Apa yang menghalang anda dari membeli hartanah? Adakah disebabkan oleh masalah kewangan atau kesukaran dalam menentukan dan mempercayai sama ada ejen atau perunding hartanah adalah ejen hartanah berdaftar atau sebaliknya.
Tambahan pula, jika anda tiada sebarang pengetahuan berkaitan hal hartanah, kami pasti tahap kerisauan anda jika ditipu itu adalah berlipat kali ganda. Tidak dinafikan, bagi seseorang yang kurang pengalaman dan tidak pernah melibatkan diri dalam dunia hartanah, industri hartanah bukanlah sesuatu perkara yang boleh dipercayai seratus peratus.
Oleh itu, amat penting untuk kita semua ketahui sama ada individu yang kita sedang berurusan untuk jual beli hartanah itu merupakan ejen hartanah yang berdaftar atau tidak.
Maka, bagi membantu anda untuk membuat penilaian, dalam perkongsian di bawah ini kami akan senaraikan beberapa perkara penting untuk anda kenalpasti sama ada mereka adalah ejen hartanah yang berdaftar atau scammer hartanah!
Konten
Kenal Pasti Status Ejen Hartanah Anda
Sebelum anda ingin melihat sebarang lesen atau no daftar ejen hartanah anda, anda perlu mengenal pasti apakah status atau jawatan ejen hartanah anda. Terdapat dua jenis status atau jawatan dalam bidang hartanah iaitu Perunding Hartanah/ Real Estate Negortiator (REN) atau Ejen Hartanah/ Real Estate Agent (REA).
Untuk REA mereka akan mendapat status lain sebelum menjadi ejen hartanah iaitu Probationary Estate Agent (PEA), ini adalah status dimana mereka masih dalam tempoh pengawasan dari Malaysian Institute of Estate Agents (MIEA).
Real Estate Negotiator (REN)
Seorang Real Estate Negotiator atau perunding hartanah (REN) merupakan seorang profesional dalam bidang hartanah yang bertindak sebagai perantara atau perunding di antara pembeli dan penjual dalam urusan jual beli hartanah.
Tugas utama seorang REN adalah membantu kedua belah pihak mencapai persetujuan yang saling menguntungkan dan memudahkan proses jual beli hartanah. Seorang REN bertanggungjawab untuk menguruskan urusan hartanah seperti rumah, kedai, pejabat, dan tanah.
Mereka akan mencari peluang hartanah yang sesuai dengan keperluan pembeli dan mencari pembeli yang sesuai dengan hartanah yang hendak dijual. REN akan mengadakan pertemuan antara pembeli dan penjual, menyediakan maklumat mengenai hartanah, dan membantu dalam proses perundingan harga.
Selain itu, REN juga akan membantu dalam urusan pemasaran hartanah. Mereka akan mengiklankan hartanah yang dijual dan juga membuat ‘property tour‘ melalui pelbagai saluran seperti laman web, media sosial, dan agen hartanah.
Untuk menjadi seorang REN, individu perlu mendapatkan lesen yang sah dari Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta Malaysia (LPPEH). Mereka perlu mengikuti kursus latihan, mendapatkan pengalaman dalam bidang hartanah, dan lulus ujian yang telah ditetapkan.
Real Estate Agent (REA)
Seorang ejen hartanah, juga dikenali sebagai REA, ialah seorang profesional yang terlibat dalam urus niaga jual beli, sewa, atau pemajuan hartanah. Peranan mereka adalah untuk membantu individu atau syarikat yang mencari, membeli, atau menjual hartanah.
Ejen hartanah berperanan sebagai perantara antara penjual dan pembeli hartanah. Mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai pasaran hartanah, harga semasa, serta lokasi dan kelebihan hartanah yang sedang dipromosikan.
Secara mudah, ejen hartanah atau REA mereka perperanan sama seperti REN tetapi mereka boleh begerak secara solo dan mereka layak membuka agensi hartanah mereka sendiri.
Perbezaan Ejen Hartanah Berdaftar REA dan REN
Real Estate Agent dan Real Estate Negotiator merupakan dua peranan yang berbeza dalam industri hartanah. Walaupun kedua-duanya beroperasi dalam sektor hartanah, terdapat perbezaan utama antara mereka. Mari kita lihat apa yang membezakan Real Estate Agent dan Real Estate Negotiator.
Aspek | Real Estate Agent (REA) | Real Estate Negotiator (REN) |
---|---|---|
Definisi | Individu mempunyai yang mempunyai pengalaman berkerja sebagai ejen hartanah selama 2 tahun dan juga lesen untuk membuka pasukan mereka sendiri dan juga mengambil ahli dibawahnya. | Individu yang bekerja dibawah sesebuah agensi hartanah dan perlu menghadiri kursus pensijilan perunding (NCC) |
Peranan Utama | Bertindak sebagai perantara antara pemilik hartanah dan pelanggan. | Bertindak sebagai jurucakap untuk pembeli dan penjual dalam rundingan harga. |
Tanggungjawab | – Mencari dan menghubungkan penjual dengan pembeli. – Menyediakan maklumat berkaitan hartanah. – Membantu pemilik hartanah dalam pemasaran. – Menjawab pertanyaan pembeli. | – Mencapai persetujuan harga yang menguntungkan. – Berurusan dengan dokumen dan kontrak hartanah. – Memastikan syarat dan peraturan dipatuhi. |
Kemahiran | – Pengetahuan pasaran hartanah. – Kemahiran menjual dan berkomunikasi. – Pengurusan paparan hartanah. | – Kemahiran berunding. – Pemahaman pasaran hartanah dan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai hartanah. |
Wakil | Mewakili agensi hartanah atau syarikat hartanah berlesen. | Bekerja di bawah agensi hartanah atau ejen hartanah yang berlesen. |
Secara kesimpulannya, Real Estate Agent adalah individu yang berperanan sebagai perantara dalam urus niaga hartanah, manakala Real Estate Negotiator adalah individu yang terlibat dalam rundingan harga hartanah. Kedua-dua peranan ini penting dalam industri hartanah dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan dalam urus niaga hartanah.
