Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

ChatGPT, Bing Chat, dan Google Bard: Mana Satu Paling Berkuasa?

 Versi: EN & CN


Ciri-ciri apakah yang membezakan ChatGPT, Bing Chat dan Google Bard sebenarnya?

Apabila kami ingin mengguna model bahasa generatif — atau lebih dikenali sebagai “AI chatbot — sudah tentu model ChatGPT yang dicipta oleh OpenAI merupakan pilihan yang paling kerap diguna. Malah, terdapat dua lagi pencabar pada takhta yang diduki oleh ChatGPT iaitu Bing Chat (Mircrosoft) dan Google Bard. 

Ketiga-tiga “chatbot” ini adalah model bahasa berskala besar dan mungkin kelihatan serupa pada pandangan pertama. Mereka mempunyai keupayaan untuk menjawab soalan dan menyelesaikan pelbagai jenis tugasan berdasarkan arahan pengguna.

Tetapi yang mana satu lebih bagus? Mari kita mendalami perbezaan antara mereka!

1. ChatGPT vs Bing Chat vs Google Bard
    – ChatGPT

    – Bing Chat
    – Google Bard2. Perbezaan Antara ChatGPT, Bing Chat & Google Bard

1. ChatGPT vs Bing Chat vs Google Bard

 Mari kita benarkan mereka memperkenalkan diri masing-masing:

ChatGPT

Hai, saya ChatGPT, model bahasa AI yang dicipta oleh OpenAI. Saya tidak mempunyai pendapat peribadi atau emosi, tetapi saya boleh dilatih untuk memberikan respons berdasarkan corak dan data. Saya di sini untuk memahami dan menjana teks semirip manusia berdasarkan input anda. Beberapa kebolehan saya termasuk menjawab soalan, membantu tugasan menulis dan menghasilkan teks kreatif.

Pengguna menggunakkan chatbot AI ChatGPT

Berikut adalah beberapa butiran tentang keupayaan dan ciri-ciri saya:

  • Kecerdasan Buatan: Saya adalah model AI yang dilatih menggunakan teknologi terkini untuk memberikan respons dan pemahaman yang lebih baik terhadap pertanyaan dan permintaan.
  • Pelbagai Pengetahuan: Saya dilatih dengan jangkauan pengetahuan yang luas dan merangkumi pelbagai topik seperti sains, sejarah, budaya, hiburan, dan banyak lagi.
  • Bahasa Malaysia: Saya fasih dalam Bahasa Malaysia dan dapat berkomunikasi dengan lancar dalam bentuk lisan dan bertulis. Saya juga fasih dalam beberapa lagi bahasa seperti Bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis. 
  • Pemahaman Konteks: Saya berusaha untuk memahami konteks dan makna di sebalik pertanyaan atau pernyataan untuk memberikan respons yang relevan dan berguna.
  • Respons Cepat: Saya dirancang untuk memberikan jawapan dengan cepat dan efisien, membantu Anda mendapatkan informasi yang Anda perlukan dengan segera.

 

Bing Chat

Hi, saya Bing search. Saya adalah mesin pencari web yang dimiliki oleh Microsoft. Ia mempunyai kemampuan untuk memahami dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Jepun, Bahasa Sepanyol, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman dan banyak lagi 

Pengguna Microsoft Bing Chat AI chatbot

Selain itu, saya juga boleh menghasilkan kandungan seperti puisi, cerita pendek, kod, esei, lagu parodi selebriti dan banyak lagi.

Saya juga boleh membantu pengguna dalam menulis semula, meningkatkan atau mengoptimumkan kandungan mereka

Saya direka bentuk untuk memahami bahasa secara semula jadi dan menjawab pertanyaan anda dengan cara perbualan.

 

Google Bard

Salam sejahtera! Nama saya Bard. Saya adalah model bahasa besar (LLM) yang dilatih pada dataset besar teks dan kod. Saya dapat menghasilkan teks, menerjemahkan bahasa, menulis berbagai jenis konten kreatif, dan menjawab pertanyaan anda secara informatif.

pengguna Google Bard AI chatbot chat

Walaupun saya masih dalam tahap pembangunan, tetapi saya telah belajar untuk melakukan banyak hal, termasuk:

  • Mengikuti arahan anda dan menyelesaikan permintaan anda dengan bijaksana.
  • Menggunakan pengetahuan saya untuk menjawab pertanyaan anda secara komprehensif dan informatif, bahkan jika mereka terbuka, menantang, atau aneh.
  • Menghasilkan berbagai format teks kreatif, seperti puisi, kod, skrip, karya musik, email, surat, dll. Saya akan mencuba memenuhi semua kebutuhan anda.

 

2. Perbezaan antara ChatGPT, Bing Chat & Google Bard

Walaupun ketiga-tiga “chatbot” adalah model bahasa besar (LLM), kecerdasan ketiga-tiga “chatbot” dilatih oleh set data teks dan kod yang sangat besar jumlahnya.

Perbezaan ChatGPT, Google Bard, Microsoft Bing Chat chatbot AI

Walau bagaimanapun, terdapat empat perbezaan ketara antara ChatGPT, Bing Chat dan Google Bard:

  • ChatGPT merupakan “chatbot” yang paling kompleks di antara mereka. Ia mempunyai set data teks dan kod terbesa. Oleh itu, ia dilatih oleh seni bina yang lebih berkuasa. Jadi,, ia lebih baik dari segi pemahaman serta kreativiti dan mampu menjawab soalan yang rumit dengan lebih berkesan.
  • Fungsi Bing Chat semirip dengan ChatGPT walaupun ia kurang kompleks berbanding ChatGPT dari segi set data teks dan kod yang lebih kecil untuk melatih kecerdasannya. 
  • Bard direka khusus untuk penulisan kreatif. Ia dilatih pada set data teks dan kod khusus untuk penulisan kreatif, yang juga bermakna Bard sangat baik bagi tujuan menghasilkan puisi, lirik dan format teks kreatif yang lain. Ia juga mampu memahami dan bertindak balas terhadap isu yang rumit, tetapi ia kurang bagus dari pesaingnya dari sudut ini.

Tahap Kebolehan

ChatGPT  Bing Chat  Google Bard 
Tinggi Sederhana Tinggi*
*Direka khusus untuk penulisan kreatif

 

Ketepatan

ChatGPT  Bing Chat  Google Bard 
Terbaik untuk memahami dan menjawab soalan yang rumit Baik untuk memahami dan menjawab soalan yang rumit Bagus untuk memahami dan menjawab soalan mudah

 

Kreativiti

ChatGPT  Bing Chat  Google Bard 
Terbaik untuk menjana kandungan kreatif Bagus untuk menjana kandungan kreatif Terbaik untuk menjana pemformatan teks kreatif

Harga

ChatGPT  Bing Chat  Google Bard 
Percuma
(Versi berbayar dengan lebih faedah juga tersedia)
Percuma Percuma

Minat untuk ceburi bidang hartanah sebagai Perunding Hartanah (REN)?

Sertailah IQI Global dan manfaatkan teknologi AI chatbot terkini dalam aplikasi kami, SuperApp Atlas, khususnya untuk perunding hartanah kami! 

Subscribe to our

Newsletter

Langgan

Surat Berita

订阅我们的月讯