Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

9 Kawasan Kejiranan Mewah Selangor Dengan Tarikan Hartanah Bernilai Tinggi

Versi: EN

TL;DR : Daripada Country Heights dan Tropicana hingga Damansara Utama, kawasan-kawasan mewah di Selangor menawarkan gaya hidup premium, akses bandar yang baik dan potensi nilai jangka panjang. Faktor-faktor ini menjadikan Selangor antara pasaran hartanah paling menarik untuk diperhatikan pada tahun 2026.

Bila sebut kawasan mewah di Malaysia, ramai terus terbayang Kuala Lumpur.

Namun, Selangor juga mempunyai beberapa kejiranan paling eksklusif yang menjadi pilihan golongan berpendapatan tinggi, usahawan dan ekspatriat.

Dengan gabungan lokasi strategik, komuniti premium dan kemudahan lengkap, kawasan-kawasan ini terus menjadi antara alamat kediaman paling bernilai di Lembah Klang.

Jom lihat 9 kawasan paling mewah di Selangor untuk tahun 2026.


Intipati Utama:

  • Pelabur tidak patut lihat harga sahaja, tetapi juga lokasi, akses, profil penduduk, potensi sewaan dan gaya hidup yang ditawarkan kawasan tersebut.
  • Selangor mempunyai beberapa kawasan kediaman mewah yang matang dan bernilai tinggi, seperti Country Heights, Tropicana, Setia Eco Park dan Damansara Utama.
  • Setiap kawasan menawarkan gaya hidup berbeza, daripada privasi tinggi, resort living, kawasan hijau, komuniti berpagar hingga township keluarga.
  • Kawasan matang lebih menarik untuk pelabur kerana mempunyai akses baik, kemudahan lengkap, komuniti sedia ada dan permintaan yang lebih stabil.


9 Kawasan Paling Mewah di Selangor 2026

1. Country Heights, Kajang

Julat Harga: RM3,000,000 – RM18,000,000+ **(Source: iProperty, Property Guru)

Apabila bercakap tentang kawasan kediaman mewah di Selangor, Country Heights hampir pasti berada dalam senarai teratas.

Dilancarkan pada tahun 1987, ia merupakan komuniti berpagar dan berpengawal pertama di Malaysia. Dibangunkan di atas kawasan seluas 480 ekar, kejiranan ini terkenal dengan suasana yang tenang, privasi tinggi dan kediaman mewah yang dikelilingi landskap hijau.

Fakta Pantas Country Heights

Sebelum melihat dengan lebih dekat keunikan kawasan ini, berikut ialah gambaran ringkas tentang Country Heights

Perkara Maklumat
Profil PendudukAhli perniagaan, tokoh korporat dan keluarga berpendapatan tinggi
Jenis Hartanah– Banglo besar
– Vila mewah
– Rumah binaan khas
KeunikanAntara komuniti berpagar pertama di Malaysia dengan lot tanah yang luas

Secara keseluruhan, Country Heights menonjol sebagai kawasan mewah yang lebih menekankan ruang, privasi dan reputasi berbanding sekadar lokasi bandar.

Kenapa Pelabur Masih Memerhatikan Country Heights?

Walaupun sudah lama dibangunkan, Country Heights masih mempunyai daya tarikan tersendiri dalam pasaran hartanah premium.

Bekalan rumah mewah yang terhad, saiz lot yang besar dan reputasi kawasan yang kukuh membantu mengekalkan nilainya dalam jangka panjang.

Selain itu, lokasinya yang berhampiran Kajang, Putrajaya dan beberapa lebuh raya utama turut menjadikan kawasan ini lebih mudah diakses berbanding yang ramai sangka.

Apa Yang Ada Di Sekitar Country Heights?

Penduduk mempunyai akses mudah ke:

  • IOI City Mall – Pusat beli-belah, restoran dan hiburan.
  • Putrajaya – Pusat pentadbiran negara dengan pelbagai kemudahan dan tarikan rekreasi.
  • Lebuhraya PLUS – Sambungan terus ke Kuala Lumpur, Seremban dan negeri-negeri lain.
  • Stesen MRT Kajang – Akses mudah ke Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang.
  • Stesen KTM Kajang & Serdang – Pilihan pengangkutan awam tambahan untuk penduduk.

2. Kemensah Heights, Ulu Klang

Julat Harga: RM2,500,000 – RM18,000,000+ **(Source: iProperty, Property Guru)

Bagi mereka yang mahukan kediaman mewah tanpa perlu terlalu jauh dari Kuala Lumpur, Kemensah Heights sering menjadi pilihan.

