Ketika anda merancang untuk membeli rumah, terdapat beberapa kos yang perlu anda faham dan ketahui di antaranya kos-kos yang terlibat adalah duti setem.
Tetapi apakah itu duti setem? Untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi, ikuti perkongsian di bawah!
Konten:
1. Apa Itu Duti Setem?
Kredit gambar: https://asklegal.my/
Duti setem merupakan cukai yang dikenakan ke atas surat cara dan bukan urus niaga atau pun bukan transaksi contohnya seperti jual beli, pertukaran hak milik, perjanjian pinjaman atau pinjaman perumahan.
Maksud mudah, jika segala urusan anda tersebut mempunyai atau memerlukan dokumen bertulis seperti dokumen undang-undang, komersial atau urusan kewangan, maka anda perlu membayar caj untuk duti setem.
Untuk makluman anda juga, segala Taksiran dan Pungutan Duti Setem telah diperuntukkan di mana ia terkandung di bawah undang-undang statut dikenali dengan nama Akta Setem 1949.
Semua jenis surat cara dan ini boleh disemak melalui Jadual Pertama Akta Setem 1949 manakala individu yang perlu membayarnya juga turut tersenarai di bawah Jadual 3 Akta Setem 1949.
Kadar cukai yang dikenakan juga adalah tertakluk kepada Jadual Pertama Akta Setem 1949 berdasarkan nilai wang balasan atau nilai pasaran hartanah iaitu yang manakah yang lebih besar.
2. Jenis-jenis Duti Setem
Kredit gambar: https://hartanahjualmurah.blogspot.com/
– Duti Ad Valorem
Duti Ad Valorem merupakan kadar duti berlainan atau berbeza mengikut jenis-jenis instrumen serta pertimbangan yang telah ditetapkan melalui instrumen atau pun nilai pasaran hartanah.
Duti jenis ini mempunyai kadar yang berubah-ubah di mana ia bergantung kepada nilai transaksi oleh dokumen anda.
Duti Ad Valorem iaitu mengikut nilai instrumen boleh dikenakan ke atas beberapa dokumen seperti surat cara pindah hak milik hartanah, perjanjian pinjaman, perjanjian sewa dan lain-lain lagi.
– Duti Tetap
Kadar duti yang dikenakan tanpa ada sebarang kaitan dengan balasan yang dibayar atau pun jumlah yang telah dimaklumkan melalui surat cara. Maksudnya di sini, kadar harga yang dikenakan adalah tetap termasuklah setem untuk individu atau salinan.
Antara contoh dokumen yang menggunakan kaedah duti tetap adalah seperti surat kuasa wakil, nota janji hutang, polisi insurans dan lain-lain lagi.
3. Apakah Fungsi Cukai Ini?
Ia merupakan cukai yang sangat penting apabila anda terlibat secara langsung dalam urusan hartanah. Ketika anda melakukan pembelian rumah, duti setem akan dikenakan ke atas surat cara pindah milik iaitu dokumen berkaitan Perjanjian Jual Beli Rumah (SPA) serta Memorandum
Pemindahan (MOT). Kedua-dua dokumen ini akan diambil ikira berdasarkan harga yang anda perlukan untuk pembelian rumah tersebut. Anda juga perlu tahu bahawa untuk proses penjualan atau pun pindah milik, ia perlulah diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perlaksanaan transaksi hartanah dibuat.
4. Kadarnya Untuk Perumahan Di Malaysia
Cara Pengiraan Duti Setem Untuk Instrumen Pertukaran Hak Milik Dan Perjanjian Pinjaman
Terdapat beberapa peringkat dalam pengiraan duti setem dan setiap peringkat mempunyai peratusan nilai masing-masing. Peratusan duti setem bermula pada tahun 2019 adalah seperti berikut:
- 1% dari RM100,000 nilai harga hartanah
- 2% dari RM100,001 hingga RM500,000 nilai harga hartanah
- 3% dari RM500,001 hingga RM1,000,000 nilai harga hartanah
- 4% dari RM1,000,000 ke atas
Sebagai contoh cara pengiraan kadar bayaran duti setem jika anda membeli rumah yang berharga RM250,000. Berdasarkan peratusan di atas, maka kadar bayaran anda adalah seperti berikut:
Nilai rumah – RM250,000
- 1% dikenakan untuk RM100,000 yang pertama = RM1,000
- 2% dikenakan untuk RM150,000 yang seterusnya = RM3,000
Jumlah yang perlu dibayar adalah RM4,000
Kadar Duti Setem Untuk Perjanjian Pinjaman
Disebabkan perjanjian pinjaman merupakan dokumen undang-undang yang sangat penting, oleh itu anda perlu keluarkan bayaran untuk caj.
