Versi: EN
Dengan hanya lebih kurang tiga bulan sahaja lagi sebelum 2025, Malaysia bersedia untuk perubahan besar dalam pembangunan rumah dan hartanah.
Dengan ini, kumpulan teknologi hartanah antarabangsa, Juwai IQI menyarankan agar belanjawan 2025 memberikan tumpuan kepada perumahan mampu milik baharu. Pada masa yang sama meningkatkan kualiti hidup pemilik rumah sedia ada.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata penambahbaikan dalam kualiti hidup merangkumi pemasangan lampu jalan baharu, membina taman sukan dan ubah suai rumah usang.
Kami mencadangkan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos yang menyebabkan perumahan menjadi begitu mahal. Sebagai contoh, pemaju yang menyediakan perumahan yang berkualiti serta mampu milik sewajarnya menerima subsidi untuk bahan binaan.
Kos-kos ini menokok sebanyak tiga hingga empat peratus setahun, ia sangat tinggi, walaupun lebih rendah berbanding semasa kemuncak pandemik.
Kashif Ansari
Beliau berkata, rumah mampu milik seharusnya sesuai untuk didiami dan dibina dengan baik. Ini termasuk reka bentuk berkualiti yang dapat tingkatkan kehidupan penduduk. Garis panduan seni bina seperti Standard Reka Bentuk Perumahan Mampu Milik CIDB adalah contoh yang baik.
Kashif Ansari memberi beberapa cadangan kepada kerajaan bagi mengembangkan pasaran rumah mampu milik menjelang belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Oktober 2024. Beliau mencadangkan kerajaan atau bank menawarkan pembiayaan pembangunan berdiskaun untuk projek ini.
Selain itu, beliau mencadangkan kerjasama antara industri dan kerajaan untuk membentuk konsortium pembelian. Langkah ini bertujuan mengurangkan kos bahan melalui skala ekonomi. Dengan cara ini, kos bahan boleh dikurangkan sehingga 30 peratus.
“Oleh kerana ia akan membeli kualiti bahan yang lebih besar daripada mana-mana projek tunggal, konsortia boleh merundingkan Harga yang lebih rendah,” katanya lagi.
Pendekatan ini telah berjaya di pasaran lain dengan pengurangkan kos bahan sebanyak 30%.
Kashif Ansari
Malaysia boleh memanfaatkan sektor pembuatan termajunya dengan menggunakan teknik pembinaan industri untuk membina rumah dalam kilang dan memasangnya di tapak, mengurangkan masa dan kos pembinaan.
Beliau percaya bahawa kaedah itu boleh mengurangkan masa pembinaan dan kos, menjadikan perumahan lebih murah serta cepat tersedia. Beliau juga menekankan bahawa rumah mampu milik bukan sahaja perlu menjimatkan kos tetapi juga boleh didiami, dibina dengan baik dan mampan.
Memandangkan urbanisasi mendorong lebih ramai orang ke bandar, Kashif menjangkakan permintaan rumah mampu milik akan melonjak.
Beliau berkata pada suku pertama tahun ini, urus niaga hartanah meningkat 17.2 peratus, dengan pembeli membelanjakan RM25.25 bilion untuk rumah. Ini menandakan kenaikan 21 peratus berbanding tahun sebelum ini.
Namun, peningkatan harga tanah, rumah, kos pembinaan, dan pembiayaan terus menjadi cabaran besar dalam menyediakan perumahan mampu milik.
Juwai IQI telah dipaparkan dalam Dagang News,Berita Harian dan Berita RTM.
Juwai IQI ialah syarikat teknologi hartanah antarabangsa yang terkenal dengan memberikan pandangan mendalam mengenai hartanah, sama ada di peringkat tempatan atau global.
Klik di bawah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat pakar mengenai hartanah dari blog kami!