Terletak di kawasan berbukit berhampiran Zoo Negara, kejiranan ini terkenal dengan suasana hijau, pemandangan yang luas dan persekitaran yang lebih tenang berbanding kebanyakan kawasan bandar.

Walaupun terasa seperti berada di kawasan percutian, pusat bandar Kuala Lumpur hanya sekitar 15 hingga 20 minit pemanduan.

Fakta Pantas Kemensah Heights

Berikut ialah gambaran ringkas tentang Kemensah Heights:

KategoriButiran
Profil PendudukAhli perniagaan, profesional, selebriti dan keluarga berpendapatan tinggi
Jenis HartanahBanglo mewah dan rumah Semi-D
KeunikanKediaman berbukit dengan suasana hijau dan privasi yang tinggi

Secara ringkasnya, Kemensah Heights lebih sesuai untuk pembeli yang mahukan kemewahan dalam suasana semula jadi, bukan sekadar alamat bandar yang premium.

Kenapa Pelabur Masih Memerhatikan Kemensah Heights?

Kemensah Heights terus menarik perhatian kerana bekalan kediaman premium di kawasan berbukit semakin terhad.

Selain itu, permintaan daripada pembeli yang mengutamakan privasi dan gaya hidup berasaskan alam semula jadi membantu mengekalkan daya tarikannya dalam segmen hartanah mewah.

Kehadiran pembangunan seperti Emery Kemensah turut menambah nilai kepada kawasan ini.

Faktor utama yang menyokong daya tarikannya ialah:

  • MRR2, DUKE, AKLEH dan SUKE – Sambungan mudah ke pelbagai destinasi utama di Lembah Klang.
  • Hospital Damai Service – Kemudahan kesihatan berhampiran.
  • Zoo Negara – Tarikan rekreasi keluarga yang popular.
  • KL East Mall – Pusat beli-belah moden dengan pelbagai kemudahan.

3. Gita Bayu, Seri Kembangan

Julat Harga: RM5,000,000 – RM15,800,000+ **(Source: iProperty, Property Guru)

Bukit Gita Bayu (juga dikenali sebagai Windsong Heights) ialah antara kejiranan paling unik di Selangor, dibina berasaskan konsep “verdant village” atau perkampungan tropika eksklusif dalam persekitaran hijau semula jadi.

Dibangunkan di atas tanah seluas sekitar 118–120 ekar, kawasan ini mengekalkan landskap asal ladang getah dengan pendekatan pembangunan berketumpatan rendah dan privasi tinggi.

Fakta Pantas Tentang Gita Bayu

Sebelum melihat lebih lanjut, berikut ialah gambaran ringkas tentang Gita Bayu:

KategoriButiran
Profil Penduduk Ekspatriat, profesional dan keluarga berpendapatan tinggi
Jenis HartanahBanglo, villa dan kondominium premium
KeunikanKomuniti hijau berkonsep resort dengan landskap semula jadi terpelihara

Apa yang membezakan Gita Bayu daripada kawasan lain ialah tumpuannya terhadap persekitaran, bukannya sekadar saiz rumah.

Kawasan ini mengekalkan landskap tropika asal dengan suasana tenang dan privasi tinggi, jauh daripada kesibukan bandar.

Antara faktor yang terus menarik minat pembeli dan pelabur:

  • Pulangan sewa stabil sekitar 3.5% – 4.5%
  • Permintaan kukuh daripada ekspatriat (berhampiran AISM & Alice Smith School)
  • Potensi green premium 3%–5% melalui faktor ESG
  • Dijangka mendapat manfaat daripada kitaran pasaran “capital will chase quality”

Apa Yang Ada Di Gita Bayu

  • Clubhouse Kebun Mimpi – kolam renang, gimnasium, tasik rekreasi dan pavilion eksklusif
  • Kemudahan berhampiran – seperti The Mines Shopping Centre
  • Akses pendidikan antarabangsa – termasuk Australian International School Malaysia (AISM)

4. Tropicana, Petaling Jaya

Julat Harga: RM2,500,000 – RM13,800,000+ **(Source: iProperty, Property Guru)

Kalau ada satu kawasan di Selangor yang membawa rasa resort dalam bandar, Tropicana antara nama yang paling kuat.