Kadar caj duti setem untuk perjanjian pinjaman perumahan yang akan dikenakan ke atas seluruh pinjaman yang telah anda buat pula adalah pada kadar tetap iaitu 0.5%.
Untuk memahaminya dengan lebih mudah, rujuk contoh seperti di atas. Sekiranya pinjaman yang anda buat untuk membeli rumah adalah RM250,000, maka pengiraan untuk caj duti setem bagi perjanjian pinjaman adalah seperti berikut:
0.5% x RM250,000 = RM1,250
Oleh itu, cara pengiraan jumlah caj cukai merangkumi instrumen pertukaran hak milik dan perjanjian pinjaman untuk pinjaman sebanyak RM250,000 adalah seperti berikut:
(RM100,000 pertama x 1%) + (RM150,000 seterusnya x 2%) + 0.5% daripada jumlah pinjaman (RM250,000) = (RM1,000 + RM3,000) + 0.5% x (RM1,250)
= RM4,000 + RM1,250
= RM5,250
5. Risiko Tidak Membayar Duti Setem
Kredit gambar: https://www.hmetro.com.my/
Terdapat beberapa risiko jika anda tidak membayar cukai duti setem iaitu:
- Anda akan dikenakan denda atau penalti di bawah Akta Duti Setem 1949.
- Pejabat Tanah tidak akan memproses borang 14 Memorandum of Transfer yang merupakan dokumen untuk pindah milik geran tanah di mana nama anda akan didaftarkan sebagai pembeli sekiranya tidak ada bukti pembayaran duti setem dilampirkan.
Penalti Duti Setem
Untuk elakkan daripada penalti duti setem, anda hendaklah mensetemkan surat cara dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan dalam Malaysia. Manakala tempoh 30 hari pula jika ia disempurnakan di luar Malaysia.
Seandainya dalam tempoh tersebut, anda tidak mensetemkan dalam tempoh yang telah ditetapkan, penalti akan dikenakan mengikut tempoh kelewatan seperti di bawah:
- 5% atau RM25.00 daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya iadisetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman
- 10% atau RM50.00 daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya iadisetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman; atau
- 20% atau RM100.00 daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya iadisetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman.
6. Bagaimanakah Cara Pembayaran?
Mengikut Jadual Ketiga Akta Setem 1949 telah menetapkan pihak yang perlu bayar duti untuk sesuatu surat cara dan kuasa mengenai tanggungan bayaran cukai ini telah pun diperuntukkan di bawah Seksyen 33, Akta Setem 1949. Anda boleh membuat bayaran di mana-mana Pejabat Setem Cawangan Hasil dan Pusat Khidmat Hasil.
Pembayaran duti setem boleh dibuat di mana-mana Pejabat Setem Cawangan LHDN dan Pusat Khidmat Hasil dengan cara berikut :
- wang tunai
- Setem Hasil (jika duti atas sesuatu dokumen tidak melebihi RM500)
- Kiriman Wang, Wang Pos, Cek Akaun Anak Guam atau Draf Bank di atas nama Pemungut Duti Setem dan hendaklah disertakan bersama-sama dengan surat cara yang berkenaan kepada pejabat setem secara serahan tangan.
- Pembayaran juga boleh dibuat di Pejabat Setem Daerah menggunakan setem hasil sahaja bagi duti setem yang dikenakan tidak melebihi RM500.00.
- Anda juga boleh membuat pembayaran secara atas talian menggunakan STAMPS iaitu singkatan nama daripada “Stamp Assessment And Payment System” menerusi kaedah FPX (bagi pemilik akaun CIMB Berhad, Bank Islam Berhad, Maybank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Berhad) atau kaedah pembayaran bil (Bill Payment) melalui CIMB BizChannel.
