Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

6 Cukai Hartanah di Malaysia untuk Pembeli Rumah

Versi: EN, CN


Membeli rumah melibatkan lebih daripada sekadar membayar harga rumah, bayaran pendahuluan dan kos pengubahsuaian.  

Selain nilai hartanah itu sendiri, terdapat beberapa kos lain yang perlu diambil kira!

Antaranya termasuk jenis cukai hartanah yang memainkan peranan penting dalam memastikan transaksi dilakukan secara sah dan selamat. 

Untuk membantu anda bersedia, berikut adalah cukai hartanah utama yang perlu diketahui oleh pembeli rumah di Malaysia. 



1. Duti Setem Pemindahan Milikan (MOT)  

MOT perlu dibayar kepada kerajaan sekali sahaja apabila pemilikan hartanah secara rasmi dipindahkan kepada nama pembeli.

Jumlah duti setem ini bergantung kepada harga hartanah—semakin tinggi harga, semakin tinggi jumlah yang perlu dibayar. 

Harga Rumah Kadar Duti Setem (%) 
RM100,000 pertama 1% 
RM101,000- RM500,000  2% 
RM500,001 – RM1 juta 3% 
Melebihi RM1 juta 4% 
Pengiraan Duti Setem untuk rumah berharga RM750,000 di Malaysia:

(RM100,000 pertama × 1%) + (RM400,000  berikutnya × 2%) + (Baki RM250,000 × 3%)
Jumlah Duti Setem: RM1,000 + RM8,000 + RM7,500 = RM16,500 

Kriteria Kelayakan untuk Pengecualian Duti Setem: 

  • Warganegara Malaysia 
  • Pembeli Rumah Pertama: Anda tidak boleh memiliki sebarang hartanah sebelum ini layak mendapat subsidi daripada kerajaan. 
  • Hartanah Kediaman: Pengecualian ini hanya terpakai untuk hartanah kediaman seperti rumah teres, apartmen, dan kondominium. 
  • Julat Harga: Nilai hartanah mestilah di bawah RM500,000. Bagi hartanah bernilai antara RM500,001 hingga RM1,000,000, pengecualian separa mungkin diberikan. 
  • Tempoh Pembelian: Perjanjian Jual Beli (SPA) mesti ditandatangani antara 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2025. 

2. Duti Setem Perjanjian Pinjaman

Seterusnya, Duti Setem Perjanjian Pinjaman merupakan cukai yang dikenakan ke atas jumlah pinjaman perumahan daripada bank. Ia dikira berdasarkan jumlah pinjaman pada kadar tetap 0.5%. 

Pengiraan Duti Setem Perjanjian Pinjaman untuk pinjaman RM500,000: 
Jumlah duti setem: RM500,000 × 0.5% = RM2,500 

Duti setem perjanjian pinjaman perlu dibayar terlebih dahulu bersama dengan pembelian hartanah anda. 

3. Cukai Taksiran / Cukai Pintu 

Selain itu, cukai taksiran ialah cukai kerajaan tempatan. Ia dikutip oleh majlis perbandaran untuk membiayai perkhidmatan awam dan penyelenggaraan infrastruktur dalam kawasan tertentu.  

Contohnya, penyelenggaraan jalan raya, sistem perparitan dan pembersihan jalan, lampu jalan, dan kutipan sampah. 

Cukai tersebut perlu dibayar dua kali setahun, dengan bayaran dibuat berasingan: dari 1 Januari hingga 28 Februari, dan dari 1 Julai hingga 31 Ogos. 

Jumlah cukai adalah ditentukan dengan nilai sewa tahunan hartanah dan kadar tetap yang boleh berkisar antara 2% hingga 9%.

Kadar ini bergantung pada jenis hartanah, di mana flat kos rendah dikenakan kadar serendah 2%, manakala kediaman mewah dikenakan kadar sebanyak 9%. 

Pengiraan cukai taksiran untuk hartanah kondo mewah: 

Nilai sewa Tahunan: RM8,000 
Kadar Cukai: 6% 
Jumlah Cukai Taksiran: RM480 

4. Cukai Tanah 

Cukai Tanah dikenakan ke atas pemilik tanah setiap tahun untuk memastikan hak pemilikan tanah kekal sah.

Cukai tanah dikira berdasarkan kadar tetap setiap meter persegi dan berbeza mengikut negeri, jenis hartanah, serta lokasi.  

Walaupun jumlahnya biasanya rendah, kegagalan membayar Cukai Tanah boleh mengakibatkan denda atau tindakan undang-undang. 

5. Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) 

Di samping itu, RPGT adalah cukai yang dikenakan ke atas keuntungan bersih hanya apabila anda menjual hartanah.  

Tempoh pemilikan hartanah memainkan peranan penting dalam menentukan kadar RPGT seperti berikut: 

Tempoh Pemilikan Kadar RPGT 
Dijual dalam 3 tahun pertama 30% 
Dijual dalam tahun ke-4 20% 
Dijual dalam tahun ke-5 15% 
Dijual selepas 5 tahun 0% 
Contoh pengiraan RPGT: 

• Jika anda menjual hartanah pada RM800,000 yang dibeli pada RM700,000, keuntungan ialah RM100,000. 
• Dijual dalam tempoh 3 tahun pertama, RPGT = RM100,000 x 30% = RM30,000 cukai. 
• Dijual selepas 5 tahun, RPGT = 0%, bermakna tiada cukai dikenakan. 

6. Cukai Pendapatan Sewa

Akhirnya, cukai pendapatan sewa. Cukai ini dikenakan ke atas pendapatan yang diperoleh daripada penyewaan hartanah.

Cukai dikenakan ke atas pendapatan sewa bersih, iaitu jumlah sewa diterima selepas ditolak perbelanjaan seperti penyelenggaraan, cukai taksiran, faedah pinjaman, yuran pengurusan, dan insurans.

Untuk individu, cukai dikenakan mengikut kadar cukai pendapatan progresif (0% – 30%).

Bagi syarikat, pendapatan sewa dikira sebagai pendapatan perniagaan dan dikenakan cukai korporat (24% atau 17%).

Kesimpulannya, pemilikan hartanah di Malaysia melibatkan pelbagai jenis cukai yang perlu difahami oleh pembeli dan penjual.

Ini kerana memahami struktur cukai amat penting untuk mengelakkan kos tersembunyi serta merancang kewangan dengan lebih bijak dalam urusan hartanah.


Soalan Lazim (FAQ)

Berdasarkan Sale Purchase Agreement (SPA), tempoh masa proses jual beli rumah adalah 90 hari.

Cukai Tanah adalah tanggungjawab kepada kerajaan negeri sebagai bayaran pemilikan tanah, manakala Cukai Taksiran adalah sumbangan kepada pihak berkuasa tempatan untuk penyelenggaraan perkhidmatan awam.

Ya, pemilik apartment membayar cukai petak sekaligus melalui yuran penyelenggaraan yang dikutip oleh pihak pengurusan.


Berminat untuk mendapatkan rumah pertama anda? Di IQI, kami akan membantu anda mencari rumah terbaik buat anda mengikut bajet yang anda ada.


Baca Selanjutnya:

  1. Memorandum Pemindahan (MOT) – Anda Perlu Tahu!
  2. Cukai Pendapatan Sewa: Tips dan Panduan buat Pemilik Hartanah
  3. 8 Tips Penting Sebelum Membeli Rumah Kediaman Diri

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