Anda sedang mencari rumah impian anda di Malaysia? Dan ini kali pertama anda? Anda mungkin tertanya, “Kat mana nak mula?” —Jangan risau, kami ada jawapannya!
Agensi hartanah profesional memainkan peranan yang amat penting untuk membantu dan memudahkan proses anda dalam proses jual beli rumah.
Oleh itu, penting memilih ejen hartanah yang berdaftar dan terpercayai.
Artikel ini bertujuan untuk mendedahkan antara Top 10 agensi hartanah yang wujud di Malaysia (tiada turutan nombor) yang terpercayai dan dapat membantu anda dalam proses jual beli hartanah.
TOP 10 Agensi Hartanah di Malaysia:
1. Knight Frank Malaysia
Perkhidmatan | Perkhidmatan Kediaman, Perkhidmatan Komersial, Pengurusan Aset dan Harta |
Alamat | Level 10, Menara Southpoint, Medan Syed Putra Selatan, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
No. Tel | +603-2289 9688 |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat 8:30 am – 5:30 pm |
Knight Frank Malaysia ditubuhkan pada tahun 2002 dan sejak itu berkembang dengan kehadiran yang kuat di peringkat tempatan dan global.
Dengan lebih daripada 500 pekerja, ibu pejabat syarikat itu terletak di Kuala Lumpur serta cawangan di Pulau Pinang, Johor dan Kota Kinabalu.
2. The Roof Realty Sdn Bhd
Perkhidmatan | Penyewaan, Penilaian, Pengurusan dan Jual Beli Hartanah serta Nasihat Pelaburan |
Alamat | Blk A-G-3 & A-2-3 Kuchai Exchange, 43, Jalan Kuchai Maju 13, Wilayah Persekutuan, 58200 Kuala Lumpur |
Maklumat Hubungan | 03-7983 7798 customercare@theroofrealty.net |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat 10 am – 6 pm |
The Roof Realty Sdn Bhd adalah sebuah agensi hartanah terkemuka di Malaysia, yang ditubuhkan pada tahun 2009. Mereka melatih kakitangannya mengenai trend perniagaan terkini dan sebarang pengubahsuaian kepada undang-undang atau peraturan lain.
Mereka sedar bahawa pelanggan hartanah suka bekerja dengan perunding yang berpengetahuan, berkemahiran, boleh dipercayai dan berdedikasi untuk membantu mereka mendapatkan hasil yang terbaik.
3. IQI Global
Perkhidmatan | Jual beli hartanah, Pengurusan Hartanah, Sewa hartanah, Jual Rumah, Pengurusan Harta dan menyediakan perunding hartanah profesional |
Alamat | 26th Floor, Tower D, Millerz Square, 357, Jln Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Maklumat Hubungan | 1-800-22-2155 @ +603 7453 5155 info@iqiglobal.com / hello@iqirealty.com |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat 9 am – 6 pm |
IQI Global adalah sebuah agensi hartanah dinamik yang beroperasi di peringkat antarabangsa. Agensi hartanah ini ditubuhkan pada tahun 2011. Dalam jangka waktu yang singkat, IQI telah membina pejabat serantau di lebih 15 buah negara.
Ejen IQI sentiasa memastikan mereka memenuhi permintaan industri. “We Enjoy Life” sambil bekerja keras untuk mencapai impian.
IQI berusaha untuk memberi penghargaan kepada ejen mereka kerana mereka berusaha lebih keras untuk mencapai tonggak baharu dan meningkatkan hasil.
Sertai IQI sekarang dan jadi antara yang terbaik dengan bimbingan kami!
4. Savills Malaysia
Perkhidmatan | Jualan Kediaman, Hartanah Komersial, Hartanah Pelaburan, Pengurusan Hartanah, Penilaian dan Penaksiran, Konsultansi Pembangunan, serta Penyelidikan dan Analisis Pasaran. |
Alamat | Level 9, Menara Millenium, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
No. Telefon | +603-2092 5955 |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat 9 am – 6 pm |
Savills Malaysia adalah sebuah agensi hartanah terkemuka yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk pelaburan hartanah, penyewaan, dan penilaian.
Dengan rangkaian yang luas dan kepakaran mereka, Savills menyediakan akses kepada senarai hartanah antarabangsa, membolehkan pelanggan meneroka peluang pelaburan di luar sempadan Malaysia.
5. Rahim & Co International
Perkhidmatan | Penyewaan, Jualan, Pengambilan, Pengurusan dan Penilaian Hartanah |
Alamat | Level 17, Menara Liberty, 1008 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
No. Telefon | 03- 2691 9922 |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat 9:00 am – 5:30 pm |
Ditubuhkan pada bulan Disember 1976, Rahim & Co International Sdn. Bhd. telah menjadi salah satu firma perundingan hartanah terbesar dan paling terbaik di Malaysia.