Cara Mudah Kenalpasti Ejen Hartanah Berdaftar atau Ejen Palsu
1. Kenalpasti Tag Pengenalan Sama Ada Merah atau biru
Image source: MyRealAgents
Ketika berurusan, ejen anda sepatutnya memakai tag pengenalan LPPEH mereka dan bukan tag syarikat. Tag ini hanya dikeluarkan oleh LPPEH sahaja, setelah mereka layak bergelar REN atau REA. Tag ini juga mudah dikenalpasti!
Warna merah menunjukkan bahawa pengguna adalah seorang REN, manakala tag biru menandakan bahawa pengguna adalah seorang REA. Jika agen tersebut tidak mempamerkan tag mereka dengan alasan tag masih dalam proses pembuatan atau terlupa di pejabat, anda boleh meminta nombor ID mereka. Atau anda boleh menolak untuk berurusan dengan mereka sehingga anda dapat melihat bukti ID tersebut sendiri.
2. Perlu Ada Hologram LPPEH
Pada tag rasmi REN atau REA, anda sepatutnya dapat melihat imej hologram logo LPPEH. Hologram keselamatan sering digunakan untuk mengelakkan pemalsuan. Jadi jika ejen anda datang dengan tag merah atau biru tanpa logo holografik, jangan tunggu lagi! Elakkan diri!
3. Imbas Kod QR untuk Kepastian
Cara terbaik untuk mengenali sama ada ejen atau perunding anda bertauliah adalah dengan mengimbas kod QR yang disediakan di tag pengenalan mereka. Kod QR ini akan membuka pautan terus ke profil REN/REA mereka, lengkap dengan semua maklumat yang diperlukan, termasuk gambar mereka!
4. Boleh Kenalpasti Nombor pendaftaran REN/REA Melalui Online
Ejen REN yang sah yang telah mendapat pengiktirafan akan diberikan nombor pendaftaran yang unik. Anda boleh meminta nombor tersebut daripada ejen atau perunding anda dan melakukan carian dengan cara mudah dan pantas iaitu melalui online.
5. Buat Pengesahan Nama Syarikat Secara Online
Anda hanya perlu menghubungi syarikat hartanah berdaftar untuk mendapatkan maklumat mengenai REN yang anda berurusan dengan mereka. Anda juga boleh mencari nombor REN mereka atau mengesahkan kewujudan syarikat dengan mencari nama syarikat tersebut melalui laman web ini https://search.lppeh.gov.my/.
Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh menghubungi syarikat tersebut untuk mengesahkan REN yang memberikan perkhidmatan di bawah pengurusan mereka.
6. Komisen Ejen Paling Tinggi 3% Sahaja
Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) menyatakan bahawa komisen maksimum yang boleh dikenakan untuk pembelian dan/atau penjualan hartanah di Malaysia adalah 3% daripada harga jualan hartanah tersebut. Oleh itu, pastikan anda tidak terperdaya oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang berpura-pura menjadi REN / REA yang meminta anda untuk membayar lebih daripada yang sepatutnya.
7. Kenalpasti 4 Aspek Penting Dalam Iklan Hartanah
Iklan hartanah yang dipaparkan di dalam surat khabar, portal hartanah, dan papan tanda seringkali mengandungi ejen haram dan iklan palsu.
Persatuan Hartanah Ejen dan Agensi Malaysia (MIEA) menegaskan bahawa iklan-iklan tersebut perlu menyediakan maklumat berikut:
- Nombor pendaftaran firma hartanah yang sah dan dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH).
- Nama REA (Real Estate Agent) atau REN (Real Estate Negotiator) yang berkaitan dengan iklan tersebut.
- Nombor pendaftaran REA/REN yang berkaitan dengan ejen hartanah tersebut.
- Maklumat untuk dihubungi oleh individu yang berminat.
Jika anda menjumpai sesuatu yang mencurigakan, tindakan yang perlu diambil adalah dengan melaporkannya. Ambil gambar iklan tersebut dan hantarkan kepada LPPEH bersama-sama dengan maklumat terperinci seperti nama jalan, tarikh, dan masa di mana gambar tersebut diambil.
Pastikan untuk menyertakan sekali nama anda dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Laporan tersebut akan disahkan oleh LPPEH sebelum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan dengan menurunkan dan menyekat nombor telefon yang tertera dalam iklan tersebut.
Tindakan ini bertujuan untuk menghalang penyebaran iklan palsu serta melindungi masyarakat daripada ejen hartanah yang tidak sah.
Dalam era globalisasi kini, pembelian dan penjualan hartanah menjadi salah satu pelaburan yang paling popular di Malaysia. Namun, walaupun terdapat banyak ejen hartanah yang jujur dan bertanggungjawab, masih ada beberapa agen hartanah haram yang beroperasi dengan tujuan menipu orang-orang yang tidak berwaspada. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk sentiasa berwaspada agar tidak mudah ditipu oleh agen hartanah yang haram dan tidak sah.
IQI mempunyai lebih dari 30,000 ejen hartanah di seluruh dunia. Melalui mod kerjasamanya yang khusus untuk ejen, ianya membantu mereka untuk berkembang bersama!
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Tinggalkan butiran anda di bawah! Kami akan menghubungi dan membantu anda secepat mungkin.