Memiliki rumah sendiri adalah impian bagi ramai orang. Namun, masih ramai yang tidak tahu cara yang betul untuk membeli hartanah terutamanya hartanah di Kuala Lumpur.
Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum menandatangani sesuatu perjanjian pembelian hartanah. Kerana jika tersilap langkah, boleh meninggalkan kesan dan impak yang berat kepada kewangan serta kehidupan anda.
Jika tidak mahu hidup terbeban dengan perkara yang tidak sepatutnya, jom baca dan ikuti perkongsian yang akan dikongsikan di bawah.
Jadi, Bagaimana Cara Beli Rumah?
Terdapat pelbagai cara yang mungkin agak rumit, atau memerlukan sedikit usaha untuk beli rumah. Tetapi lebih baik bersedia daripada tiada apa-apa persediaan kan?
5 Persediaan yang Boleh Anda Ikuti:
- 1. Ketahui Sebab dan Yakin dengan Keputusan Anda
- 2. Buat Carian Maklumat Mengenai Pasaran Hartanah di Kuala Lumpur
- 3. Semak Kewangan dan Bajet Anda Telebih Dahulu
- 4. Pilih Khidmat Pembantu Ejen Hartanah Berdaftar dan Yang Anda Percayai
- 5. Pastikan Ada Perjanjian Jual Beli Rumah
- Kepentingan Membeli Hartanah
1. Ketahui Sebab dan Yakin dengan Keputusan Anda
Sebelum beli atau sewa rumah, perkara yang paling penting untuk difikirkan adalah “Kenapa aku kena beli rumah ni?”, “Untuk apa aku beli rumah ni?”
Kerana kita tidak mahu timbulnya keluhan seperti “Huh, kenapalah aku beli rumah ni’” di kemudian harinya.
Jadi apa yang perlu anda lakukan?
1. Tanyakan pada diri sendiri berulang kali sehingga soalan dan kepastian itu betul-betul terjawab.
2. Anda juga boleh buat perbandingan dan “pros and cons” dengan bajet anda dan sebagainya.
Sebelum anda mencari cara bagaimana untuk membeli rumah, pastikan soalan mengapa anda perlu membeli rumah terjawab terlebih dahulu.
“Tidak kira sama ada beli rumah pertama, kedua ataupun ketiga? Jangan sesekali beli kerana terpengaruh dengan orang disekeliling anda. Anda lebih kenal diri anda.”
2. Buat Carian Maklumat Mengenai Pasaran Hartanah di Kuala Lumpur
Kuala Lumpur ialah sebuah kota raya yang besar dan sering menjadi tumpuan orang tidak kira dalam dan juga luar Negara. Dan sudah pasti pasaran hartanah di sini juga sangat pesat, sepesat kotanya juga.
Oleh itu, cara terbaik sebelum membeli hartanah di Kuala Lumpur ialah kumpulkan sebanyak mungkin maklumat sebagai rujukan anda.
Apatah lagi kalau anda bercadang untuk beli rumah jenis taman (terrace) yang mungkin terletak di bandar Cheras, Kepong, Ampang dan sebagainya. Tolong cari maklumat selengkapnya.
Maklumat-maklumat ini akan membantu anda membuat keputusan sama ada patut atau tidak membuat pembelian atau pelaburan hartanah di Kuala Lumpur atau di sesebuah bandar tersebut.
Terdapat beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu sebelum melakukan pembelian iaitu tentang jenis hartanah sama ada komersial, tanah ataupun kediaman.
Bajet, lokasi dan kos penanggungan juga perlu diambil kira sebelum sesuatu keputusan dibuat. Maklumat boleh dikumpul dari internet atau dari ejen hartanah yang bertauliah. Maklumat dari internet haruslah dari sumber yang dipercayai.
Ejen hartanah adalah antara orang paling tepat untuk dapatkan maklumat berkenaan sesuatu hartanah. Antara ejen hartanah yang dipercayai di Malaysia ialah ejen hartanah dari IQI Global.
Klik di sini untuk lebih banyak senarai agensi hartanah yang dipercayai di Malaysia!
3. Semak Kewangan dan Bajet Anda Telebih Dahulu
Perkara ketiga yang perlu anda lakukan sebelum membeli atau melabur dalam hartanah di Kuala Lumpur ialah kewangan anda.
Kewangan anda adalah penentu segalanya. Pastikan kewangan anda berada pada tahap yang terbaik sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.
Selari dengan namanya sebagai ibu negara Malaysia, hartanah di Kuala Lumpur sudah semestinya antara yang termahal.
Buat penelitian terhadap perbelanjaan dan perolehan anda pada setiap bulan. Adakah anda mampu menanggung segala kos dan komitmen pada setiap bulan? atau perlukah anda membuat pinjaman perumahan?
Selain itu, tentukan jenis hartanah yang ingin anda beli berdasarkan bajet.