Dibangunkan oleh Tropicana Corporation Berhad, identiti kawasan ini banyak dibentuk oleh Tropicana Golf & Country Resort, menjadikannya pilihan bagi pembeli yang mahukan privasi, gaya hidup hijau dan akses mudah ke bandar.

Apabila Golf Menjadi Sebahagian Gaya Hidup

Gaya hidup di Tropicana banyak dipengaruhi oleh konsep resort living dalam bandar, di mana kemudahan harian, rekreasi dan gaya hidup moden berada dalam satu kawasan.

Kawasan ini didiami oleh profesional bandar, usahawan, ekspatriat dan keluarga berpendapatan tinggi, yang mencari keseimbangan antara keselesaan hidup dan akses mudah ke pusat bandar.

Penduduk mempunyai akses kepada Tropicana Golf & Country Resort, yang menjadi tumpuan utama dengan fasiliti seperti padang golf, clubhouse, kolam renang dan kemudahan sukan.

Selain itu, kewujudan Tropicana Gardens Mall, kafe, restoran serta akses terus ke MRT Surian menjadikan kehidupan harian lebih mudah tanpa perlu keluar jauh dari kawasan ini.


5. Setia Eco Park, Shah Alam

Julat Harga: RM1,600,000 – RM10,800,000+ **(Source: iProperty, Property Guru)

Setia Eco Park ialah sebuah township landed premium berstatus freehold di Shah Alam yang dibangunkan oleh S P Setia Berhad.

Dikenali sebagai eco-township pertama di Malaysia, kawasan ini menekankan konsep kediaman berasaskan alam semula jadi dengan kepadatan rendah.

Dengan purata hanya sekitar 3.7 unit per ekar, ia kekal antara komuniti paling eksklusif di Lembah Klang.

Suasana Kehidupan di Setia Eco Park

Kawasan ini dihuni oleh keluarga berpendapatan tinggi, profesional dan pembeli jangka panjang yang mengutamakan privasi serta persekitaran hijau.

Penduduk menikmati gaya hidup yang lebih tenang dengan kemudahan seperti Canopy Club, taman rekreasi, laluan jogging, serta akses terus ke Setia City Mall.

Sekolah antarabangsa seperti Tenby International School yang berdekatan turut menjadikan kawasan ini pilihan popular untuk keluarga.

Penduduk menikmati gaya hidup yang lebih tenang dengan kemudahan seperti Canopy Club, taman rekreasi, laluan jogging, serta akses terus ke Setia City Mall.

Sekolah antarabangsa seperti Tenby International School yang berdekatan turut menjadikan kawasan ini pilihan popular untuk keluarga.

Kenapa Pelabur Masih Memerhatikan Setia Eco Park?

  • Permintaan stabil dalam segmen landed premium
  • Status freehold + low density yang semakin terhad
  • Didorong oleh komuniti keluarga berpendapatan tinggi
  • Akses baik melalui NKVE dan jaringan bandar utama
  • Nilai hartanah kekal kukuh dalam pasaran Shah Alam

Kenapa Ramai Keluarga Memilih Setia Eco Park?

  • Setia City Mall untuk membeli-belah dan hiburan
  • Tenby International School yang terletak dalam kawasan township Canopy Club dengan pelbagai kemudahan rekreasi
  • Bukit Cerakah Forest Reserve untuk aktiviti luar dan riadah
  • Akses terus ke NKVE melalui Setia Alam Interchange

6. Sierramas, Sungai Buloh

Julat Harga: RM3,000,000 – RM10,000,000+ **(Source: iProperty, Property Guru)

Sierramas bukan sekadar kawasan mewah, ia antara komuniti berpagar pertama di Malaysia yang “set the standard” untuk living eksklusif.

Terletak di Sungai Buloh, Selangor, pembangunan 175 ekar ini dibangunkan oleh Tan & Tan Developments dan KLK Land, serta pernah diiktiraf sebagai Projek Kediaman Terbaik oleh FIABCI Malaysia.

Siapa Orang Kaya Sierramas

Sierramas dihuni oleh gabungan profesional, pemilik perniagaan dan ekspatriat yang mencari lebih daripada sekadar rumah, mereka mencari gaya hidup yang lebih tenang, selamat dan tersusun.

Ini bukan komuniti yang terlalu “fast-paced”, tapi lebih kepada kehidupan yang stabil dan selesa, di mana kebanyakan penduduk memilih untuk menetap dalam jangka masa panjang.

