Sejak Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dasar kepemimpinan negara baharu iaitu Malaysia Madani pada 19 Januari lepas, rakyat Malaysia boleh menjangkakan bahawa kos sara hidup dapat dikurangkan.
Inisiatif Menu Rahmah mampu mengurangkan kos perbelanjaan makanan harian dengan janjian hidangan berharga RM5 yang disediakan oleh mana-mana premis permakanan yang menyertai inisiatif ini.
Oleh itu, sudah tentu salah satu – ataupun sepuluh – daripada 15,000 premis tersebut mampu menarik perhatian anda. Jom kita lihat sama-sama!
Apakah Menu Rahmah?
Menu Rahmah merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menangani kos sara hidup yang makin meningkat, terutamanya kos perbelanjaan makanan dan minuman yang mampu memakan simpanan rakyat sehari demi sehari.
Oleh itu, pihak syarikat ataupun pengusaha makanan dan minuman walaupun secara individu yang menyerta dengan secara sukarelawannya haruslah sediakan hidangan yang akan dijual pada harga RM5.
Harga RM5 ini bermakna ia amat sesuai untuk golongan B40 dan juga M40 yang mengalami situasi kewangan kurang baik, tapi secara asasnya ia diperkenalkan untuk rakyat Malaysia secara amnya, tidak kisah sama ada kaya atau miskin.
Hidangan yang dijual di bawah sepanduk Menu Rahmah seharusnya berkualiti serta lengkap dari segi khasiat. Sebanyak 15,000 premis permakanan telah menyertai inisiatif ini setakat ini.
Disebabkan oleh struktur penyertaan yang didemokrasikan dan berasaskan sukarelawan, pemantauan atau perseliaan daripada pihak kerajaan boleh dijangka supaya kualiti hidangan dari premis yang menyerta dijamin dan juga untuk mengelakkan dari sebarang perdayaan.
Apakah Malaysia Madani?
Malaysia Madani ialah dasar negara baharu yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk memulihkan kemakmuran dan kehormatan atas nama negara dengan 6 tonggak utama iaitu:-
KeMampanan, KesejAhteraan, Daya Cipta, HormAt, KeyakiNan dan Ihsan.
Malaysia Madani cenderung lebih kepada aspek humanisme dan ia dapat mewujudkan budaya yang lebih prihatin dan peka terhadap kesejahteraan insan yang kurang bernasib baik, memupuk kesamarataan antara lapisan masyarakat yang dicontohi salah satu objektifnya untuk merapatkan jurang kekayaan demi menyatukan kelas masyarakat yang sebelum ini sangat ketara dengan keasingannya.
10 Kedai Makan Menawarkan Menu Rahmah
1. AEON Big
Pasaraya gergasi AEON Big turut sertai initiatif Menu Rahmah dengan pelbagai juadah berasaskan nasi bersama lauk-pauk seperti Ayam Masak Merah dan Sotong Kunyit lengkap dengan sayur-sayuran dan juga sebotol air minuman.
Hidangan Menu Rahmah di AEON Big disediakan untuk makan tengah hari dan juga makan malam.
Hidangannya juga berbeza mengikut pada hari supaya anda tidak akan cepat jemu. Lebih-lebih lagi, AEON Big tetapkan harganya 5 sen lebih murah daripada RM5 yang anda jangkakan!
2. MYDIN Malaysia
Seperti AEON Big, pasaraya kegemaran tempatan MYDIN juga menawarkan hidangan makan tengah hari dan malam yang berasaskan nasi putih bersama pelbagai lauk-pauk dan sayur-sayuran seperti Ayam Goreng Kunyit cincang bersama Bayam Goreng ataupun Sambal Ikan bersama Kubis Goreng.
Setiap hidangan juga disajikan bersama botol air minuman 500ml. Serupa juga dengan AEON Big, MYDIN Malaysia mampu menetapkan harga lebih kurang daripada RM5 iaitu RM4.90!
3. Burger King
Burger King merupakan rangkaian makanan segera pertama yang menyertai inisiatif Menu Rahmah. Namun begitu, rangkaian gergasi seperti McDonalds dan KFC juga sedang berada dalam perbincangan untuk menyertai inisiatif ini.
Pelanggan boleh memilih sama ada Cheesy Beef Burger bersama air mineral ataupun BK Chick’N Crisp bersama air mineral dengan hanya RM5 sahaja.
Burger King hanya menawarkan promosi Menu Rahmah di Malaysia Barat sahaja dan lokasi tertentu seperti Genting Premium Outlets dan cawangan di lapangan terbang dan juga beberapa lokasi lain tidak tertakluk kepada promosi ini buat masa sekarang.
