Apabila mengulas mengenai kriteria seorang ejen hartanah, kebanyakan dari kita beranggapan bahawa mereka adalah seorang yang suka bergaul, periang, peramah, dan spontan. Hal ini kerana kerjaya ini banyak melibatkan interaksi dengan orang ramai seperti membuat panggilan telefon, mengadakan pertemuan secara bersemuka, membuat temujanji dan pemasaran, membina hubungan baru dalam komuniti dan sebagainya. Ia kelihatan seperti pekerjaan yang sesuai untuk seseorang yang “ekstrovert” dan bukan untuk mereka yang “introvert”.
Jadi, adakah ianya benar? Atau hanyalah sekadar stereotaip dan pandangan kasar dari masyarakat? Dan bolehkah individu introvert menjadi ejen hartanah yang berjaya? Jom kita semak bersama!
1. Introvert vs Ekstrovert
Dalam masyarakat kini, introvert sering dianggap sebagai seorang yang “pemalu” dan “tak pandai bercakap”, manakala “ekstrovert” pula dikenali sebagai mereka yang “pandai bertutur dan bergaul”.
Namun begitu, Carl Jung yang merupakan pencipta awal konsep ini mempunyai pendapat yang sangat berbeza pada awalnya. Dalam penjelasan psikologi beliau, ekstrovert mengerahkan tenaga mereka ke arah dunia luar, manakala introvert pula lebih kepada mengerahkan tenaga mereka ke dunia dalaman. Ini juga bermakna bahawa introvert lebih baik dalam mencerminkan dan menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam komunikasi kumpulan kecil atau perbualan peribadi. Manakala ekstrovert pula, lebih pandai beraksi dalam kumpulan yang besar.
2. Apakah Kelebihan Ejen Hartanah yang Bersifat Introvert?
Pada zahirnya, personaliti yang suka bergaul mungkin kelihatan seperti kriteria yang paling sesuai yang perlu ada dalam diri mereka yang ingin menjadi ejen hartanah.
Anda boleh bertemu dengan berpuluh-puluh orang, tetapi jika anda tidak pandai membina hubungan yang mendalam dengan mana-mana daripada mereka, kenalan tersebut bagai menghitung bulu kambing. Seperti melakukan kerja yang sia-sia.
Namun demikian, apabila dikaji lebih mendalam tentang perkara ini, anda akan menemui bahawa kriteria yang paling penting yang perlu ada adalah mereka yang bijak dalam membina hubungan dan kepercayaaan. Terdapat beberapa kelebihan lain, antaranya adalah:
- Bijak dalam menumpukan perhatian untuk masa yang lama
Introvert lebih suka menyusun fikiran mereka secara mendalam sebelum menyatakan sesuatu, dan lebih bijak dalam mengatasi masalah atau tugasan yang memerlukan masa yang lama untuk memikirkan sesuatu masalah atau tugas. Ini amat menyumbang dalam membantu pelanggan menyusun jenis pelaburan yang terbaik. - Pendengar yang baik
Introvert lebih suka membuat susunan, dan mereka melakukannya dengan mendengar, memerhati dan menganalisis situasi. Ia merupakan salah satu kriteria yang positif dalam bidang ini. Hal ini kerana dengan mendengar secara teliti keperluan pelanggan, ia dapat memberikan tanggapan yang baik kepada mereka. Ini pastinya membuatkan mereka percaya untuk terus berurusan dengan anda dalam mencari projek pelaburan hartanah yang bersesuaian dengan kehendak yang mereka inginkan. - Pandai memerhati
Tambahan pula, introvert lebih pandai dalam memerhati tindakan dan bahasa badan orang. Ia membantu mereka untuk memahami pelanggan dengan lebih baik dan mewujudkan hubungan yang lebih kukuh. - Objektif dan tenang
Bahkan, kemahiran pemerhatian yang dinyatakan di atas memudahkan introvert untuk menyelami dan memahami sesuatu dari perspektif yang berbeza. Keupayaan ini membolehkan introvert membantu pelanggan mereka untuk melompat keluar dari “emosi” dan memahami kesesuaian dalam pelaburan. - Kawalan diri yang tinggi
Malahan seorang introvert mempunyai rasa “intuisi mereka sendiri”. Ini boleh dikaitkan dengan muhasabah diri mereka. Dalam industri yang memerlukan disiplin diri, seperti hartanah atau jualan, keupayaan ini membolehkan mereka menetapkan matlamat dan memajukan diri.
3. Kelebihan Ejen Hartanah yang Bersifat Ekstrovert?
Jika seseorang yang mempunyai sifat Introvert mempunyai banyak kelebihan dalam menjadi seorang ejen hartanah, adakah ini bermakna seorang ekstrovert tidak boleh menjadi seorang ejen hartanah yang berjaya?
Sudah tentu tidak!
Terdapat dua sisi pada syiling yang sama. Baik introvert mahupun ekstrovert kedua-duanya ada baiknya, tetapi mereka lebih arif dan teguh dalam aspek yang berbeza. Mari kita selami antara kelebihan seorang ekstrovert dalam menjadi ejen hartanah pula:
- Bertemu dengan orang baru
Seperti yang dinyatakan, ekstrovert mengisi semula tenaga mereka dengan berinteraksi dengan orang ramai. Dengan ini mereka mudah mendapat kenalan baru. Ejen hartanah yang mempunyai hubungan baik boleh menarik bakal pembeli dengan lebih mudah. - Mendapatkan idea baru melalui perbincangan
Mereka terdedah kepada idea baru apabila bercakap dengan kumpulan yang berbeza. Dalam industri hartanah, pasaran pelaburan sentiasa berubah dan pembeli mempunyai keperluan yang berbeza-beza, jadi seorang ejen yang bersifat ekstrovert dapat merapatkan jurang antara keduanya. - Sudi berkongsi
Di samping itu, ekstrovert lebih terbuka dalam meluahkan perasaan mereka daripada memendamkannya. Oleh itu, personaliti ini memudahkan pelanggan untuk membina kepercayaan. - Meninggalkan kesan mudah untuk didekati
Secara umumnya, ekstrovert meninggalkan kesan fasih di mana mereka amat petah berkata-kata. Dengan sedemikian, itu menjadikan mereka lebih mudah didekati dan lebih mudah bagi mereka untuk membina rasa “mesra” apabila bertemu dengan pelanggan.
4. Bagaimana untuk Menjadi Ejen Hartanah yang Berjaya?
Memandangkan kedua-dua ciri introvert dan ekstrovert boleh menjadi seorang ejen hartanah yang berjaya, persoalan yang sebenar ialah: Apakah pula yang perlu saya lakukan untuk berjaya?
Jawapannya adalah dengan memilih platform yang betul iaitu bersama kami di IQI.
IQI mempunyai lebih dari 30,000 ejen hartanah di seluruh dunia. Melalui mod kerjasamanya yang khusus untuk ejen, ianya membantu mereka untuk berkembang bersama!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Tinggalkan butiran anda di bawah! Kami akan menghubungi dan membantu anda secepat mungkin.