Menariknya, kehadiran kemudahan seperti sekolah antarabangsa dalam kawasan sama menjadikan Sierramas sangat praktikal untuk keluarga, sambil mengekalkan rasa eksklusif yang menjadi identitinya sejak sekian lama.

Berbaloi Melabur di Sierramas?

Sierramas menarik untuk pelaburan sebab ia bukan sekadar kawasan mewah biasa, ia komuniti 175 ekar freehold yang dah lama “established” dan masih kekal antara alamat paling eksklusif di Lembah Klang.

Dengan permintaan konsisten daripada golongan T20, profesional dan ekspatriat, tambah pula adanya IGB International School dalam kawasan yang sama serta lokasi yang hanya sekitar 10 minit ke Jalan Duta.

Jadi ia rare mix antara lifestyle eksklusif, kemudahan dan akses bandar yang mudah.

Ciri-Ciri Istimewa Sierramas

  • Komuniti berpagar ikonik – Gated awal Malaysia dengan keselamatan 24 jam & sistem rumah
  • Laluan berintegrasi – Laluan jogging, walking & cycling tanpa guna jalan utama
  • Landskap matang – Pokok besar & persekitaran terjaga, rasa eksklusif dan tenang

7. The Valley TTDI, Ampang

Julat Harga: RM2,350,000 – RM6,000,000+ **(Source: EdgeProp, Property Guru)

The Valley TTDI ialah sebuah projek kediaman mewah berstatus gated & guarded di Ampang, dibangunkan oleh Naza TTDI. Dengan hanya 134 unit keseluruhan, ia merupakan antara komuniti landed paling eksklusif dengan kepadatan sangat rendah di Lembah Klang.

Kawasan ini terletak di persekitaran hijau yang dikelilingi hutan simpan, memberikan suasana lebih privasi dan tenang walaupun masih dekat dengan pusat bandar Kuala Lumpur

Fakta Pantas The Valley TTDI

Berikut merupakan fakta pantas tentang The Valley TTDI:

Perkara Maklumat
Jenis HartanahLinked villa & bungalow
KeunikanDikelilingi hutan simpan + unit sangat terhad
Gaya HidupLuxury low-density living

Kenapa Pelabur Memerhati The Valley TTDI

TTDI sering menjadi pilihan pelabur kerana kawasannya lebih stabil, kurang risiko oversupply dan mempunyai permintaan sewaan konsisten daripada profesional serta keluarga.

Walaupun hasil sewaan mungkin sederhana, TTDI tetap dilihat sebagai aset jangka panjang yang kukuh kerana lokasinya strategik, nilai hartanah lebih tahan dan aksesnya dekat ke kawasan utama Kuala Lumpur.

Keistimewaan The Valley TTDI

  • Kemudahan dekat – Senang akses ke Ampang Point, Great Eastern Mall dan Korean Town
  • Sesuai untuk keluarga – Dekat dengan sekolah antarabangsa seperti ISKL, Sayfol dan Fairview
  • Lokasi strategik – Hanya ±20 minit ke KLCC melalui AKLEH, DUKE dan MRR2
  • Kelab eksklusif & rekreasi – The Polo Club dan Raintree Club untuk aktiviti sosial, sukan dan leisure premium

8. Bukit Jelutong, Shah Alam

Julat Harga: RM1,180,000 – RM6,000,000+ **(Source: iProperty, Property Guru)

Bukit Jelutong ialah perbandaran freehold seluas 2,200 ekar yang dikenali sebagai salah satu alamat kediaman paling berprestij di Lembah Klang.

Dibangunkan dengan konsep landed berketumpatan rendah, kawasan ini menawarkan persekitaran yang lebih terancang, luas dan eksklusif, menjadikannya pilihan utama bagi pembeli rumah yang mahukan keseimbangan antara keselesaan, privasi dan akses bandar.

Rekod Pelaburan Bukit Jelutong

Dari sudut pelaburan, Bukit Jelutong menunjukkan pertumbuhan nilai yang konsisten sejak dibangunkan pada 1995, disokong oleh permintaan stabil dan kekurangan unit subsale kerana majoriti pemilik adalah penghuni jangka panjang.

Faktor ini membantu mengekalkan harga pada tahap premium, dengan potensi kenaikan nilai turut disokong oleh pembangunan infrastruktur seperti DASH dan akses kepada rangkaian LRT serta MRT berhampiran.

Kenapa ramai memilih Bukit Jelutong?

