Versi: EN
| TL;DR: Pelaburan sewa pelajar di Malaysia kekal stabil kerana permintaan berulang setiap tahun di kawasan universiti utama. Lokasi yang strategik serta akses pengangkutan awam menjadikan hartanah di kawasan ini lebih mudah disewakan. |
Sedang mencari lokasi terbaik untuk pelaburan sewa pelajar di Malaysia?
Pelaburan sewa pelajar semakin mendapat perhatian kerana permintaan rumah sewa di kawasan universiti sentiasa wujud setiap tahun.
Walaupun begitu, setiap lokasi mempunyai potensi yang berbeza dari segi kadar permintaan, akses pengangkutan, dan pulangan sewa.
Oleh itu, penting untuk anda tahu universiti mana yang benar-benar “hotspot” dalam pasaran sewa pelajar sebelum membuat keputusan pelaburan.
Artikel ini akan berkongsi 7 universiti paling “hot” di Malaysia untuk pelaburan sewa pelajar sebagai panduan anda.
Intipati Utama:
- Permintaan sewa pelajar di Malaysia semakin meningkat kerana kemasukan pelajar baharu setiap tahun.
- Lokasi berhampiran universiti dan pengangkutan awam menjadi faktor utama kejayaan pelaburan.
- Universiti utama seperti UM, Monash, Taylor’s, UPM, UKM, UTM dan USM mempunyai permintaan sewa yang tinggi.
- Strategi seperti sewa bilik dan unit lengkap boleh meningkatkan pulangan pelaburan.
- Walaupun ada risiko seperti turnover tinggi dan kos penyelenggaraan, pelaburan ini masih stabil jika diurus dengan betul.
Universiti Mana Yang Bagus Untuk Pelaburan Sewa Pelajar?
- 1. Mengapa Pelaburan Sewa Pelajar Semakin Tinggi?
- 2. 7 Universiti Terbaik di Malaysia untuk Pelaburan Sewa Pelajar
- 3. Faktor Penting Rumah Sewa Untuk Pelajar
- 4. Jenis Hartanah yang sesuai untuk pelaburan sewa pelajar
- 5. MRT3 Circle Line: Kenapa Pelabur Mula Perhatikan Sekarang?
- 6. Kawasan Sewa Pelajar di Laluan MRT3 dan MRT Putrajaya
- 7. Risiko Sebelum Melabur dalam Sewa Pelajar
- Kesimpulan
- Soalan Lazim (FAQ)
1. Mengapa Pelaburan Sewa Pelajar Semakin Tinggi?
Pelaburan sewa pelajar kini semakin mendapat perhatian pelabur hartanah di Malaysia.
Bukan sekadar sebab ramai pelajar perlukan tempat tinggal, tetapi kerana permintaannya lebih konsisten, mudah dijangka dan berpotensi memberi pulangan sewa yang menarik.
Antara sebab pelaburan sewa pelajar semakin meningkat ialah:
- Bekalan penginapan pelajar masih terhad
- Pelajar Antarabangsa Semakin Bertambah
- Potensi Pulangan Sewa Lebih Menarik
- Malaysia Sebagai Hab Pendidikan Mampu Milik
- Lokasi Berdekatan MRT dan LRT Lebih Bernilai
- Permintaan Sewa Lebih Konsisten
Berbeza dengan sewaan kediaman biasa, penginapan pelajar mempunyai kelebihan dari segi pertukaran penyewa yang lebih boleh dijangka serta permintaan yang konsisten sepanjang tahun.
2. 7 Universiti Terbaik di Malaysia untuk Pelaburan Sewa Pelajar
Berikut merupakan beberapa universiti yang mempunyai permintaan tinggi terhadap rumah sewa pelajar dan sering menyokong pasaran sewaan di kawasan sekitarnya.
1. University Malaya (Kuala Lumpur)

UM merupakan universiti terbaik Malaysia dan mempunyai ramai pelajar tempatan serta antarabangsa.
Kawasan pelaburan yang berdekatan
- Bangsar
- Petaling Jaya
- Pantai Dalam
Kawasan sekitar UM juga mempunyai permintaan sewa yang stabil kerana lokasi strategik dan akses pengangkutan awam yang baik.
Anggaran Pulangan Sewa: 4.0% – 6.0%
2. Monash University Malaysia (Subang Jaya)

Monash popular dengan pelajar premium dan antarabangsa yang lebih mementingkan keselamatan, kemudahan dan gaya hidup moden.
Kawasan pelaburan yang berdekatan:
- Bandar Sunway
- Subang Jaya
Anggaran Pulangan sewa : 6.0% – 8.0%
3. Taylor’s University (Bandar Sunway)

Bandar Sunway mempunyai pasaran sewa pelajar yang aktif hasil gabungan universiti, pusat komersial dan akses pengangkutan.
Kawasan pelaburan yang berdekatan :
- Sunway Geo
- Sunway Serene
- D’Latour
Anggaran Pulangan Sewa: 6.0% – 7.5%
4. Universiti Putra Malaysia (Serdang)

