Rasanya ramai di antara kita yang ingin mula menapak dalam dunia perniagaan dan keusahawanan. Tapi sebelum kita mula, ada satu benda penting yang patut kita bincangkan – mentor anda.
Apa maksud seorang mentor?
Seorang mentor merupakan seorang yang akan bimbing dan berkongsi pengalaman dan ilmu beliau dengan harapan kita berjaya dan mampu membina diri kita sendiri.
Penting ke seorang mentor ni? YE, PENTING TERAMAT!
Untuk kita pelajari dan tidak ulangi kesilapan beliau. Selain itu, seorang mentor mampu push kita lebih dari daya kemampuan kita dan agar kita tak buat perniagaan takat suam suam kuku je.
Jadi, apa yang kita perlu cari dalam seorang mentor? Dan mentor bagaimana yang sesuai untuk kita? Jom kita huraikan!
1. Fikirkan apa yang anda perlukan
Sebelum mencari seorang mentor, anda perlu tahu dahulu apa yang anda perlukan. Ilmu apa yang anda cari? Kita tidak boleh minta seorang mentor untuk ajar kita A-Z, seeloknya kita ada ilmu sendiri dan seorang mentor akan menjadi tambahan dari apa yang kita sudah tahu.
Contohnya jika anda ingin belajar cara menjual, seeloknya anda patut tahu pasaran sasaran anda terlebih dahulu. Dengan itu, lebih mudah untuk seorang mentor ajar anda bagaimana untuk laksanakan pendekatan perniagaan anda.
2. Pengalaman
Seorang yang bersesuaian untuk anda haruslah seseorang yang sudah berpengalaman dan sudah melalui pahit manis perniagaan mereka. Ini kerana kalau anda mencari seorang yang berpengalaman sama seperti anda; baru nak menapak, jadi bagaimana proses pembelajaran tu?
Pengalaman tidak semestinya 10 tahun ke atas, ramai juga yang 2-3 tahun tetapi kerana banyak menimba ilmu dari mentor-mentor mereka tersendiri, mungkin sudah berjaya membawa jenama mereka sendiri.
Jadi, carilah seorang mentor yang sudah berpengalaman dan yang boleh berkongsi dengan anda.
Baca Selanjutnya;
Menjadi Usahawan Berjaya Tahun 2021 Dengan 3 Tips!
Ingin Menjadi Usahawan? Jom Pelajari 5 Mentaliti Usahawan Berjaya!
3. Komunikasi
Ramai berjaya dalam bidang pilihan mereka, tetapi tak ramai yang boleh sampaikan bagaimana dan cara yang berkesan untuk mereka.
Anda perlu mencari seorang mentor yang boleh berkomunikasi dengan cara yang mudah dan difahami. Anda boleh melakukan ini dengan memerhatikan bagaimana dia berinteraksi dengan orang lain.
Adakah mereka menyampaikan perasaan atau idea mereka dengan senang dan bijaksana? Adakah mereka berkomunikasi dengan orang lain dengan rela hati?
Ini adalah sifat penting yang harus dicari bukan sahaja kerana mentor anda dapat berkomunikasi dengan anda dengan berkesan, tetapi juga kerana interaksi akan membantu anda menjadi komunikator yang lebih baik.
4. Kerelaan
Yang ini merupakan point yang penting kerana kalau mentor tidak rela untuk membantu kita, dan adakah beliau mempunyai masa untuk bantu kita?
Risau juga kalau seseorang itu tidak mempunyai masa untuk menjawab soalan-soalan kita atau pun sentiasa sibuk dengan hal lain sehinggakan kita punya terpinga-pinga.
Jadi anda perlu cari mentor yang mempunyai masa untuk luang dan bantu anda capai cita-cita anda.
Seorang mentor amat diperlukan kalau anda berminat untuk memulakan perniagaan mahupun karier. Jadi, tidak perlu malu untuk bertanya kerana kalau malu nanti sesat jalan, Waze pun tak boleh bantu.
Dengan menggunakan tips yang disediakan, mudah untuk anda cari seorang mentor yang bersesuaian dengan anda. Selamat maju jaya!
Jangan tunggu lama, kami di IQI Global punyai ramai mentor yang boleh bantu anda dalam dunia hartanah! Jom sertai kami!