KategoriButiran

Kemudahan Berdekatan
Setia alam, Glenmarie, Subang Airport, Elmina Lakeside, Sultan Abdul Aziz Shah Golf Club

Akses Utama
Guthrie Corridor Expressway, NKVE, Federal Highway

Jenis Hartanah
Banglo mewah, Semi-D premium, rumah teres mewah

9. Damansara Utama, Damansara

Julat Harga: RM2,500,000 – RM12,600,000+ **(Source: EdgeProp, Property Guru)

Damansara Utama, atau lebih dikenali sebagai SS21, ialah antara kawasan paling matang dan popular di Petaling Jaya.

Walaupun sudah lama dibangunkan, kawasan ini masih sentiasa sibuk dengan aktiviti harian, daripada pekerja pejabat dan pemilik bisnes hinggalah keluarga yang tinggal di sini.

Dengan Damansara Utama, The Starling Mall dan pelbagai restoran terkenal dalam jarak yang dekat, tidak hairanlah kawasan ini terus menjadi pilihan untuk tinggal, bekerja dan melabur.

Fakta Pantas Damansara Uptown

Sebelum kita lihat apa yang menjadikan Damansara Utama begitu bernilai, berikut ialah gambaran ringkas tentang kawasan ini.

Perkara Maklumat
Profil pendudukKeluarga lama Petaling Jaya, profesional, pemilik bisnes dan pekerja bandar
Jenis Hartanah– Rumah teres,
– Semi-D, banglo,
– Kondominium
– Pejabat komersial
Suasana Kejiranan
Matang, aktif dan lengkap dengan kemudahan harian, pejabat, restoran serta pusat beli-belah

Kenapa Pelabur Perlu Memerhatikan Kawasan Ini?

  1. Aktiviti komersial sentiasa hidup
    Dengan adanya Damansara Uptown, The Starling Mall, pejabat, bank, restoran dan kafe, kawasan ini sentiasa ada pergerakan orang.
  2. Nilai jualan semula lebih menarik
    Kawasan yang sudah ada permintaan, kemudahan dan komuniti biasanya lebih mudah menarik pembeli pada masa akan datang.
  3. Sesuai untuk pelaburan jangka panjang
    Damansara Utama sesuai diperhatikan oleh pelabur yang mencari kawasan stabil, bukan sekadar kawasan yang naik kerana trend sementara.
  4. Akses mudah ke kawasan utama
    Damansara Utama dekat dengan TTDI, Damansara Jaya, Bandar Utama dan beberapa laluan penting sekitar Petaling Jaya.

Pasaran Hartanah Selangor: Perspektif Strategik

  • Enjin ekonomi negara – Selangor merupakan pusat industri dan logistik utama Malaysia, menyokong permintaan hartanah yang stabil dan berasaskan aktiviti ekonomi sebenar.
  • Pertumbuhan dipacu sektor teknologi – Pelaburan dalam pusat data dan industri AI meningkatkan permintaan terhadap perumahan bagi golongan profesional berpendapatan tinggi.
  • Dominasi township bersepadu – Kawasan seperti Petaling Jaya, Subang Jaya dan Cyberjaya menjadi pilihan utama kerana menawarkan ekosistem lengkap merangkumi kediaman, komersial dan pendidikan.
  • Pasaran semakin premium – Dengan peningkatan harga dan syarat pemilikan yang lebih ketat, Selangor kini semakin diposisikan sebagai pasaran pelaburan jangka panjang yang lebih eksklusif.

Analisis Perbandingan: Kawasan Selangor

Kategori Kawasan Ringkas
Paling MewahKemensah Height, Country HeightsKawasan paling elit dengan privasi tinggi dan komuniti T20.
Golf & Gaya HidupTropicana, SierramasGaya hidup golf resort, sesuai untuk hidup santai tapi mewah.
Nature LuxuryKemensah Heights, Gita BayuRumah dalam suasana hijau dan tenang.
Township KeluargaSetia Eco Park, Bukit JelutongLengkap kemudahan, sesuai untuk keluarga.
Low Density EksklusifThe Valley TTDI, SierramasSangat private, unit terhad, fokus eksklusif.
Nilai StabilBukit Jelutong, Damansara UtamaLokasi matang dengan akses baik dan steady growth.

Kawasan Tumpuan Bandar Utama

Walaupun dipacu oleh faktor makro seperti industri dan pelaburan teknologi, nilai hartanah di Selangor banyak tertumpu di beberapa kawasan bandar utama yang menjadi pilihan pembeli berpendapatan tinggi.

