Memang menjadi sebuah idaman untuk seseorang individu memiliki hartanah yang boleh digelar milik sendiri. Hasil titik peluh yang makan masa bertahun untuk pelaburan masa hadapan, ianya amat berbaloi. Dengan harga hartanah yang kian naik, seseorang pasti ingin memiliki hartanah mereka sendiri sebelum tibanya masa tua.
Namun, ramai yang tertanya jenis hartanah popular di Malaysia, dan yang mana mereka harus miliki.
Tahukah anda pada Q4 2020, sebanyak 91,260 transaksi yang dilakukan untuk pembelian hartanah? (sumber: NAPIC) Ramai yang sudah mulakan pelaburan hartanah demi menjamin masa hadapan mereka. Anda juga tidak mahu tertinggal!
Tambahan, dengan duti setem dikecualikan untuk rumah pertama, ini masa yang terbaik untuk anda melabur dalam industri hartanah!
Di sini, kami akan senaraikan jenis hartanah yang popular di Malaysia, serta kelebihan setiap jenis hartanah. Antaranya kondominium, rumah landed, rumah studio, pangsapuri servis, dan rumah subsale. Kepada semua yang tengah mencari rumah tu, artikel ini sesuai untuk anda!
Kenapa anda perlu beli hartanah?
Hartanah merupakan aset yang akan sentiasa naik harga saban tahun. Dengan aset yang dipilih dengan baik, pelabur dapat menikmati aliran tunai yang positif, pulangan yang sangat baik, kelebihan cukai, dan lain-lain — serta memanfaatkan hartanah untuk membina kekayaan.
Hartanah tidak perlu bermula dengan yang berharga mahal, seseorang individu boleh membeli hartanah yang berharga murah dan kaut keuntungan pada masa hadapan dengan perbelanjaan yang betul.
1. Kondominium / Apartment
Kondominium, atau kondo, ialah bentuk milik rumah dan hartanah yang lain yang mana bahagian hartanah khusus (biasanya rumah apartment).
Ddimiliki secara persendirian sementara kegunaan dan capaian pada kemudahan bersama dalaman seperti laluan jalan, sistem pemanasan, lif, kawasan luaran dikendalikan di bawah hak perundangan berkait dengan pemilik persendirian dan dikawal oleh persatuan pemilik yang secara bersama.
Kondominium / apartment menjadi pilihan pembeli!
Menurut laporan bilangan urus niaga hartanah kediaman mengikut jenis yang dicatat oleh NAPIC, pada suku pertama (Q1 2021) bilangan hartanah jenis kondominium atau apartment menjadi pilihan pembeli. Perbandingan di antara rumah teres 2-tingkat dan kondominium / apartment adalah seperti carta di atas.
- 2,474 kondominium / apartment berbanding 1,321 teres 2-tingkat di kawasan Selangor.
- 1,512 kondominium / apartment berbanding 117 teres 2-tingkat di kawasan WP KL.
Dengan harga mampu milik dan kemudahan sekeliling kawasan kondominium atau apartment, tidak mustahil melihat jenis hartanah ini yang paling popular.
Kelebihan kondominium / apartment
1. Harga mampu milik
Harga kondo jauh lebih murah berbanding rumah atas tanah (rumah landed). Ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai satu gaji dan inginkan sebuah hartanah sendiri.
2. Keselamatan
Kawasan perimeter kondo yang berpagar dan di jaga sekuriti 24 jam menjadikan tahap sekuriti di condo tinggi. Dengan perlukan akses untuk memasuki sebuah kondo, kadar kecurian atau pecah masuk di kondo amat rendah.
3. Kemudahan yang pelbagai
Kondo mempunyai fasiliti seperti kolam renang, gimnasium, taska asuhan, taman permainan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan ini menyenangkan penduduk terutama sekali bagi yang bekerja, mudah dan jimat masa.
2. Rumah landed
Rumah atas tanah (rumah landed), merupakan rumah yang dibina dengan satu tingkat, dua tingkat atau tiga tingkat. Ia merupakan salah satu jenis hartanah yang popular di Malaysia dan menjadi keinginan orang ramai terutamanya mereka yang berkeluarga.
Ada kalanya rumah landed yang punyai empat tingkat. Rumah teres, semi-d dan banglo adalah dalam kategori rumah landed.
Kelebihan rumah landed
1. Ruang yang besar
Bagi mereka yang berkeluarga atau ingin memulakan keluarga, rumah landed amat sesuai kerana ruang yang disediakan. Kebebasan kepada tuan rumah untuk membuat penambahan kepada kawasan luar rumah yang boleh dijadikan tempat permainan kanak-kanak.