Bermula sebagai Sekolah Pertanian pada tahun 1931, UPM kekal terkenal dengan dedikasinya dalam pendidikan dan penyelidikan pertanian
Permintaan sewa di kawasan Serdang dan Seri Kembangan disokong oleh jumlah pelajar yang besar serta akses MRT.
Kawasan pelaburan yang berdekatan :
- Seri Kembangan
- South City
Anggaran Pulangan Sewa: 4.5% – 5.5%
5. Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan antara universiti penyelidikan awam terbaik negara yang melahirkan modal insan berimpak tinggi sejak tahun 1970.
UPM terkenal dengan kampus yang luas serta bidang pertanian dan penyelidikannya.
Kawasan pelaburan :
- Bandar Baru Bangi
- Kajang
UKM membantu mewujudkan permintaan sewa yang konsisten di Bangi dengan harga hartanah yang masih kompetitif.
Anggaran Pulangan Sewa: 6.0 % to 8.0 %
6. Universiti Teknologi Malaysia (Johor Bahru)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ialah universiti penyelidikan terkemuka yang melahirkan pakar kejuruteraan dan teknologi digital negara.
UTM mendapat manfaat daripada perkembangan Iskandar Malaysia dan projek RTS Link ke Singapura.
Kawasan pelaburan :
- Skudai
- Iskandar Puteri
Anggaran Pulangan Sewa: 4.5% – 6.0%
7. Universiti Sains Malaysia (Penang)

Universiti Sains Malaysia (USM) ialah universiti penyelidikan terkemuka yang terkenal dengan gelaran Universiti APEX dan pakar dalam bidang sains.
USM mempunyai permintaan sewa yang stabil hasil gabungan pelajar universiti dan pekerja sektor teknologi di Bayan Lepas.
Kawasan pelaburan :
- Gelugor
- Sungai Dua
Anggaran Pulangan Sewa: 4.0% – 5.5%
3. Faktor Penting Rumah Sewa Untuk Pelajar

Dalam pasaran sewa pelajar, memahami apa yang pelajar cari dalam rumah sewa boleh membantu unit lebih mudah disewa dan mempunyai permintaan yang lebih konsisten.
1. Berdekatan Dengan Kampus Universiti
Kebanyakan pelajar lebih gemar tinggal berhampiran universiti atau kolej.
Lagi dekat jarak ke kampus, lagi mudah untuk mereka berjimat dari segi masa dan kos pengangkutan harian.
2. Keselamatan Kawasan
Faktor keselamatan juga menjadi keutamaan utama, terutamanya untuk pelajar yang tinggal sendiri atau berjauhan dari keluarga.
Antara perkara yang sering dicari:
- CCTV
- Pengawal keselamatan
- Kad akses
- Kawasan yang terang dan selamat
3. Kawasan Internet Yang Laju
Bagi pelajar hari ini, internet bukan lagi bonus tetapi keperluan.
Kelas online, assignment, presentation dan group discussion semuanya memerlukan sambungan internet yang stabil.
Rumah dengan WiFi yang baik biasanya lebih menarik untuk disewa.
4. Rumah Semi-Furnished
Pelajar biasanya mencari rumah yang sudah mempunyai kelengkapan asas seperti:
- Katil
- Almari
- Meja belajar
- Dapur
Ini membantu mereka mengurangkan kos untuk membeli perabot sendiri.
5. Harga Sewa Berpatutan
Walaupun ramai pelajar mencari sewa murah, mereka masih mementingkan value-for-money.
Ramai sanggup bayar sedikit lebih mahal jika rumah tersebut:
- Berhampiran dengan kampus
- Selamat
- Mempunyai internet dan kemudahan lengkap
6. Tuan Rumah Yang Mudah Berurusan
Pelajar juga lebih selesa dengan tuan rumah yang responsif dan mudah dihubungi jika berlaku kerosakan atau masalah rumah.
Ini membantu mereka tinggal dengan lebih tenang sepanjang tempoh pengajian.
Strategi untuk memaksimumkan keuntungan menyewa bilik.
4. Jenis Hartanah yang sesuai untuk pelaburan sewa pelajar
Tidak semua jenis hartanah sesuai untuk pasaran sewa pelajar.
Kebanyakan pelajar lebih memilih rumah yang praktikal, dekat dengan kampus dan mudah diakses dengan pengangkutan awam.
Berikut antara jenis hartanah yang sering menjadi pilihan untuk pelaburan sewa pelajar:
- Kondominium & Apartmen
- Unit Studio / 1-Bilik
- Aprtmen 2-3 Bilik
- Pbsa (Purpose-Built Student Accommodation)
- Rumah Teres / Landed
5. MRT3 Circle Line: Kenapa Pelabur Mula Perhatikan Sekarang?
Walaupun MRT3 Circle Line masih dalam pembangunan, projek ini sudah mula menarik perhatian pelabur hartanah kerana potensi peningkatan akses pengangkutan dan permintaan sewa pada masa depan.
Beberapa kawasan di sepanjang jajaran MRT3 juga dilihat mempunyai potensi untuk pelaburan sewa pelajar, terutamanya lokasi berhampiran universiti dan pengangkutan awam.
6. Kawasan Sewa Pelajar di Laluan MRT3 dan MRT Putrajaya
Walaupun MRT3 Circle Line masih dalam pembangunan, laluan ini bersama MRT Putrajaya dijangka memberi impak besar kepada permintaan hartanah dan pasaran sewa di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang.
Antara kawasan yang dilihat berpotensi termasuk:
| Kawasan | Faktor MRT3 dan MRT Putrajaya | Yield Pelajar |
|---|---|---|
| Kepong | Akses terus ke pusat bandar KL melalui stesen Metro Prima & Kepong Baru. | 4.5% – 5.5% |
| Setapak | Dijangka mendapat manfaat daripada akses MRT3 | Popular dalam kalangan pelajar TARUMT |
| Bangsar South | Berhampiran akses LRT dan bakal mendapat manfaat daripada jaringan MRT3 | Yield stabil sekitar 5.5% – 6.0% |
| Cheras | Laluan MRT3 bakal memudahkan pergerakan ke kawasan Greater KL | Mempunyai demand sewa tinggi |
| Sentul | Ketersambungan ke hab transit seperti Titiwangsa dijangka lebih kuat | Permintaan sewa semakin meningkat |
| Jalan Klang Lama | MRT3 dijangka meningkatkan akses ke pusat bandar dan hab pekerjaan | Permintaan sewa kuat dengan harga masih kompetitif |
| Cyberjaya | Hub pendidikan dan teknologi dengan ramai pelajar tempatan serta antarabangsa dan potensi sewa jangka panjang. | Potensi gross yield 5.5% – 7.0% |
Sumber: PropCashFlow dan EZLEASE
Jadual ini menunjukkan kawasan berhampiran MRT3 dan universiti mempunyai potensi lebih tinggi untuk pelaburan sewa pelajar dari segi akses, permintaan sewa dan yield.
7. Risiko Sebelum Melabur dalam Sewa Pelajar
Pelaburan sewa pelajar mempunyai potensi pulangan yang menarik, tetapi pelabur juga perlu memahami risiko.
Risiko Utama Pelaburan Sewa Pelajar
- Kekosongan bermusim – Unit mungkin kosong ketika cuti semester atau musim pelajar berpindah.
- Turnover tinggi – Pelajar sering berpindah selepas tamat pengajian atau semester.
- Wear & tear lebih tinggi – Penggunaan ramai penyewa boleh meningkatkan kos penyelenggaraan.
- Risiko keselamatan – Rumah pelajar lebih terdedah kepada isu keselamatan jika kawasan kurang selamat.
- Lebihan bekalan – Sesetengah kawasan mempunyai terlalu banyak unit sewa yang boleh menekan kadar sewa.
Strategi Untuk Maksimumkan Pulangan
- Pilih lokasi dengan akses baik ke kampus dan pengangkutan awam.
- Gunakan strategi sewa mengikut bilik. Sediakan unit semi-furnished kerana lebih digemari pelajar.
- Sediakan unit yang memenuhi keperluan asas pelajar seperti internet dan kelengkapan asas
- Sasarkan pelajar antarabangsa untuk potensi kadar sewa lebih baik.
- Gunakan kontrak sewa yang jelas untuk kurangkan risiko konflik dan masalah bayaran.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, pelaburan sewa pelajar boleh menjadi pilihan yang baik untuk pelabur jangka panjang kerana permintaan sentiasa wujud setiap tahun.
Walaupun terdapat cabaran seperti pertukaran penyewa yang kerap dan kos penyelenggaraan, ia masih mampu memberikan pendapatan sewa yang stabil jika diurus dengan betul.
Soalan Lazim (FAQ)
Pelaburan sewa pelajar ialah strategi menyewakan hartanah kepada pelajar universiti, biasanya di kawasan berhampiran kampus atau akses pengangkutan awam.
Studio, kondominium kecil, apartmen 2–3 bilik, dan bilik sewa individu biasanya paling popular dalam kalangan pelajar.
Secara umum, pulangan sewa pelajar di Malaysia berada sekitar 4% hingga 8%, bergantung pada lokasi, jenis hartanah dan strategi sewaan.
Ya, terdapat risiko seperti kekosongan semasa cuti semester, penyelenggaraan lebih tinggi, dan turnover penyewa yang kerap.
Pilih lokasi strategik, guna strategi sewa bilik, sediakan unit lengkap (semi-furnished), dan pastikan pengurusan penyewa yang baik.
Ingin ketahui lebih lanjut tentang setiap lokasi universiti yang mempunyai potensi dan strategi pelaburan yang berbeza. Hubungi ejen hartanah IQI untuk bantu anda buat keputusan pelaburan yang lebih tepat.
Baca Selanjutnya
