Sebagai seorang REN, keperluan untuk ada multiple stream of income atau aliran pendapatan pelbagai dalam kerjaya merupakan sesuatu yang amat penting. Ini kerana pendapatan seorang REN tidak boleh bergantung hanya pada jualan – bukan setiap bulan boleh dijanjikan closing jualan hartanah.
Pada sesi Prop Zone Bahasa Malaysia yang lalu, moderator Firdzaus Syah bersembang dengan Sublet Queen Shila “Kak Long Shila” yang juga merupakan pelabur hartanah dan penasihat kewangan. Dari sesi itu, mereka telah berkongsi idea-idea yang padat untuk REN usahakan demi mencari pendapatan sampingan!
Oleh itu, keperluan untuk pendapatan sampingan yang berpusat dalam industri hartanah boleh dilakukan dalam pelbagai cara dan ianya boleh bantu REN pada hari-hari yang sukar.
Jadi REN, kami kongsikan kepada anda idea-idea pendapatan sampingan luar biasa untuk anda! Antaranya melalui:
1. Referral
2. Perundingan profil klien
3. Servis pemasaran & penjagaan
4. Runner viewing hartanah
5. Pencari hartanah
1. Referral atau Rujukan
Sebagai seorang REN, terdapat ramai pihak yang anda akan bekerja sekali seperti pihak bank, guaman, pemaju, dan lain-lain. Dengan pihak lain ini, REN boleh jana pendapatan sampingan melalui referral atau rujukan. Melalui rujukan, anda boleh menerima peratusan atau sedikit wang untuk perkhidmatan tersebut.
Seperti contoh, anda ada seorang klien yang inginkan sebuah rumah dan tidak tahu guaman mana atau bank mana yang patut mereka pergi. Anda sebagai REN mereka boleh nasihat yang terbaik dan pada masa yang sama hubungi rakan-rakan anda yang anda boleh rujuk untuk klien anda. Dari rujukan itu, anda akan terima bayaran untuk perkhidmatan anda. Mudah kan?
2. Perundingan profil klien
Salah satu cara yang lain untuk mendapatkan pendapatan sampingan untuk REN adalah dengan perundingan profil klien atau profile consultation. Perundingan profil memerlukan ilmu yang kukuh berkenaan kewangan. Di mana anda sebagai REN akan bantu klien dari segi masalah kewangan, penyusunan kewangan, perancangan kewangan, dan lain-lain.
Apabila anda sebagai REN yang mampu bantu klien luar dari hartanah, lebih ramai klien akan mahu bekerja dengan anda dan ia boleh tingkatkan mutu serta reputasi anda sebagai seorang REN bertauliah.
Pembayaran bagi perundingan ini anda boleh asingkan dari pembayaran perkhidmatan hartanah anda. Seeloknya anda mencari klien yang tiada masa lapang dan memerlukan seseorang REN yang boleh dipercayai untuk lakukan segala A-Z untuk pelaburan hartanah mereka.
3. Servis pemasaran & penjagaan
Salah satu cara lain untuk jana pendapatan sampingan anda sebagai seorang REN adalah melalui servis pemasaran dan penjagaan. Bantu tuan rumah yang ingin memaparkan rumah mereka untuk disewa. Menggunakan rangkaian yang lebar, anda boleh mencari seorang penyewa untuk klien anda dan mendapatkan kewangan rujukan dari situ.
Selain servis pemasaran, anda sebagai REN yang lebih mahir mengenai rumah dan hartanah, lebih mengetahui berkenaan keinginan pelanggan apabila mencari rumah untuk dibeli atau disewa. Bantu klien dengan menasihati mereka mengenai penambahbaikan rumah, bilik serta harga sewa rumah.
Dengan kos yang rendah anda boleh nasihat klien anda untuk mencantikkan rumah mereka supaya lebih mudah menarik perhatian prospek.
Selain itu, anda boleh wujudkan servis penjagaan dari segi housekeeping. Untuk memudahkan anda, anda tidak perlu turun ke padang sendiri untuk mengemas kawasan perumahan klien anda.
📖 Baca juga: 5 ilmu gempak seorang pembantu ejen harta tanah (REN) perlu ada! 🔎
4. Runner viewing hartanah
Cara seterusnya untuk jana pendapatan sampingan sebagai REN adalah melalui runner viewing hartanah. Cara ini boleh bantu mereka yang ingin buat wang sampingan pada masa yang singkat.
Runner merupakan mereka dalam kalangan anda semua yang menjalani kerjaya sebagai seorang REN dan akan bantu untuk melayan klien rakan lain. Kebanyakan REN tidak ada masa untuk melayani semua klien mereka dalam masa satu hari, oleh itu runner ini merupakan sesuatu yang bermanfaat untuk mereka dan bermanfaat juga untuk anda yang boleh jadi runner.
Namun, segala dokumentasi perlu dilakukan oleh REN yang senaraikan rumah tersebut dalam listing mereka dan bukan runner yang bantu melayan klien. Terdapat pelbagai kelebihan dengan menjadi runner untuk REN lain, antaranya dapat berkenalan dengan pengurusan dan klien – untuk rangkaian yang boleh digunakan pada masa akan datang.
5. Pencari hartanah
Pencari hartanah atau real estate seekers merupakan cara yang sudah lama dipraktikkan oleh REN untuk mencari pendapatan sampingan. Caranya amat mudah dan boleh bantu seorang REN untuk bina rangkaian anda antara para penjual hartanah.
Caranya anda perlu cari rumah di bawah harga pasaran atau pemilik hartanah yang rumah mereka bakal dilelong. Seeloknya rumah yang dinilai oleh bank dengan harga yang tinggi tetapi ingin dilepaskan oleh pemilik dengan harga yang lebih rendah. Kemungkinan terdesak untuk mencari wang, atau tidak inginkan keuntungan yang tinggi.
Runding harga bersama pemilik dan bantu untuk memasarkan serta jual hartanah tersebut. Melalui pencarian itu sahaja, anda boleh terima bayaran dari perkhidmatan anda. Dan jikalau anda berjaya pula untuk menjualkan rumah tersebut, mestilah ada cagaran menanti anda bukan? Untung berlipat ganda!
Sebagai seorang REN, anda bertanggungjawab untuk laksanakan kerjaya anda ibarat perniagaan anda sendiri. Anda perlu cari ilmu untuk tingkatkan kemahiran anda dan jangan mengharapkan hanya pada jualan. Ilmu kewangan, ilmu sewa rumah, dan lain-lain boleh bantu anda untuk naikkan pendapatan anda sebagai seorang REN.
Seorang REN bukan sahaja berurusan dengan hartanah, malah lebih lagi dari itu. Serlahkan potensi anda sebagai seorang yang berkemampuan untuk lakukan segalanya mengenai hartanah dan penjualan!
Sertai kami di IQI Global dan lakar nama anda sebagai REN yang hebat!