2. Privasi
Setiap kawasan rumah berpagar dan mempunyai jarak minimum. Tidak ada halangan untuk memiliki haiwan peliharaan dan gangguan dari jiran tetangga.
3. Mesra pengubahsuaian (renovation friendly)
Kerana rumah landed punyai tanah yang luas, seorang individu mampu lakukan pengubahsuaian mengikut minat masing-masing berbanding kondominium yang kecil. Bagi mereka yang minat memasak, ruang dapur boleh dibesarkan dan diubah suai, atau bagi mereka yang bakal menimang anak kecil, mereaka boleh menambah satu bilik untuk si kecil.
3. Rumah studio
Rumah studio pada amnya adalah ruang serba lengkap yang menempatkan semua bilik di satu bilik dengan bilik mandi yang berasingan. Ianya sesuai bagi mereka yang bujang atau mereka yang baru sahaja berumah tangga.
Kelebihan rumah studio
1. Minimalis
Rumah studio yang kecil tidak perlukan perabot yang banyak, memadai hanya dengan sebuah katil dan meja makan. Seorang individu boleh simpan kewangan mereka dengan tidak membeli perabot yang mahal dan memakan ruang.
2. Mudah dikemas
Kerana ruangnya yang sangat kecil, ia lebih mudah untuk dikemas berbanding rumah landed atau kondo.
Untuk anda: Semua elaun pembelian rumah pertama oleh kerajaan tahun 2021! 🏘️
4. Pangsapuri servis
Bagi mereka yang inginkan pelaburan jangka masa panjang, pangsapuri servis merupakan pilihan ideal. Jenis hartanah popular di Malaysia, pangsapuri servis adalah unit berperabot yang biasanya tersedia untuk penginapan jangka pendek atau jangka panjang.
Selain itu, terdapat 12,386 unit pangsapuri servis yang kini dalam pelan untuk tahun 2021 di Malaysia. (sumber: NAPIC) Jadi anda boleh sediakan budget untuk perbelanjaan rumah anda!
Kelebihan pangsapuri servis
1. Mudah disewa
Dengan menggunakan aplikasi seperti Airbnb, seorang individu boleh promosikan dan sewakan unit mereka kepada para pelancong dan terima keuntungan pelaburan mereka.
2. Ruang lebih luas berbanding kondominium
Pangsapuri servis punyai ruang yang lebih besar berbanding kondominium dan bilik hotel.
5. Rumah sekunder (subsale)
Rumah subsale adalah hartanah terpakai yang dijual di pasaran sekunder. Berbanding hartanah baharu atau hartanah dalam pembinaan, hartanah subsale biasanya mempunyai pemilik tersedia yang kemungkinan besar membelinya dari pemaju semasa pelancaran hartanah.
Jenis rumah subsale adalah terbuka, ada yang membeli pangsapuri, kondominium, rumah landed dan lain-lain. Mengikut citarasa individu untuk memiliki hartanah subsale yang dikehendaki.
Tambahan, dengan pengecualian duti setem untuk rumah pertama, rumah subsale menjadi tumpuan orang ramai.
Harga rumah subsale mengikut kadar harga pasaran terkini dan boleh dibeli melalui ejen atau melalui tuan rumah tersebut.
Kelebihan rumah subsale
1. Kurang masalah spekulasi berbanding hartanah under construction
Rumah subsale yang sedia ada menjanjikan pembeli sebuah rumah berbanding dengan projek-projek yang masih tidak tentu akan penyiapannya.
2. Bayar, tandatangan, dapat kunci
Seperti point nombor 1, rumah subsale lebih mudah dan cepat dimiliki berbanding rumah baharu. Apabila sudah bersetuju dengan penjual dan sudah tandatangani borang jual dan beli, individu boleh miliki dan berpindah masuk.
3. Boleh runding harga
Adakalanya individu ingin menjual rumah mereka dengan kadar segera dan akan menurunkan harga jauh lebih murah dari harga pasaran. Pembeli boleh beruding dengan penjual untuk mendapatkan harga yang sesuai dengan bajet mereka.
Berikut adalah jenis hartanah yang popular di Malaysia serta kelebihan mereka. Sebelum melakukan transaksi mengenai hartanah, seeloknya anda menyediakan bajet dan membuat kiraan belanjaan anda agar tidak menghadapi masalah pada masa akan datang.
Anda berminat untuk mencari rumah pertama atau ingin memulakan pelaburan hartanah anda? Kami di IQI Global mampu bantu anda merancang dan mencari rumah yang anda idamkan!
Anda hanya perlu isi maklumat anda di bawah dan kami akan hubungi anda!