Know more about Malaysian public schemes for affordable housing in the English version of this article.
Saban hari ramai rakyat yang mengeluh dengan harga hartanah yang kian naik dan tidak mampu untuk mengeluarkan modal untuk membeli rumah pertama mereka.
Jangan risau, kerajaan sebenarnya ada beberapa skim bantuan untuk meringankan beban anda sebagai pengguna. Tapi, ini khas untuk rumah pertama sahaja ye. Kalau rumah kedua ketiga dan seterusnya, tu Pak Jamil kena settle sendiri.
Di artikel ini kami akan senaraikan skim-skim oleh kerajaan, syarat kelayakan, dan cara memohon skim bantuan ini.
Antara skim bantuan yang disenaraikan oleh kerajaan ialah Skim Rumah Pertamaku / My First Home, BSN MyHome (PPR), BSN MyHome (Hartanah Kediaman), BSN MyHome (Hartanah Komersial), Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) KPKPT, Program Perumahan Rakyat (PPR) KPKT, Skim Perumahan Penjawat Awam (PPAM) KPKT, dan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
1. Skim Rumah Pertamaku / My First Home
SRP adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli rumah pertama untuk membeli rumah pertama mereka.
Skim ini terbuka kepada:
- Semua warganegara Malaysia
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000 (individu) atau RM10,000 (bersama).
- Umur anda tidak melebihi 65 tahun
- Tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun
- Gabungan pendapatan bersih tak lebih RM4,350 sebulan
- Dikhaskan untuk pekerja swasta dan juga yang bekerja sendiri
Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:
Untuk maklumat lanjut: Portal Skim Rumah Pertamaku
2. BSN MyHome (PPR)
BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) bertujuan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri atau yang tidak berpendapatan tetap.
Skim ini terbuka kepada:
- Warganegara Malaysia berumur 18 – 60 tahun
- Pemohon Individu / Bersama
- Mempunyai bukti bekerja sendiri
- Pendapatan minimum RM1,000 sebulan
- Untuk pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja
- Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja
Ciri & manfaat Skim ini:
- Pembiayaan sehingga RM300,000.
- Margin pembiayaan sehingga 100% (termasuk MRTA / MRTT & LTHOT).
- Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
Untuk maklumat lanjut: Portal Rasmi BSN
3. BSN MyHome (Hartanah Kediaman)
BSN MyHome (Hartanah Kediaman) membantu anda memiliki kediaman idaman anda pada kadar faedah yang rendah untuk memenuhi keperluan kewangan anda.
Syarat kelayakan:
Untuk Pemohon Individu / Bersama:
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas (berumur tidak lebih 70* tahun semasa tempoh pinjaman tamat)
- Mempunyai pendapatan tetap dan mampu membuat pembayaran balik
- Mempunyai bukti pembelian hartanah atau memiliki hartanah
- Hartanah dalam Pembinaan dan Hartanah Siap Dibina
Untuk Organisasi:
- Organisasi – sama ada pemilik tunggal, perkongsian, syarikat persendirian atau syarikat awam yang dimiliki oleh warganegara Malaysia di bawah Akta Perkongsian 1961 atau Akta Syarikat 1965
- Sudah beroperasi selama sekurang-kurangnya dua (2) tahun
- Rekod kewangan yang stabil
Untuk maklumat lanjut: Portal Rasmi BSN
4. BSN MyHome (Hartanah Komersial)
BSN MyHome (Hartanah Komersial) ialah pelan pembiayaan yang tepat untuk membantu anda dalam pembelian hartanah komersial.
Skim ini terbuka kepada:
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas (tertakluk pada had umur tidak lebih daripada 65 tahun pada akhir tempoh pinjaman)
Ciri-ciri pinjaman:
- Tempoh Pinjaman: Sehingga 20 tahun atau berumur 65 tahun semasa hartanah siap (mana-mana yang terdahulu).
- Margin Pembiayaan: Sehingga 80% + 5% (MRTT/MRTA) daripada harga belian.
- Permohonan boleh diajukan di Cawangan Utama BSN di seluruh negara.
- Saluran bayaran balik yang mudah melalui:
- Semua kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.
- Arahan Tetap / Akaun Simpanan.
- Giro Antara Bank (IBG).
- Perbankan Internet.
Untuk maklumat lanjut: Portal Rasmi BSN
5. Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) KPKT
Skim MyHome ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.
Skim ini merupakan salah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumahan pemaju-pemaju swasta.
Syarat Permohonan:
Syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT bagi kriteria pemilihan pembeli :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
- Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
*Permohonan pembeli yang telah disemak akan dibawa kepada Jawatankuasa Pemilihan Pembeli Skim MyHome.
Untuk maklumat lanjut: Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara
6. Program Perumahan Rakyat (PPR) KPKT
Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.
PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
*Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.
Untuk maklumat lanjut: Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara
7. Skim Perumahan Penjawat Awam (PPAM) KPKT
PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Program ini telah dilancarkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Penjawat Awam (kontrak atau tetap)
- Bagi penjawat awam yang telah pencen, memilih skim bersara dan memiliki kad pesara.
Cara untuk memiliki sebuah rumah dibawah skim ini amat mudah. Hanya dengan beberapa langkah:
- Daftar
- Lihat pelancaran
- Mohon
- Pilih projek
- Cawangan PPAM akan lakukan undian
- Terima penawaran
- Perjanjian jual beli
- Pembiayaan
- Penyerahan kunci
Untuk maklumat lanjut: Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara
8. Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.
Para pemohon pembiayaan mestilah mempunyai keupayaan untuk membayar balik pembiayaan perumahan meskipun mereka tiada bukti pendapatan bulanan.
Kriteria Kelayakan:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
- Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
- Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
- Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
- Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
- Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
- Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Untuk maklumat lanjut: Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara
Jadi semua ni adalah skim-skim kerajaan yang anda boleh terokai sebelum membeli rumah pertama anda. Sebelum membuat apa-apa pilihan, pastikan anda membaca terma dan syarat serta terma kelayakan.
Ingin mudahkan lagi kerja anda? Ejen-ejen IQI Global sedia untuk bantu anda mencari rumah impian anda!
Apa anda perlu lakukan adalah isi maklumat anda dibawah dan ejen kami akan hubungi anda!