Pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus menepati jangkaan ahli ekonomi, yang disifatkan langkah wajar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi di tengah-tengah impak penularan COVID-19.
Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed, berkata pengurangan kadar penanda aras pinjaman tempatan itu adalah sejajar dengan jangkaan pasaran berikutan penularan COVID-19 dan ketidaktentuan global memberi kesan terhadap banyak ekonomi.
“Kita sedang menuju ke arah rejim kadar faedah yang lebih rendah kerana semakin banyak bank pusat mengurangkan kadar untuk mengekalkan momentum pertumbuhan.”