Tahun 2024 merupakan tahun luar biasa yang penuh kejayaan buat IQI Global!
Tahun ini, IQI Global bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai “Syarikat Proptech Terbesar di Malaysia” malah merekodkan pertumbuhan jualan yang luar biasa hingga meluaskan jejak ke pasaran antarabangsa!
Sebagai agensi hartanah yang memahami denyut nadi pasaran, IQI Global terus menjadi pilihan utama pelabur dan pembeli di seluruh dunia.
Mari kita imbas kembali sorotan dan momen gemilang yang menjadikan tahun 2024 sebagai tahun kejayaan yang akan terus dikenang!
Sorotan Gemilang IQI Global 2024!
- 1. USD3.7 Bilion dalam Jualan Keseluruhan!
- 2. 17 Negara Baru Ditambah ke Peta IQI Global
- 3. Peningkatan Bilangan Ejen Hartanah Sebanyak 23%!
- 4. Bayaran Komisen Harian Mencecah USD237,000
- 5. Koleksi Anugerah dan Pengiktirafan yang Diraih
- 6. Insentif Percutian Mewah dan Barangan Eksklusif
- 7. Rakan Kolaborasi Strategik
1. USD3.7 Bilion dalam Jualan Keseluruhan!
Walaupun berdepan cabaran ekonomi yang tidak menentu, IQI terus mengukuhkan prestasinya dengan mencatatkan jumlah jualan keseluruhan yang luar biasa.
Dengan jualan mencecah USD3.7 bilion (kira-kira RM16.55 bilion), pencapaian ini memperkukuhkan kedudukan IQI sebagai peneraju global dalam industri hartanah.
Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa asas teknologi yang kukuh dan strategi inovatif yang menjadi tulang belakang organisasi.
2. 17 Negara Baru Ditambah ke Peta IQI Global
Kejayaan yang luar biasa! IQI menambah 17 buah negara baharu ke dalam rangkaian globalnya! Pencapaian ini jauh mengatasi rekod 4 negara pada tahun sebelumnya.
Ini bermakna pertumbuhan tahun ini melonjak 325%, mencerminkan keupayaan IQI untuk terus memperluas jejaknya di peringkat antarabangsa!
Dari Asia ke Eropah, peluasan ini membuktikan dedikasi IQI dalam membawa perkhidmatan bertaraf dunia ke lebih banyak pasaran strategik. Tahun ini benar-benar menjadi titik perubahan dalam perjalanan global kami!
3. Peningkatan Bilangan Ejen Hartanah Sebanyak 23%!
Bilangan ejen IQI Global pada tahun 2024 juga terus melonjak!
Pada tahun 2024, IQI Global mencatatkan peningkatan bilangan ejen hartanah sebanyak 23%, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 53,000 ejen di seluruh dunia.
Penambahan 9,700 ejen baharu tahun ini membuktikan keyakinan dan tarikan IQI Global sebagai agensi hartanah yang terpercaya dan pilihan utama dalam industri hartanah global.
4. Bayaran Komisen Harian Mencecah USD237,000
Bayaran komisen harian di IQI mencapai tahap luar biasa pada tahun 2024, dengan jumlah mencecah USD237,000 sehari (sekitar RM1.06 juta)!
Angka ini bukan sahaja membuktikan kejayaan luar biasa ejen-ejen hartanah kami, tetapi juga menegaskan komitmen IQI untuk terus menghargai dedikasi mereka.
Sebagai tanda penghargaan, kami memastikan bayaran komisen yang setimpal dan pantas bagi menghargai usaha gigih mereka.
5. Koleksi Anugerah dan Pengiktirafan yang Diraih
Tahun 2024 menjadi satu lagi tahun penuh gemilang bagi IQI Global dengan pelbagai anugerah dan pengiktirafan berprestij yang diraih!
Dedikasi IQI melangkaui sekadar pengiktirafan syarikat. Bersama IQI Warriors yang berbakat, kami mencipta sejarah dengan merangkul lebih daripada 20 anugerah berprestij di StarProperty Awards 2024.
Antara penghargaan tertinggi yang diraih termasuk ‘All-Stars Award,’ ‘Best Technology Award,’ dan ‘Developer Preferred Award,’.
