Kaji selidik terbaharu Juwai IQI mengenai COVID-19 mendapati 57 peratus daripada rakyat Malaysia lebih banyak membeli belah dalam talian berbanding sebelum pandemik yang sekali gus membantu melonjakkan urus niaga dalam talian di negara ini.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Juwai IQI Group Kashif Ansari dalam satu kenyataan hari ini berkata, Lazada Malaysia mencatatkan kenaikan 300 peratus bilangan penjual baharu dalam talian.
“Bank Negara Malaysia (BNM) berkata jualan runcit dalam talian meningkat hampir berganda semasa pandemik dan data kami menunjukkan lebih ramai pengguna berbelanja dalam talian berbanding setahun lalu,” katanya.
Kashif berkata, pertambahan aktiviti membeli belah dalam talian itu selari dengan perkembangan pesat bahagian-bahagian ekonomi lain yang membawa kepada peningkatan pembayaran tanpa tunai, penggunaan aplikasi super dan penembusan internet mudah alih.
Baca selanjutnya: Harian Metro & Berita Harian
Sumber: Harian Metro & Berita Harian