4. Restoran Ali Maju
Restoran mamak terkenal Ali Maju turut menawarkan hidangan lengkap RM5 di 16 cawangannya yang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.
Pelanggan dapat menikmati hidangan nasi bersama satu pilihan protein yakni ayam atau ikan dan sejenis sayur-sayuran pilihan sendiri serta minuman Teh O panas ataupun ais.
Restoran Ali Maju merupakan contoh yang baik untuk pihak bukan syarikat besar ataupun rangkaian antarabangsa kerana mereke menyertai initiatif Menu Rahmah dengan tujuan yang berputih hati untuk mengurangkan beban bagi yang kurang berkemampuan.
5. OldTown White Coffee
Penggemar kopitiam bolehlah makan di OldTown White Coffee di mana mereka menghidangkan tiga jenis hidangan Nasi Lemak sempena initiatif Menu Rahmah.
Pilih sama ada anda mahu Nasi Lemak bersama Ayam Cincang, Sosej ataupun kosong, setiap hidangan disajikan bersama air Limau Ais. Jika anda tambah lagi RM2, anda boleh menukar air Limau Ais kepada air kopitiam tradisional seperti White Coffee ataupun Teh Tarik antara minuman yang lain.
6. Warong Pecel Lele @ TSI Sports Arena, Cyberjaya
Nikmatilah masakan Jawa Timur dengan harga berpatutan dengan Menu Rahmah di Warong Pecel Lele!
Pecel Ayam merupakan salah satu item yang sangat berbaloi di sini kerana kuantiti nasinya yang banyak dan pelanggan juga dapat memilih bahagian ayam (pilih bahagian dada untuk lebih berbaloi!). Sambalnya yang pedas dan enak turut diseimbangkan dengan tempeh, kobis dan timun, membuat item Menu Rahmah ini sangat memuaskan, apatah lagi denan harga RM5 sahaja!
7. Mios Kitchen
Peminat makanan barat wajib cuba item Chicken Chop dari Menu Rahmah di setiap cawangan Mios Kitchen.
Nikmatilah seketul peha ayam yang dibakar dengan sempurna dihidangkan bersama kentang lenyek yang berkrim. Anda juga dapat potong rasa kelemakan ayam dan kentang lenyek tersebut dengan salad yang menyegarkan – semua ini hanya untuk RM4.90 sahaja!
8. Good Good Lucksaa, Kedah
Suka Laksa Penang tapi lebih minati Laksa Sarawak kesayangan ‘kamek’? Usahlah risau, kerana Good Good Lucksaa yang terletak di Sungai Petani, Kedah menawarkan kedua-dua jenis laksa, dan beberapa jenis lagi bersempena dengan Menu Rahmat mereka!
Berlangsung dari 12 tengah hari hingga ke 2 petang, anda tiada banyak masa untuk nikmati laksa-laksa pelbagai jenis yang sedap serta murah!
9. Ayam Pak Sheikh, Selangor
Kebanyakan restoran dalam senarai ini menawarkan ayam goreng bersama Menu Rahmah mereka, tapi apa kalau anda dapat 2 ayam goreng sebaliknya?
Ayam Pak Sheikh yang terletak di Subang Jaya menawarkan hidangan nasi bersama bukan satu, tapi dua ayam goreng pada bahagian ‘mid wing’ dan ‘drummet’ dan juga salad, timun serta sambal hijau jika anda gemari makanan pedas!
Untuk RM5 sahaja, anda tak perlu fikir berulang kali. Ayuh ke Ayam Pak Sheikh dengan segera!
10. McDonald’s
Image via McDonald’s Malaysia (Facebook)
Terdapat 3 perkara yang setiap rakyat Malaysia gemari: politik, gosip selebriti, dan Mekdi. Akhirnya, rangkaian restoran kegemaran Malaysia telah menyertai initiatif Menu Rahmah dengan secara rasmi!
Dengan RM5, anda boleh nikmati item “ruji” dalam menu McD, terutamanya Bubur Ayam McD. Tapi jika anda lebih minat burger, terdapat 2 variasi daripada menu rahmahnya yang berasaskan burger: Burger Ayam dan Burger McEgg.
Setiap pesanan menu rahmah juga disampingi dengan Teh Ais Limau yang sangat menyegarkan. Menu rahmah ini sudah pasti akan menjadi salah satu daripada kegemaran rakyat Malaysia dalam senarai ini!
IQI mempunyai lebih dari 30,000 ejen hartanah di seluruh dunia. Melalui mod kerjasamanya yang khusus untuk ejen, ianya membantu mereka untuk berkembang bersama!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Tinggalkan butiran anda di bawah! Kami akan menghubungi dan membantu anda secepat mungkin.