Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pekerjaan Apakah Yang Sesuai untuk Anak Muda Di Malaysia 2025

Mencari pekerjaan yang bersesuaian dan menepati cita rasa diri boleh jadi sesuatu tugas yang sukar. Namun, terdapat beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mencari kerjaya yang sesuai dengan personaliti anda. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan peluang untuk anda berjaya dalam karier pilihan anda.

 
  1. Penilaian Minat dan Kemampuan
  2. Penyelidikan Pekerjaan
  3. Ujian Aptitud dan Personaliti Kerjaya
  4. Senarai Pekerjaan yang Sesuai untuk Anak Muda pada Tahun 2023
  5. Perbincangan antara Ibu Bapa
  6. Latihan Praktikal/Internship
  7. Mengenali Hidup Bekerjaya

Melanjutkan pelajaran tanpa anda ketahui potensi kerjaya setelah tamat pengajian boleh diibaratkan seperti meraba dalam kelam. Ada kala terpegang nasib baik, ada kala nasib buruk. Jadi, betul ke ada cara untuk kita tahu jikalau sesuatu kerjaya itu sesuai atau tidak dengan diri kita? Jom kita semak bersama!

Penilaian Minat dan Kemampuan

membuat keputusanMengenalpasti minat dan kemampuan adalah cara pertama untuk menemukan karier yang sesuai. Selidik bidang yang anda gemar dan kemampuan yang anda miliki.

Ini adalah ujian kendiri yang boleh anda lakukan seperti bertanya soalan berkenaan minat dan rancangan anda pada masa hadapan. Antara soalan yang boleh anda ajukan ialah seperti:

  1. Apakah kekuatan anda?

  2. Apakah perkara yang mendorong anda untuk belajar dengan lebih mendalam?

  3. Adakah anda lebih suka bekerja dengan manusia, komputer atau mesin?

  4. Kemahiran apa yang anda miliki?

Penyelidikan Pekerjaan

membuat penyelidikan pekerjaanMembuat penyelidikan pekerjaan juga amat penting dalam mencari kerjaya. Anda boleh menggunakan keputusan dari penilaian kendiri untuk membuat “penyelidikan” di internet bagi mencari pekerjaan yang bersesuaian.

Antaranya dengan mencari maklumat yang lebih terperinci di laman web jobs hunting seperti di jobstreet, indeed dan banyak lagi. Disitu anda boleh belajar dan mengetahui lebih banyak maklumat mengenai sesuatu kerjaya.

Ujian Aptitud dan Personaliti Kerjaya

ujian aptitud dan personaliti kerjayaUjian Aptitud dan personaliti kerjaya adalah ujian yang dapat membantu anda dalam mencari bidang yang sesuai dengan minat dan kemampuan anda. Selalunya, ujian ini dilakukan oleh golongan pelajar sekolah bertujuan untuk meramal kejayaan murid dalam program pembelajaran yang dirancang khusus untuk mereka.

Tetapi bukan sahaja untuk pelajar sekolah, ujian ini juga sesuai dilakukan oleh golongan lainnya. Jika anda masih keliru dengan industri dan kerjaya apa yang perlu anda pilih selepas mendapat ijazah, anda boleh mengambil ujian ini secara atas talian atau fizikal.

Ujian ini bukanlah penentuan kerjaya yang harus anda pilih, tetapi lebih kepada panduan untuk anda di luar sana yang masih keliru dalam pemilihan kerjaya.

Senarai Pekerjaan Yang Sesuai Untuk Anak Muda Pada Tahun 2023

senarai pekerjaan untuk anak muda di malaysiaTerdapat pelbagai kerjaya yang sesuai untuk anak muda pada masa kini, tergantung pada minat dan kemampuan anak muda itu sendiri. Berikut adalah beberapa contoh kerjaya yang popular, antaranya:

  • Teknologi Informasi (IT)
  • Pereka Grafik Dan Multimedia
  • Bisnes dan Pengurusan
  • Kreatif seperti Seni, Fotografi, atau Desain Interior
  • Jualan dan Pemasaran
  • Ejen Hartanah atau Insuran
  • Pekerjaan yang Berhubungan dengan Media Sosial
  • Pekerjaan yang Berhubungan dengan Teknologi
  • Pekerjaan yang Berhubungan dengan Komunikasi

Saranan saya, anak muda harus menilai minat dan kemampuan mereka, dan lakukan penyelidikan untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kriteria tersebut.

Perbincangan Antara Ibu Bapa

perbincangan kerjaya bersama keluargaPerbincangan bersama keluarga, mentor, atau perunding kerjaya juga dapat membantu dalam menemukan kerjaya yang sesuai, kerana nasihat dan pandangan dari orang yang lebih arif dan makan garam merupakan nasihat yang lebih utama yang mungkin dapat membantu anda dalam membuat keputusan.

Latihan Praktikal/Internship

perbincangan pekerjaanLatihan praktikal juga dapat membantu dari segi pengalaman kerja, kerana ia akan membantu anda dalam membuat keputusan yang lebih baik. Dengan cara ini, anda boleh membuat sesuatu kerja secara “hands-on”, dan bukan sekadar pengetahuan.

Latihan praktikal dapat membantu dalam mengetahui sama ada kerjaya itu sesuai ataupun tidak. Masa kini, banyak syarikat besar dan kecil menawarkan jawatan ini, dalam usaha mereka untuk meningkatkan sektor perindustrian yakni mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Malaysia.

Mengenali Hidup Berkerjaya

Pelajari tentang alam pekerjaan juga dapat membantu menemukan karier yang bersesuaian dengan anda. Banyak kesempatan lainnya untuk anda belajar dalam alam pekerjaan seperti melalui seminar, workshop, dan acara lainnya.

Peluang baru sentiasa muncul dalam dunia pekerjaan, jadi jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ingatlah, untuk menemukan kerjaya yang sesuai mungkin memerlukan masa dan usaha, tetapi dengan usaha itu, pasti anda akan menemukan kerjaya yang selayaknya suatu hari nanti.

Ingatlah, jangan sesekali pernah takut untuk mencuba, kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah merasakan keberhasilan.


Pernah terfikir kenapa sesetengah ejen hartanah dapat mencapai matlamat dan impian mereka? Ianya kerana mereka menyertai IQI Global! Sebuah syarikat yang mengubah impian anda menjadi kenyataan!

Jom sertai kami hari ini, dan menjadi salah satu dari mereka!

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