Antara kaedah-kaedah yang anda boleh gunakan untuk membuat pembayaran di atas adalah seperti berikut:
- Duti kompaun
- Sijil Setem
- Setem tertera
- Setem hasil
- Resit rasmi
7. Pengecualian Duti Setem
Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Pemilikan Rumah Keluarga Malaysia iaitu i-MILIKI di mana ia merupakan insentif dan bantuan bagi pelepasan duti setem malaysia yang melibatkan surat cara pindah milik dan juga turut melibatkan perjanjian pinjaman perumahan bagi urusan pembelian rumah pertama iaitu diskaun akan diberikan mengikut harga rumah.
Melalui inisiatif ini, I-MILIKI memberikan pengecualian 100% duti setem untuk setiap rumah yang berharga sehingga RM500,000 bermula dari 1 Jun 2022 sehinggalah Disember 2023. Manakala untuk pembelian rumah yang berharga di antara RM500,001 hingga RM1 juta pula, pengecualian duti setem yang diberikan adalah sebanyak 50%.
Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan insentif pengecualian CUKAI duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman di mana ia akan diteruskan bagi pembelian rumah pertama dengan nilai harganya mencecah RM500 ribu sehingga 31 Disember 2025 melalui kempen Program Pemilikan Kediaman atau i-MILIKI.
Bagi anda yang baharu pertama kali mengetahui mengenai program inii, Inisiatif Pemilikan Rumah Malaysia (i-MILIKI) merupakan program pemilikan rumah baharu yang telah dilancarkan oleh kerajaan yang tujuannya adalah untuk menyediakan perumahan mampu milik dan berkualiti untuk golongan muda serta golongan berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh Malaysia.
Melalui Inisiatif Pemilikan Rumah Malaysia (i-MILIKI), buat anda yang baharu pertama kali membeli rumah, anda akan dapat menikmati dua potongan cukai iaitu Pengecualian Duti Setem untuk Kontrak Pinjaman dan Pengecualian Duti Setem ke atas Surat Ikatan Serah Hak dengan membeli projek hartanah baharu ataupun rumah melalui pemaju-pemaju yang telah mengambil bahagian dalam program ini,anda berlayakan untuk menikmati diskaun i-MILIKI yang diperkenalkan ini.
Program ini juga sangat terhad kepada hartanah kediaman (residential-titled) sahaja, Hartanah komersial atau commercial-titled dan komersial di bawah hartanah HDA seperti SOHO, pangsapuri servis adalah tidak dilindungi.
Berikut merupakan contoh pengiraan pengecualian duti setem iaitu:
Harga rumah dengan nilai pinjaman RM300,000
- Legal fees SPA : RM3,000
- Stamp duty SPA : RM5,000 (percuma)
- Loan agreement fees : RM,3000
- Stamp duty loan : RM1,500 (percuma)
Harga rumah dengan nilai pinjaman RM600,000
- Legal fees spa : RM 5,800
- Stamp duty spa : RM 12,000 (diskaun sehingga 50%)
- Loan agreement fees : RM 5,800
- Stamp duty loan : RM 3,000 (diskaun sehingga 50%)
Namun, pengiraan di atas masih lagi belum termasuk disbursement, SST, dan lain-lain.
Kesimpulan
Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, anda perlu tahu semua kos yang terlibat dalam proses pembelian tersebut dan antara kos-kos yang terbabit antaranya adalah cukai duti setem atau stamp duty. Anda juga perlu tahu bahawa hartanah merupakan satu pelaburan yang sangat besar dan kos duti setem merupakan kos yang paling tinggi di antara semua kos yang lain.
Duti setem adalah sangat penting kerana setiap dokumen atau surat cara pembelian rumah hendaklah disetemkan dengan sempurna untuk dijadikan sebagai dokumen yang mempunyai bukti sah di mahkamah.
Semoga bermanfaat!
Tidak pasti bagaimana untuk process duti setem anda? Datang dan rujuk dengan ejen hartanah IQI. Mereka akan memberikan anda nasihat pembelian profesional dan komprehensif untuk memudahkan anda memiliki rumah idaman anda!