Antara persoalan wajib yang boleh anda fikirkan adalah seperti “rumah macam mana yang sesuai dengan gaji aku sekarang ni?”, bagi mengelakkan situasi seperti ‘overbudget’ berlaku.
Untuk membantu anda mendapat sudut pandangan lain, mungkin ciapan yang amat berguna dari twitter @iffatsalleh boleh membantu anda dan mereka diluar sana yang masih dalam dilema untuk beli rumah.
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kalkulator yang boleh anda gunakan untuk membantu anda membuat keputusan. Antaranya ialah Affordability Calculator dan juga Home Loan Calculator.
4. Pilih Khidmat Pembantu Ejen Hartanah Berdaftar dan Yang Anda Percayai
Ejen hartanah adalah mereka yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang hartanah. Oleh itu, sebelum anda membuat sesuatu keputusan untuk membeli hartanah sebaiknya dapatkan bantuan dari ejen hartanah yang berdaftar dan dipercayai.
Ejen hartanah dapat membantu anda dalam pelbagai aspek berkenaan dunia hartanah. Ini kerana, bidang hartanah adalah ‘mainan’ mereka.
Kepakaran mereka merangkumi segala aspek dalam bidang hartanah termasuklah jenis rumah, saiz unit, ‘land tenure’ dan banyak lagi.
Antara kebaikan mendapatkan khidmat pembantu ejen hartanah adalah dapat menjimatkan masa. Bukan itu saja, urusan anda juga akan jauh lebih mudah.
Antara salah satu ejen hartanah yang berdaftar dan dipercayai di Malaysia ialah Ejen Hartanah dari IQI Global.
IQI Global mempunyai barisan ejen hartanah yang sangat berpengetahuan dan berpengalaman dalam dunia hartanah.
Bermula dari 10 ejen pada tahun 2011 kepada 30,000 ejen di 22 negara termasuk Malaysia pada tahun 2023, membuktikan bahawa mereka adalah peneraju dalam bidang hartanah.
Baru baru ini, mereka telah dinobatkan sebagai Syarikat Proptech Terbesar di Malaysia oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)!
Anda tidak akan menyesal sekiranya memilih ejen hartanah dari IQI Global sebagai pembantu ejen hartanah anda.
5. Pastikan Ada Perjanjian Jual Beli Rumah
Adakah anda sudah melakukan semua panduan yang tertera di atas? dan sudah pasti dengan keputusan pembelian rumah anda?
Maklumat berkenaan hartanah yang dipilih sudah mencukupi dan menjawab segala persoalan di fikiran anda? Overbudget atau underbudget?
Jika ‘Ya’ jawapannya, anda kini sudah bersedia untuk menandatangani perjanjian pembelian hartanah.
Kesimpulannya, pastikan anda sudah betul-betul yakin dan memikirkan tentangnya sebelum membuat keputusan.
Tidak perlu terburu-buru dalam membuat keputusan. Keputusan ini adalah satu keputusan jangka panjang yang boleh memberi kesan kepada kehidupan anda selepas ini.
Pertimbangkan segala aspek dan juga kemungkinan yang mungkin berlaku di masa akan datang. Jadilah pembeli yang bijak!
Kepentingan Membeli Hartanah
Ramai yang menganggap membeli hartanah bukanlah perkara yang penting untuk dilakukan buat masa sekarang dan membazirkan duit.
Sebenarnya anda sedang mencipta mindset yang salah dan mendorong diri anda ke arah masa depan yang gelap.
Ini kerana membeli hartanah adalah keputusan pelaburan yang bijak, kerana ia membawa pelbagai faedah dan kepentingan untuk masa akan datang. Antaranya ialah:
Pertama, hartanah biasanya mengalami peningkatan nilai seiring dengan masa, yang boleh membantu meningkatkan nilai pelaburan anda.
Kedua, dengan memiliki hartanah, anda boleh menjana pendapatan pasif melalui sewaan hartanah, yang dapat membantu anda untuk menyara hidup atau menambah simpanan anda.
Ketiga, memiliki hartanah memberikan anda fleksibiliti untuk merancang masa depan anda, sama ada sebagai tempat tinggal sendiri, pelaburan jangka panjang, atau warisan untuk generasi akan datang.
Akhirnya, dalam tempoh masa yang panjang, hartanah juga boleh berfungsi sebagai perlindungan kewangan ketika anda memasuki peringkat persaraan, memberikan anda kestabilan kewangan yang lebih besar.
Oleh itu, pembelian hartanah adalah salah satu cara terbaik untuk merancang masa depan kewangan anda dengan bijak!
Masih keliru untuk membeli hartanah di Kuala Lumpur? Datang dan rujuk dengan ejen hartanah IQI. Mereka akan memberikan anda nasihat pembelian profesional dan komprehensif untuk mencari rumah idaman anda dengan cepat!