Khususnya di Damansara, terdapat beberapa kawasan kejiranan yang dan matang seperti Damansara Heights, Damansara Uptown dan Kota Damansara yang menarik golongan berpendapatan tinggi.

Damansara Utama

Pusat komersial dan kediaman matang yang sangat aktif, dengan nilai hartanah shop-office sekitar RM4.5 juta hingga RM6.1 juta. Kawasan ini turut menempatkan pembangunan seperti Uptown Residences dan Imazium, serta menjadi hub F&B dan perniagaan yang sibuk sepanjang hari.

Kota Damansara

Township bersepadu berskala besar yang menggabungkan kediaman, komersial dan pendidikan. Segmen premium termasuk rumah semi-D sekitar RM1.7 juta ke atas, disokong oleh kemudahan seperti SEGi University, Thomson Hospital dan Sunway Giza, serta akses kepada kawasan hutan simpan.

Ara Damansara

Pusat kediaman dan komersial moden di Petaling Jaya, dengan julat hartanah premium sekitar RM1.2 juta hingga RM4.5 juta+. Kawasan ini turut menempatkan pembangunan seperti Oasis Square, Citta Mall, Evolve Concept Mall dan kediaman premium seperti Seri Pilmoor, menjadikannya pilihan popular untuk keluarga, profesional dan pembeli yang mahukan gaya hidup bandar yang lebih terancang.

Faktor Utama Pelaburan di Damansara

  • Lokasi & ketersambungan – Hartanah berhampiran MRT, lebuh raya dan pusat komersial lebih mudah disewakan dan mengekalkan permintaan stabil
  • Perbezaan segmen kawasan – Damansara Heights (premium), Damansara Utama & Mutiara Damansara (komersial matang), serta Kwasa Damansara (potensi pertumbuhan)
  • Permintaan sewaan konsisten – Didorong oleh profesional, keluarga dan ekspatriat di kawasan bandar matang
  • Nilai jangka panjang – Bekalan terhad, terutamanya untuk hartanah landed premium, menyokong kestabilan harga

Kesimpulan

Selangor bukan sahaja mempunyai kawasan kediaman mewah, tetapi juga pasaran hartanah premium yang matang dan pelbagai. Daripada komuniti berpagar, kawasan hijau, gaya hidup resort hingga pusat komersial aktif seperti Damansara Utama, setiap kawasan menawarkan nilai yang berbeza untuk pembeli dan pelabur.

Bagi pelabur, faktor utama yang perlu dilihat bukan sekadar harga, tetapi juga lokasi, akses, kemudahan, profil penduduk dan potensi permintaan jangka panjang.


Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah kawasan paling mewah di Selangor?

Antara kawasan mewah di Selangor termasuk Country Heights, Kemensah Heights, Gita Bayu, Tropicana, Setia Eco Park, Sierramas, The Valley TTDI, Bukit Jelutong dan Damansara Utama.

2. Kenapa Selangor menarik untuk pelaburan hartanah mewah?

Selangor mempunyai lokasi strategik, ekonomi yang aktif, akses bandar yang baik dan banyak kawasan matang dengan permintaan stabil.

3. Kawasan mana sesuai untuk keluarga?

Setia Eco Park, Bukit Jelutong, Sierramas dan Tropicana sesuai untuk keluarga kerana mempunyai persekitaran lebih terancang, kemudahan lengkap dan komuniti yang matang.

4. Kenapa Damansara Utama masih relevan?

Damansara Utama masih aktif kerana mempunyai pusat komersial, mall, pejabat, restoran dan akses mudah ke kawasan utama sekitar Petaling Jaya.

5. Apa faktor penting sebelum melabur di kawasan mewah?

Lihat lokasi, akses lebuh raya atau MRT, kemudahan sekitar, profil penyewa, bekalan hartanah dan potensi nilai jangka panjang.


Masih Keliru Kawasan Mana Yang Sesuai Untuk Anda? Dapatkan panduan daripada ejen IQI Global untuk memahami kawasan mana yang paling sesuai dengan gaya hidup, bajet dan matlamat pelaburan anda.





+60








Baca Selanjutnya

  1. 7 Hotspot Pelaburan Sewa Pelajar di Sekitar Universiti Malaysia
  2. 10 Kawasan Rental Yield Tinggi di Lembah Klang Untuk Pelabur Hartanah 2026
  3. 10 Kawasan Paling Murah di Lembah Klang 2026

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