Memiliki sebuah rumah atau pelaburan dalam hartanah bukanlah sesuatu yang mudah dan ia memerlukan individu untuk bersiap sedia dengan kewangan yang mencukupi serta bimbingan dari mereka yang lebih berilmu.
Namun, setiap individu boleh memiliki rumah atau pelaburan hartanah mereka sendiri dengan hasil usaha keras mereka. Tetapi, sebelum memiliki rumah sendiri, seorang individu harus ambil perhatian beberapa faktor.
Walaupun pasaran hartanah Malaysia kerap juga naik dan turun sejak beberapa tahun ni, tetapi sekarang merupakan masa yang terbaik untuk membeli di Malaysia. Dengan kadar overnight policy (OPR) serta harga hartanah yang rendah, kami sarankan pembeli untuk ambil peluang keemasan ini untuk mulakan pelaburan hartanah mereka.
Kami akan bincangkan 5 faktor pelaburan hartanah yang setiap individu harus beri perhatian jikalau mereka berniat untuk melabur dalam hartanah. Ketahui kenapa anda membeli, selidik tentang pasaran hartanah, lakukan penganggaran bajet yang teliti, ketahui nilai hartanah yang anda ingini, dan cari ejen yang berpengalaman untuk bantu anda.
Berikut adalah faktor-faktor yang perlu anda fikirkan apabila memulakan pelaburan hartanah anda.
1. Ketahui kenapa anda membeli
Ini merupakan faktor pertama pelaburan hartanah sebelum seseorang individu menyelami dunia hartanah.
Tanya diri dahulu membeli untuk pelaburan atau untuk penggunaan sendiri? Ini kerana dua asbab ini akan mempengaruhi jenis hartanah, harga, dan usia hartanah yang akan anda pilih.
Seorang yang inginkan pelaburan hartanah akan mencari hartanah yang boleh ganda harganya dalam masa beberapa tahun, manakala individu yang mencari hartanah untuk mereka diami akan mencari yang selesa untuk mendirikan rumah tangga dan lain-lain.
Apabila individu sudah ketahui niat untuk membeli hartanah, ia menjadi mudah untuk melihat faktor-faktor yang lain.
2. Selidik tentang pasaran hartanah
Penyelidikan yang menyuluruh akan bantu anda dari pening kepala pada masa akan datang. Terdapat pelbagai jenis hartanah yang wujud di Malaysia serta anda perlu ketahui cukai-cukai yang perlu anda bayar apabila ingin memiliki hartanah sendiri.
Termasuk juga pengetahuan mengenai garis panduan pinjaman di Malaysia serta kadar faedah setiap bank yang boleh memberi pinjaman kepada anda.
Sama ada anda mencari hartanah sebagai pasangan muda, keluarga atau untuk pelaburan, setiap individu harus pertimbangkan keperluan berkaitan dengan:
- Lokasi
Lokasi yang strategik akan pastikan nilai hartanah anda berlipat ganda pada masa akan datang - Kemudahan
Sekolah, pengangkutan awam, serta kemudahan lain seperti klinik, kedai runcit yang berdekatan. - Usia hartanah
Jangka hayat sebuah hartanah dalam lingkungan 15 tahun*, jadi hartanah yang berusia lebih dari itu memerlukan inidividu berbelanja lebih untuk ubahsuai, pembaikan & penyelenggaraan. - Leasehold atau freehold
Leasehold bermaksud tanah yang diberi ada had tempoh. Tempoh yang diberikan biasanya 99 tahun. Freehold bermaksud milikan tanpa had tempoh. - Rumah siap dibina, rumah subsale atau projek baru
Rumah subsale dan rumah siap dibina mudah untuk pembeli kerana setelah menandatangani perjanjian, individu boleh sudah berpindah masuk atau papar untuk sewa. Projek baru makan masa yang lama, bertahun untuk siap dan kemudiannya baru boleh berpindah tangan kepada pembeli.