Satu lagi pencapaian hebat IQI Global – Juwai IQI Convention & Festival 2024, acara hartanah terbesar di Asia Tenggara, telah berlangsung dengan penuh gemilang!
Bertemakan ‘Hollywood Glamour,’ acara 2 hari yang bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) ini berjaya menarik lebih 8,000 peserta, menjadikannya salah satu momen paling berprestij dalam industri hartanah tahun ini.
6. Insentif Percutian Mewah dan Barangan Eksklusif
Bayangkan menikmati percutian mewah di destinasi eksklusif atau membawa pulang barangan mewah sebagai tanda penghargaan atas kerja keras? Ya benar! Bersama IQI Global, tiada yang mustahil.
Pada tahun 2024, jumlah insentif yang diberikan kepada ejen-ejen kami mencecah USD4.7 juta, termasuk percutian mewah bernilai USD2 juta yang ditaja sepenuhnya ke pelbagai destinasi antarabangsa.
Selain itu, ejen hartanah IQI turut menerima ganjaran istimewa seperti insentif bonus rumah dan gadget mewah seperti iPhone, MacBook, dan iPad.
Ini semua adalah bukti komitmen IQI Global dalam menghargai dedikasi dan usaha gigih setiap ejen, memastikan mereka diraikan dengan penuh prestij dan kemewahan.
7. Rakan Kolaborasi Strategik
Sebagai penutup kepada pencapaian gemilang IQI pada tahun 2024, kejayaan membina kolaborasi bersama pakar strategik terkemuka dalam dunia hartanah menjadi bukti kukuh kekuatan dan visi kami untuk terus menguasai pasaran global.
Bahagian Kerjasama Global: Taco Heidinga dan Liv Baggen
IQI Global dengan penuh rasa bangga mengalu-alukan Taco Heidinga sebagai Penasihat Strategik Global dan Liv Baggen sebagai Ketua Jualan Global yang baharu.
Kehadiran mereka bakal membawa nafas baharu dalam usaha Juwai IQI untuk memperkukuh kerjasama, meningkatkan penglibatan, dan memacu transaksi bersama rakan kongsi global.
Mereka akan memainkan peranan penting dalam membantu pembeli dari seluruh Asia memperoleh hartanah di pasaran antarabangsa yang popular.
Dengan berbekalkan sumber dan teknologi sedia ada, mereka juga akan mengintegrasikan strategi baharu untuk memaksimumkan potensi perniagaan rentas sempadan serta membuka peluang di peringkat global.
Strategi Pemerkasaan Ejen: Soma Sundram
Soma Sundram, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), kini dilantik sebagai Penasihat Strategik Juwai IQI.
Dengan profesionalisme, kepakaran dalam jualan, rangkaian industri yang luas, dan pengalaman kepimpinan dalam pendidikan industri, beliau membawa nilai tambah yang signifikan kepada organisasi.
Soma dijangka memainkan peranan penting dalam memberi nasihat strategik, membantu Juwai IQI melangkah ke fasa pertumbuhan baharu di peringkat tempatan dan global.
Dengan pencapaian luar biasa sepanjang tahun 2024, IQI Global terus membuktikan diri sebagai peneraju dalam industri hartanah global.
Dari penambahan negara baharu, peningkatan jumlah ejen, hingga pelbagai insentif dan anugerah berprestij, setiap langkah yang diambil mencerminkan visi besar untuk terus menguasai pasaran.
Kami bersedia melangkah ke tahun baharu dengan lebih banyak peluang, inovasi, dan kejayaan, sambil memastikan setiap ejen dan rakan kongsi terus diberi sokongan terbaik!
Bersama IQI Global, usaha gigih anda akan dihargai dengan ganjaran luar biasa dan peluang tanpa had! Sertai IQI Global hari ini dan alaminya sendiri.
Baca Selanjutnya:
1. Apakah Kebaikan Menyertai IQI Global Sebagai Ejen Hartanah?
2. Perjalanan IQI : Memimpin Dalam Hartanah Global
3. Kembangkan Sayap Anda sebagai Perunding Hartanah dengan Bimbingan IQI!