cover image source: Rujukan.my
Version: EN
Anda layak untuk memiliki rumah mampu milik jika memenuhi kriteria kelayakan syarat yang dikehendaki. Rujuk di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.
Apa itu Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)?
Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) merupakan rumah mampu milik yang telah disediakan oleh kerajaan negeri Johor, di bawah Projek Rumah Mampu Biaya yang bertujuan bagi menawarkan skim yang mampu memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang telah menetap di negeri Johor.
Apa Itu Rumah Mampu Milik Johor? |
Apakah Portal Hartanah Johor?
Photo credit: Portal Hartanah Johor
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan telah mengambil inisiatif dengan membangunkan portal hartanah iaitu sistem eRumah untuk negeri Johor. Dengan adanya portal ini anda boleh mendapatkan maklumat seperti syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status permohonan Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) secara online. Ia turut memaparkan maklumat seperti Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera, Perumahan Rakyat, dan Portal eRumah.
Syarat Kelayakan (RMMJ)
Syarat kelayakan bagi skim Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera, serta Program Perumahan Rakyat ini mempunyai syarat kelayakan yang tertentu. Di bawah ini kami kongsikan syarat-syarat bagi ketiga-tiga skim tersebut.
1) Rumah Mampu Biaya Johor (RMB)
- Anda mestilah warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas
- Telah pun menetap di Johor selama 10 tahun
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi had berikut:RMB A – RM4,000RMB B – RM6,000RMB C – RM8,000
RMB D – RM10,000
KKS – RM13,000
- Telah pun berkahwin atau bujang layak memohon
- Hanya satu permohonan dibenarkan bagi pasangan suami ataupun isteri
- Bagi permohonan isteri kedua dan juga seterusnya tidak boleh atas nama suami dan perlu menggunakan nama isteri sahaja sebagai pemohon
- Pemohon atau pasangan yang telah pun memiliki RKR selama 10 tahun ke atas dibenarkan memohon rumah kedua iaitu Rumah Mampu Biaya (RMB B)
- Hanya satu pemilikan sahaja bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam negeri Johor
- Pemohon atau pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana atau Rumah Mampu Milik atau Rumah Mewah adalah tidak layak untuk memohon skim ini
- Pemohon atau pasangan yang telah memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon rumah kedua iaitu RMB C dan RMB D
- Tempoh sah pendaftaran rumah ialah dua tahun dari tarikh pendaftaran
2) Lot Bumiputera
- Merupakan warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas
- Berkahwin, bujang juga dibolehkan memohon
- Status bumiputera
3) Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk Sewa
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan telah pun mencapai umur 18 tahun dan ke atas
- Telah berkahwin, bagi mereka yang berstatus janda atau duda juga layak untuk diberikan pertimbangan.
- Walau bagaimanapun, bagi lain-lain isteri, mereka tidak layak dipertimbangkan rumah PPR dan juga RSK
- Bujang yang berusia lima puluh (50) tahun dan ke atas serta mempunyai tanggungan ataupun kematian ibu bapa sahaja layak untuk dipertimbangkan.
- Bagi pemohon yang bukan lahir di Johor, perlu menetap di negeri Johor melebihi sepuluh (10) tahun.
- Pemohon atau, dan pasangan adalah pengundi di negeri Johor.
- Pendapatan kasar bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
- Pemohon dan pasangan tidak mempunyai harta kediaman dan tidak menginap di mana-mana kuaters milik kerajaan dan belum pernah menyewa rumah PPR dan RSK di negeri Johor.
- Pemohon dan pasangan bersih dari rekod jenayah.
Apa Itu e-perumahan?
eRumah dilhamkan bertujuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Johor dalam memohon Rumah Mampu Biaya Johor RMBJ, Lot Bumiputera dan juga Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Untuk pengetahuan umum, Bahagian Perumahan telah menjalankan tanggungjawab dalam mengawal segala pengagihan rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan kedai kos sederhana rendah swasta.
Selain itu juga, ia turut menjaga kepentingan pemilikan bumiputera dalam pemasaran hartanah jenis dan menyelenggara kemudahan rumah sewa awam atau Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Macam Mana Nak Mohon Untuk Rumah Mampu Milik Johor?
a) Cara Untuk Daftar Akaun
- Klik butang “Daftar Akaun Sekarang” untuk mendaftar akaun dengan SPJ.
- Pada Skrin Daftar Akaun, klik kotak Individu. Skrin Syarat-Syarat Pendaftaran Akaun akan dipaparkan.
- Klik Saya Setuju jika bersetuju.
- Manakala, jika tidak bersetuju dengan syarat, klik Tidak Bersetuju.
- Jika bersetuju, Borang Pendaftaran Akaun Baru – Individu akan dipaparkan.
- Pemohon perlu melengkapkan maklumat individu.
- Maklumat yang diperlukan termasuk Nama Individu, No Kad Pengenalan Individu, Tarikh Lahir, Emel dan Kata Laluan.
- Tanda pada kenyataan Saya Bukan Robot. Kemudian klik DAFTAR.
- Mesej notifikasi akan dipaparkan. Satu emel akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.
- Sekiranya anda pernah mendaftar menggunakan No Kad Pengenalan yang sama, satu mesej makluman akan dipaparkan
b) Cara Log Masuk Portal SPJ
- Dibahagian atas sebelah kanan, klik Log Masuk ke Dalam Akaun. Kemudian, Skrin Log Masuk Sistem akan dipaparkan
- Klik kotak Individu untuk login ke Portal Awam SPJ. Kemudian, skrin untuk masukkan Kata Nama dan Kata Laluan akan dipaparkan.