▶️ 5 langkah mudah beli rumah subsale tahun 2021!
Selain itu, individu juga boleh selidik elaun pembelian rumah pertama yang diberi oleh kerajaan untuk bantu ringankan beban mereka saat mencari hartanah pertama.
3. Lakukan penganggaran bajet yang teliti
Kewangan yang mencukupi amat penting untuk memiliki sebuah hartanah mahupun mulakan pelaburan hartanah anda.
Individu harus teliti bajet yang mereka ada agar tidak membebankan diri pada masa hadapan.
Secara amnya, kebanyakan bank di Malaysia menawarkan pinjaman sekitar 90% daripada harga rumah untuk dua kediaman pertama seorang individu.
Manakala baki 10% pula dibayar oleh pembeli sebagai wang pendahuluan.
Selain tu, penting juga untuk anda pertimbangkan kos sampingan lain seperti yuran guaman, komisen ejen, dan duti setem.
Individu juga harus tahu insurans yang wujud dalam pasaran hartanah seperti MLTT, MLTA, MRTT, dan MRTA. Kerana pembayaran dan kos yang berlainan akan pengaruhi perbelanjaan bulanan selepas memiliki rumah.
4. Ketahui nilai hartanah yang anda ingini
Setelah individu selaraskan bajet mereka, seterusnya harus tahu nilai hartanah yang mereka ingini. Terdapat pelbagai jenis hartanah yang wujud di Malaysia dan semuanya berlainan dari segi nilai.
Seeloknya anda mencari nilai hartanah yang tepati bajet yang sudah dianggar agar tidak punyai apa-apa masalah pada masa akan datang.
Bagi individu yang mencari rumah subsale, ketika melakukan penilaian hartanah subsale, anda harus ketahui dua jenis penilaian yang berbeza – nilai bank dan nilai pasaran.
- Penilaian hartanah oleh bank sepenuhnya bergantung pada angka. Contohnya, penilaian bank untuk sebuah rumah lebih rendah daripada nilai pasaran, kerana fikiran bank lebih objektif dan konservatif.
- Penilaian pasaran harta tanah adalah harga yang sanggup dibayar oleh seorang pembeli untuk rumah tersebut.
Dengan menentukan mana yang paling bernilaii, anda sebagai pembeli akan dapat tawaran terbaik dalam proses ini.
5. Cari ejen yang berpengalaman untuk bantu anda
Pembantu ejen harta tanah (REN) yang berpengalaman, komited dan mesra boleh menjanjikan hasil yang luar biasa demi pelaburan hartanah anda.
Mereka akan berusaha keras untuk mencari hartanah yang menepati bajet seorang individu, dan akan memberi sokongan, mengatur temujanji, berkomunikasi, serta menitik berat keperluan anda.
Ketika memilih seseorang untuk membantu proses pembelian, pastikan REN tersebut memiliki ciri-ciri yang anda inginkan agar dapat meraih tawaran terbaik.
Seorang REN yang berpengalaman akan nasihat anda berpandukan lokasi pembelian, kemudahan yang ada, waktu perjalanan, jarak ke sekolah dan kemungkinan harga jual/beli yang lain – untuk memastikan anda mendapatkan yang terbaik.
IQI Global merupakan salah satu agensi hartanah terbaik yang wujud di Malaysia, serta mempunyai 18,500 ejen serata dunia dan semuanya bersedia untuk bantu individu memilih hartanah yang terbaik di pasaran.
Kami ingin mengucapkan selamat mencari hartanah kepada semua dan kami harap faktor-faktor pelaburan hartanah yang kami senaraikan dapat bantu anda untuk capai matlamat anda mencari hartanah sendiri!
Anda berminat untuk mencari rumah pertama atau ingin memulakan pelaburan hartanah anda? Kami di IQI Global mampu bantu anda merancang dan mencari rumah yang anda idamkan!
Anda hanya perlu isi maklumat anda di bawah dan kami akan hubungi anda!