Dengan pelbagai peluang dan platform untuk mulakan perniagaan sendiri, ramai sekarang yang dah berminat untuk menjadi usahawan. Ye la siapa kan tak nak jadi bos sendiri dan dapat jana pendapatan lebih berbanding pekerjaan harian.
Tapi untuk mula menapak diri dalam dunia bisnes ini bukan mudah. Dalam ramai yang mahu mula tu, terdapat segelintir yang kurang ilmu dan akhirnya putus asa atau tiada perkembangan.
Kami ingin beritahu anda semua jangan risau, dan ini merupakan satu cabaran dalam alam bisnes. Jadi, untuk membantu anda, kami sediakan 3 tips untuk mulakan bisnes! Jom kita hadam satu-satu dan semoga kita digelar usahawan berjaya!
1. Rajinkan membaca
Sebagai usahawan kita kena sentiasa pelajari dan mendalami ilmu tentang perniagaan. Membaca kan jambatan ilmu. Jadi, salah satu cara untuk menimba ilmu tu adalah dengan membaca.
Buku tu boleh pilih sama ada nak fizikal atau pun online, yang penting kita baca and hadam apa yang ingin disampaikan.
Antara buku bisnes yang anda boleh baca:
Bahasa Inggeris:
- What It Takes: Lessons in the Pursuit of Excellence (Stephen Schwarzman)
- Unapologetically Ambitious: Take Risks, Break Barriers, and Create Success on Your Own Terms (Shellye Archambeau)
Bahasa Malaysia:
- Memulakan Bisnes Sendiri (Ainon Mohd.)
- Buat Duit Dengan Facebook dan Instagram (Miliza Ghazali)
2. Cari mentor
Seorang mentor yang dah berpengalaman amat penting supaya kita tidak tersilap langkah dalam bisnes kita. Kita sebagai manusia memang kita perlukan sokongan dan peringatan. Seorang mentor akan pastikan kita komited dalam bisnes kita dan kita akan berusaha lebih untuk menjayakannya.
Selain itu, kita mesti ada cita-cita. Seorang mentor boleh menjadi penanda aras untuk kita capai dan bukan buat bisnes ala kadar sahaja.
Oleh itu, carilah seorang mentor yang sudah ketahui pahit manis berbisnes dan yang mampu untuk memupuk serta membantu kita untuk menaikkan bisnes kita dan kemampuan kita.
🕮 Baca selanjutnya:
Bagaimana nak cari seorang mentor? 💡
Ingin menjadi usahawan? Jom pelajari 5 mentaliti usahawan berjaya! 💡
3. Sertai bisnes lain dan belajar selok belok
Sebagai permulaan, seeloknya kita sertai memana bisnes tak kisahlah sebagai ejen, dropship, eksekutif atau stockist sekalipun. Yang penting adalah matlamat kita untuk belajar selok belok sesuatu bisnes dan menggunakan ilmu itu untuk mulakan tapak bisnes kita.
Tak perlu kita tunggu semuanya sempurna untuk adakan bisnes. Mula dari bawah dan berkembang dari situ. Mungkin permulaan kita berseorangan dan kemudiannya kita mula ambil pekerja dan menaikkan bisnes kita.
IQI Global merupakan sebuah syarikat terkemuka bertaraf antarabangsa untuk mereka yang ingin menjadi usahawan atau Pembantu Ejen Harta Tanah (REN). Selain itu, IQI Global juga menggunakan teknologi terkini yang dapat bantu permudahkan urusniaga hartanah.
Kalau berminat, klik sini, isi maklumat anda dan pihak kami akan hubungi anda!
Dalam segala kesusahan pasti ada manisnya. Kami di IQI Global ingin bantu anda untuk menjadi seorang usahawan.
Kami menyediakan pelbagai latihan dan kursus untuk anda sertai, dan ramai yang akan bantu anda untuk memulakan perjalanan sebagai usahawan.
Sertai kami sekarang dan terima panduan untuk menjadi seorang usahawan berjaya!