- Masukkan Kata Nama dan Kata Laluan. Klik Log Masuk.
- Borang Maklumat Peribadi Individu akan dipaparkan.
- Lengkapkan maklumat peribadi individu termasuk:
- Maklumat Asas Pemohon
- Alamat Pemohon
- Maklumat Tambahan Pemohon
- Maklumat Pasangan Pemohon
- Tanda pada ruangan Akuan Pemohon.
- Kemudian, klik Hantar.
c) Cara Memohon Rumah Mampu Biaya
- Klik Perumahan Mampu Biaya. Skrin Senarai Permohonan Mampu Biaya akan dipaparkan
- Klik Permohonan Baru dan skrin Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mampu Biaya akan dipaparkan.
- Setelah memahami syarat kelayakan, klik pada Butang Saya Setuju JIKA ingin meneruskan permohonan.
- Pemohon dikehendaki memilih Nama Projek dan memasukkan Cara Bayaran Pembelian Rumah. Kemudian, klik Butang Hantar.
- Untuk meneruskan permohonan, klik Ya.
Nota: STATUS PERMOHONAN = CETAK SENARAI SEMAK/AKUAN SUMPAH
d) Cara Semak Status Permohonan
- Klik Rumah Mampu Biaya. Kemudian, skrin Senarai Permohonan Rumah Mampu Biaya berserta STATUS akan dipaparkan.
- Untuk paparkan status terperinci, klik Menu SEMAKAN STATUS PERMOHONAN.
- Senarai terperinci status permohonan akan dipaparkan.
Nota: Status TERKINI adalah yang berwarna BIRU
e) Cara Kemaskini Akaun
- Klik Kemaskini Akaun. Kemudian, skrin Kemaskini Akaun akan dipaparkan
- Lengkapkan maklumat yang ingin dikemaskini dengan mengisi maklumat :Kata Laluan Lama, Kata Laluan Baru, Ulang Kata Laluan
- Kemudian, klik Kemaskini.
Permohonan Rumah Sewa
Photo credit: Rumah Mampu Milik Johor
Daftar Akaun Portal Sebelum membuat permohonan dengan Sistem Perumahan Johor (SPJ), pemohon dikehendaki mendaftar dengan portal awam SPJ. Untuk mendaftar, ikuti langkah berikut;
- Layari erumah.johor.gov.my
- Pada halaman utama portal, klik Daftar Akaun Sekarang. Skrin Pilihan Kategori Pengguna akan dipaparkan
- Terdapat 4 kategori pengguna pada skrin Pilihan Individu. Untuk mendaftar sebagai pemohon, klik ikon Individu. Kemudian, skrin Syarat Permohonan Pendaftaran Akaun akan dipaparkan.
- Setelah memahami syarat, klik Saya Setuju untuk meneruskan pendaftaran. Skrin pendaftaran akaun akan dipaparkan.
- Pemohon perlu melengkapkan maklumat seperti yang diminta.
- Setelah selesai, klik DAFTAR
- Skrin makluman pendaftaran berjaya akan dipaparkan. Pada skrin ini, maklumat katanama dan katalaluan akan dipaparkan.
- Pada masa yang sama, emel juga akan dihantar kepada pemohon menggunakan emel yang didaftarkan.
Log Masuk Portal
Selesai membuat pendaftaran portal, pemohon dibenarkan untuk log masuk ke dalam portal. Untuk log masuk, ikuti langkah berikut;
- Pada halaman utama portal, klik Log Masuk Ke Dalam Akaun. Skrin Pilihan Kategori Pengguna akan dipaparkan.
- Klik pada ikon Individu. Skrin Log Masuk Individu akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan Individu dan Katalaluan.
- Kemudian, klik Log Masuk.
- Skrin Kemaskini Maklumat Peribadi akan dipaparkan.
- Pemohon perlu kemaskini maklumat peribadi yang terbahagi kepada 4 bahagian.
- Kemaskini maklumat Alamat Pemohon
- Kemaskini Maklumat Tambahan Pemohon
- Kemaskini Maklumat Pasangan Pemohon
- Setelah selesai kemaskini maklumat, tanda bahagian Akuan Pemohon.
- Kemudian, klik Butang HANTAR. Satu mesej akan dipaparkan
- Pemohon perlu klik Perumahan Rakyat
Mohon Rumah Sewa
Untuk memohon rumah sewa kerajaan, pemohon perlu ikuti langkah berikut;
- Klik Menu Perumahan Rakyat. Skrin Senarai Permohonan Rumah Sewa akan dipaparkan
- Untuk membuat permohonan baru, klik PERMOHONAN RUMAH SEWA. Skrin Syarat syarat permohonan akan dipaparkan. Klik Saya Setuju untuk teruskan permohonan. Skrin Permohonan Rumah Sewa akan dipaparkan. Pada skrin Permohonan-Rumah Sewa, pemohon hanya perlu memilih Nama Projek yang tersedia.
- Kemudian, lengkapkan Maklumat Tanggungan.
- Klik Butang Tambah (berwarna hijau) untuk menambah baris maklumat tanggungan. Bagi menghapus baris, klik Butang Tolak (berwarna oren).
- Apabila selesai, klik SIMPAN. Satu mesej makluman akan dipaparkan.
- Klik Ya untuk menghantar permohonan sewa. Permohonan rumah sewa akan dipaparkan di Senarai Permohonan Rumah Sewa
- Untuk melihat Sebab jika permohonan berstatus Tidak Berjaya, klik Sebab. Skrin Sebab akan dipaparkan.
Kami mempunyai profesional perunding hartanah yang sedia membantu. Sila isi borang di bawah untuk berhubung dengan mereka!