Pembantu ejen hartanah merupakan orang tengah antara pembeli dan juga pemilik ataupun pemaju perumahan. REN memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan kualiti hidup pelanggan kerana keutamaan mereka adalah memastikan urusan jual beli berjalan dengan lancar.
1. Kemahiran Berkomunikasi2. Kemahiran Berunding3. Arif Tentang Lokasi4. Pengurusan yang Baik5. Kegigihan |
Sebelum kita pergi lebih mendalam tentang kemahiran yang REN perlu miliki. Mari kita kenali apa itu REN atau ejen hartanah.
Siapakah Real Estate Negotiator (REN) atau ejen hartanah?
Ejen hartanah adalah individu yang diberi lesen oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH) dalam menguruskan proses jual beli, sewaan atau pajakan hartanah. Selain itu, nama lainya juga dikenali sebagai Real Estate Negotiator (REN). Bagaimana cara untuk mendapatkan lesen adalah anda boleh berdaftar dengan agensi hartanah.
Bagaimana Cara untuk menjadi ejen hartanah atau REN?
Cara untuk menjadi ejen hartanah ialah anda perlu hadir kursus perunding hartanah iaitu Negotiator Certification Course (NCC). Wajarnya, kursus ini dijalankan selama 2 hari dan anda akan belajar 8 topik berkaitan hartanah. Daripada undang-undang tanah, proses jual beli rumah, marketing dan macam-macam lagi.
Anda boleh ke agensi hartanah terdekat untuk menjadi ejen hartanah seperti yang tertera di article ini: “Discover The Best Property Agency in Malaysia for Your Next Real Estate Venture“
Apakah kelayakan untuk menjadi ejen hartanah berdaftar?
Anda mestilah mempunyai kelayakan tertentu untuk menjadi ejen hartanah: Warganegara atau penduduk tetap Malaysia. Memiliki Sijil SPM dengan sekurang-kurang 5 subjek lulus, yang mana 3 adalah pada tahap kredit. Salah satu daripada kredit tersebut mestilah subjek Matematik, Sains, Perdagangan ATAU Perakaunan.
Bagus! kini kita sudah fahami apa itu REN dan bagimana cara untuk jadi ejen hartanah berdaftar dan apakah kelayakan yang diperlukan untuk menjadi REN.
Sudah tentu selepas kita mendaftar dan ingin memulakan penjual hartanah, kita perlu mempunyai sidikit sebanyak kemahiran yang akan digunakan semasa membuat pasaran atau menjual. Jangan risau kami akan menolong anda untuk membantu anda untuk mengasah kemahiran yang perlu ada. Ini adalah 5 kemahiran yang anda harus miliki!
1. Kemahiran Berkomunikasi
Pembantu ejen hartanah harus mempunyai kemahiran komunikasi yang baik kerana komunikasi merupakan medium yang penting dalam urusan jual beli hartanah. Komunikasi yang baik bukan sahaja fokus pada percakapan sahaja tetapi ia juga fokus kepada emosi dan situasi pelanggan.
Seterusnya, menyediakan sebuah suasana yang selesa kepada pelanggan juga harus dititikberatkan agar setiap keputusan yag dibuat tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang lain.
Selain itu, komunikasi bukan sahaja berlaku antara REN dan juga pelanggan, ia juga berlaku sesama REN yang lain serta pihak yang dapat membantu anda untuk mencari pelanggan yang baharu.
Dengan komunikasi yang efektif, semua keputusan yang dibuat akan memperoleh kata putus dengan mudah dan disenangi oleh semua pihak.
2. Kemahiran Berunding
Selain daripada kemahiran berkomunikasi, REN juga digalakkan untuk mempunyai kemahiran berunding kerana proses rundingan sangat penting dalam industri pasaran hartanah.
Kemahiran berunding ini bukan sahaja penting bagi seorang REN malah ia juga penting bagi pelanggan untuk mengetahui cara rundingan yang betul.
Di samping itu, REN juga perlu memastikan pelanggan mereka bersedia bagi segala jenis kemungkinan yang akan terjadi tidak kiralah baik atau buruk.
Di sini, kemahiran berkomunikasi amatlah diperlukan kerana ianya dimana REN tersebut dapat membuat keputusan yang baik berdasarkan nasihat yang diperoleh daripada ejen mahupun pembantu ejen harta tanah yang pakar mengenai isu semasa pasaran hartanah.
3. Arif Tentang Lokasi
Pengetahuan mengenai sesuatu lokasi persekitaran memberikan kelebihan kepada REN tersebut. Dengan pengetahuan tersebut, anda dapat memberi cadangan lokasi yang menepati citarasa pelanggan dan juga peluang pelaburan hartanah yang baik bagi mereka pada masa hadapan.
Tambahan pula, anda dapat mengenal pasti lokasi yang sesuai berdasarkan gaya hidup pelanggan anda. Oleh itu, mudah bagi anda untuk mendapat kepercayaan pelanggan anda.
Selain itu, dengan kepakaran anda mengenai sesuatu lokasi, sudah pasti anda harus mengetahui undang-undang dan juga adat budaya di lokasi tersebut. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang bertentangan berlaku di sana.
Jadi, anda hendaklah memberikan penerangan dan panduan sebaik mungkin kepada pelanggan anda mengenai lokasi tersebut.
4. Pengurusan yang Baik
Pengurusan yang baik amat diperlukan bagi seseorang REN kerana banyak proses yang terlibat dalam sesi jual-beli hartanah.
Dengan kemahiran pengurusan yang mantap, anda akan dapat memastikan semua proses seperti kewangan, guaman dan urusan kertas kerja mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Tambahan pula, dengan pengurusan yang baik, anda dapat memantau perkembangan anda bagi meluaskan lagi bisnes hartanah.
5. Kegigihan
Dalam industri hartanah, bagi menambah kenalan, pelanggan dan memastikan urusan jual beli berjalan lancar, kegigihan amat dititikberatkan dalam seorang REN.
Bukan mudah untuk mencapai apa yang diinginkan. Anda mungkin berasa ingin berputus asa dengan situasi yang diluar kawalan anda. Namun dengan kegigihan yang dimiliki, ia memastikan anda untuk terus berjuang.
Kegigihan juga membuatkan anda bangkit untuk menambah ilmu dalam bidang hartanah ini.
Berminat untuk menceburi bidang hartanah dan menjadi seorang REN?
Daftar sekarang di IQI kerana IQI merupakan pilihan terbaik buat anda!