi Peerunding Hartanah (REN), mereka tidak perlu menggunakan masa yang lama, malah hanya perlu bayar pendaftaran dan lalui program ‘Sijil Kursus Perunding Hartanah’ (Negotiators’ Certification Course), selama dua hari. Apa yang akan mereka belajar?
- Selok belok industri hartanah
- Undang-undang industri hartanah
- Amalan terbaik
- Model kerja sebagai REN
Sesudah itu mereka akan terima sijil penghadiran. Dengan sijil itu, mereka perlu memohon di mana-mana agensi hartanah untuk menjadi pembantu ejen harta tanah (REN). Ketahui langkah untuk menjadi seorang REN sekarang!
Bagaimana nak tahu REA atau REN yang sah?
Mudah sahaja. Tag pendaftaran seorang REA atau REN akan ada nombor pendaftaran mereka sekali. Selain itu, seorang REA atau REN perlu pamerkan tag pendaftaran mereka sewaktu melakukan apa-apa perniagaan.
Sebelum mulakan apa-apa transaksi atau perbincangan, boleh rujuk nombor pendaftaran mereka di laman LPPEH.
Masukkan nombor pendaftaran mereka dan akan terpapar:
- Nama penuh
- Nama dan Nombor pendaftaran agensi hartanah
- Maklumat perhubungan
- Tarikh luput tag pendaftaran
Selain itu dengan kemajuan teknologi kini, setiap tag pendaftaran akan ada kod QR yang anda boleh imbas untuk lihat kesahihan mereka sebagai REA atau REN.
Pindaan perundangan baru-baru ini terhadap Akta 242 (Bahagian VIII, Seksyen 30) memperuntukkan bahawa mana-mana individu yang bertindak sebagai REN; sama ada sendiri atau utama perniagaannya adalah hartanah atau menyamar sebagai REN yang berdaftar, telah melakukan kesalahan.
Hukuman untuk itu adalah sabit kesalahan denda tidak melebihi RM300,000, atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 3 tahun, atau kedua-duanya. Denda selanjutnya sebanyak RM1,000 untuk setiap hari semasa berlakunya kesalahan tersebut juga akan dikenakan.
Siapa boleh jadi REA atau REN?
Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang REA atau REN. Seperti yang dibincangkan di atas, masa yang diambil untuk menjadi seorang REA atau REN berbeza kerana kelayakan mereka di industri hartanah.
Untuk mereka yang berminat untuk menjadi ejen hartanah (REA):
- Warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
- Memiliki Sijil SPM dengan sekurang-kurang 5 subjek lulus, yang mana 3 adalah pada tahap kredit. (Salah satu daripada kredit tersebut mestilah subjek Matematik, Sains, Perdagangan atau Perakaunan.)
- Berumur 21 tahun ke atas.
Hal ini kerana mereka akan menduduki kursus diploma hartanah.
Manakala untuk seorang perunding hartanah (REN):
- Warganegara atau penduduk tetap Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
Kalau anda berminat, jom sertai kami di IQI!
Sebagai penutup, untuk menjadi seorang REN lebih mudah berbanding REA. Tetapi, seorang REA mempunyai kelebihan berbanding seorang REN.
Ingin mulakan kerjaya anda sebagai seorang REN? IQI Global jawapan yang tepat bagi anda!
Di IQI Global, kami menyediakan kursus dan latihan percuma kepada REN IQI setiap minggu! Tunggu apa lagi? Jom la join kami!
Baca Selanjutnya:
- Berapakah Gaji Ejen Hartanah? Ini 6 Perkara Tentang Gaji Ejen Hartanah
- Niza Adiza: “Saya Membina Empayar Bersama IQI” | Rising Above
- Bawa Pulang Jam Jenama Mewah, Rolex? Kisah Kejayaan Perunding Hartanah IQI ini Boleh Menjadi Inspirasi Kejayaan Anda!
- Dari Percutian Mewah ke Bonus Rumah dan Peluang Insentif Pemandu Peribadi? Tak Percaya? Sertai IQI sebagai Ejen Hartanah dan Alami Sendiri!