Memiliki rangkaian 20 pejabat di seluruh negara dan kakitangan hampir 400 orang dan masih berkembang. Rahim & Co menyediakan pelbagai perkhidmatan yang merangkumi semua aspek hartanah.
6. Hartamas Real Estate Sdn. Bhd.
Perkhidmatan | Penyewaan, Jualan, Pengambilan, Pengurusan dan Penilaian Hartanah |
Alamat | Level 13, Block A, Menara Prima, Jalan 1/37, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya, Selangor |
No. Telefon | 03-7839 5555 |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat 9:00 am – 5:30 pm |
Hartamas Real Estate (OUG) Sdn. Bhd. adalah sebuah agensi hartanah yang terkenal dengan perkhidmatan peribadi dan pendekatan yang berpusatkan pelanggan.
Mereka menawarkan pelbagai penyelesaian hartanah yang komprehensif, termasuk senarai hartanah antarabangsa, membolehkan pelanggan meneroka peluang pelaburan di seluruh dunia
7. CBRE Malaysia
Perkhidmatan | Pengurusan Kemudahan dan Projek serta Penyelesaian Tempat Kerja |
Alamat | 18.01, Level 18, 1Powerhouse Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama , Petaling Jaya, Selangor 47800 |
No. Telefon | 03-7626 3733 |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat 9 am – 6 pm |
CBRE Malaysia adalah nama yang dipercayai dalam industri hartanah, menawarkan perkhidmatan hartanah bersepadu kepada pelabur, pemaju, dan penghuni.
Dengan jangkauan global dan pengetahuan pasaran yang mendalam, mereka membantu pelanggan menavigasi pasaran hartanah antarabangsa dan mengenal pasti prospek pelaburan yang menguntungkan.
8. Kith and Kin Realty Sdn. Bhd.
Perkhidmatan | Perkhidmatan Broker, Projek Baru, Kepakaran Jualan Semula dan Pasaran Sewa |
Alamat | J-2-7, No, 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
No. Telefon | 03-6413 0178 |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat 9:00 am – 5:30 pm |
Kith and Kin Realty Sdn. Bhd. adalah sebuah agensi hartanah yang berfokus kepada pelanggan dan menekankan perkhidmatan peribadi serta perhatian terhadap perincian.
Mereka menyediakan akses kepada senarai hartanah antarabangsa, membolehkan pelanggan meneroka peluang pelaburan di pelbagai negara sambil menerima sokongan khusus sepanjang proses tersebut.
9. CBD Properties Sdn. Bhd.
Perkhidmatan | Penyelesaian Runcit Sehenti, Perkhidmatan Industri, Lelongan, Jualan Semula, Pengurusan Sewa, Program MM2H |
Alamat | E-G-07 & E-1-07 , Capital 5, Oasis Square, 2A, Jalan PJU 1A/7A, Ara Damansara, 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. |
Maklumat Hubungan | (603) 9212 9253 (603) 9212 9254 info@cbd.com.my |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat 8:30 am – 5:30 pm |
Ditubuhkan oleh Dato ‘Adrian Wang, CBD Properties Sdn Bhd adalah salah satu syarikat harta tanah yang memenangi pelbagai anugerah terkemuka di Malaysia sejak tahun 2007.
Ia adalah Agensi Hartanah berlesen yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (LPPEH) dan ahli The Malaysian Institute of Estate Agents.
10. Reapfield Properties Sdn. Bhd.
Perkhidmatan | Hartanah Kediaman, Hartanah Komersial, Hartanah Antarabangsa |
Alamat | 1-8b, Jalan PJU 8/3a, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor |
No. Telefon | 03-7728 6230 |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat 9 am – 6 pm |
Ditubuhkan pada tahun 1984, Reapfield Group mempunyai lebih 35 tahun kejayaan cemerlang di Malaysia. Mereka adalah agensi hartanah yang terkenal dan pakar dalam hartanah kediaman dan komersial.
Mereka mempunyai portfolio hartanah antarabangsa yang komprehensif, memberikan pelanggan pelbagai pilihan untuk pelaburan dan diversifikasi.
Pada tahun 2019, Kumpulan Reapfield secara rasmi bergabung dengan Keller Williams Realty International.
Jika anda seorang pelabur tempatan yang ingin mengagihkan portfolio anda atau seorang pembeli antarabangsa yang mencari peluang menguntungkan di Malaysia, bekerjasamalah dengan agensi-agensi yang berpengalaman ini.
Mereka akan memberikan anda kepakaran dan sumber yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan yang bijaksana.
Lagipun, siapa tahu, mungkin anda akan menemui rahsia untuk menukar ringgit menjadi ring-gits!
IQI Global merupakan sebuah syarikat hartanah yang bertaraf antarabangsa! Berminat untuk mulakan kerjaya anda sebagai seorang pembantu ejen harta tanah? Dengan insentif lumayan bakal menanti anda?
Isi borang di bawah dan kami akan hubungi anda!
Baca Selanjutnya: