Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rumah Teres & Mampu Milik Dominasi Pasaran Hartanah 2025

Pasaran hartanah Malaysia kekal kukuh pada 2025, dipacu oleh permintaan tinggi terhadap rumah teres dan kediaman mampu milik.

Data terkini daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan nilai transaksi kediaman bagi separuh pertama 2025 mencecah RM58.1 bilion, melibatkan lebih 115,000 unit, meningkat 7.4% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sebahagian besar transaksi tertumpu kepada rumah berharga di bawah RM500,000, mencerminkan minat tinggi terhadap segmen mampu milik.

Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, berkata rumah teres kekal sebagai produk paling dominan, menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan transaksi kediaman.

Rumah teres dan kediaman mampu milik menjadi tunjang pasaran hartanah Malaysia pada 2025. Segmen ini paling mendapat sambutan kerana memenuhi keperluan pembeli muda dan isi rumah M40, selain disokong pelbagai inisiatif kerajaan,” katanya.

Beliau menambah bahawa harga purata rumah subsale pada suku pertama 2025 ialah RM521,614, manakala rumah baharu mencecah purata RM582,887.

Dalam segmen kediaman bertingkat tinggi, Johor muncul sebagai pasaran paling cemerlang, didorong oleh jualan prapelancaran yang memberangsangkan serta pelaburan infrastruktur dan pembangunan pesat di negeri tersebut.

Kami menjangka permintaan terhadap rumah teres dan kediaman mampu milik akan terus meningkat sepanjang 2025, sejajar dengan peningkatan pendapatan isi rumah dan pengembangan kawasan bandar

Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI

Menurut beliau, pertumbuhan permintaan pada suku kedua 2025 dipacu oleh ekonomi yang stabil, kadar pekerjaan yang tinggi, dan kewangan isi rumah yang sihat.

Projek infrastruktur berskala besar seperti pusat logistik, pusat data, dan kilang turut menyumbang kepada peningkatan jualan dan harga.

Rumah yang terletak berhampiran stesen pengangkutan awam baharu juga dijangka menikmati premium harga sehingga 10% berbanding hartanah lain di kawasan sama.

Dari segi sentimen pengguna, Kashif berkata pasaran kini didominasi oleh pembeli yang berhati-hati tetapi mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Mereka memberi tumpuan kepada keseimbangan antara harga dan nilai jangka panjang. Pembeli hari ini tidak semestinya mencari rumah paling murah, tetapi mahukan nilai yang munasabah, kebolehdiami dan potensi pulangan semula. Rumah teres dan kediaman bertingkat di lokasi strategik menjadi tumpuan…

Kashif Ansari, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI

Dalam pada itu, Kuala Lumpur kekal sebagai lokasi hartanah paling mahal di Malaysia dengan harga purata rumah subsale mencecah RM801,557, manakala rumah baharu berada pada purata RM708,462.

Negeri lain yang turut mencatat harga kediaman tinggi ialah Sarawak, Sabah dan Johor. Walaupun berdepan cabaran global, asas pasaran Malaysia kekal stabil.

Juwai IQI yakin trend positif ini akan berterusan, disokong oleh daya tahan ekonomi, sokongan dasar kerajaan, dan keupayaan isi rumah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran.

rumah teres mampu milik pacu pasaran hartanah malaysia 2025 kata kashif ansari dari Juwai IQI

Juwai IQI telah dipaparkan dalam Utusan.


Ingin tahu bagaimana rumah teres & kediaman mampu milik membentuk masa depan pasaran hartanah 2025?

Baca analisis penuh dan pandangan pakar daripada Juwai IQI.

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