Walaupun banjir di beberapa kawasan sudah surut dan penduduk mula kembali ke rumah, situasi ini bukanlah sesuatu yang mudah atau menggembirakan.
“Banjir dah surut, tapi rumah ni macam tak terurus. Macam mana nak mula bersihkan semua ni?” Sudah tentu banyak kerosakan yang terjadi akibat daripada banjir dan semestinya boleh buat kepala pening!
Kami akan bantu anda melalui langkah membersihkan rumah selepas banjir. Ingat, anda tidak bersendirian – kami ada untuk menyokong pemulihan anda.
Langkah Membersihkan Rumah Selepas Banjir
1. Periksa dan Pastikan Keselamatan Elektrik
Sebelum membersihkan rumah selepas banjir, matikan bekalan elektrik di kotak fius. Jika terendam air, hubungi pakar untuk pemeriksaan.
Pakai kasut getah dan sarung tangan kalis air untuk elak renjatan. Periksa juga dinding, lantai, dan bumbung.
Jangan hidupkan peralatan elektrik seperti kipas, peti sejuk, atau mesin basuh yang basah tanpa pemeriksaan terlebih dahulu.
2. Buang Barang yang Rosak
Barang-barang seperti perabot, permaidani, atau tilam yang sudah terendam air perlu dibuang jika tidak boleh diselamatkan.Barang yang basah dan berbau boleh menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria. Kategorikan barang kepada tiga:
- Boleh digunakan semula
- Perlu dibersihkan
- Dibuang terus
3. Bersihkan Lumpur dan Kotoran Kasar
Gunakan penyodok, mop, dan baldi untuk mengangkat lumpur dan sisa kotoran yang tebal. Setelah itu, bilas lantai dan dinding dengan air bersih sebelum mula menggosok permukaan.
Pastikan juga longkang dan saluran air dibersihkan untuk mengelakkan sebarang penyumbatan yang boleh menyebabkan masalah kemudian.
4. Gunakan Disinfektan
Selepas kotoran kasar dibuang, gunakan air sabun dan disinfektan untuk membersihkan seluruh rumah.
Fokus pada tempat-tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, dinding, dan perabot. Ini penting untuk membunuh kuman dan mencegah jangkitan penyakit.
5. Pengeringan dan Pengudaraan Rumah
Buka semua tingkap dan pintu untuk pengudaraan maksimum. Jika ada kipas, gunakan untuk mempercepat proses pengeringan.
Barang-barang yang boleh dijemur di luar seperti perabot kayu dan kain, bawa keluar supaya kering sepenuhnya.
6. Hubungi Insurans Anda
Di Malaysia, beberapa syarikat menawarkan insurans untuk mangsa banjir, termasuk Allianz, Zurich, dan Berjaya Sompo.
Menurut laporan Bank Negara Malaysia, perlindungan tambahan untuk banjir memerlukan premium tambahan yang bergantung kepada polisi setiap syarikat insurans.
Disarankan untuk menyemak polisi dan berbincang dengan wakil insurans bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Banjir adalah antara bencana alam paling mematikan dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Jika anda atau seseorang yang anda kenali terjejas oleh banjir di Malaysia, utamakan keselamatan.
Bersama dengan orang lain dan ikuti arahan pihak berkuasa tempatan, serta elakkan kawasan dengan paras air tertinggi.
Tahun ini, lebih 130,000 mangsa banjir direkodkan di lapan negeri di Malaysia.
Kelantan paling teruk terjejas dengan 87,788 mangsa dan dua kematian, diikuti Terengganu dengan 39,220 mangsa dan satu kematian.
Di IQI, kami menyediakan maklumat untuk membantu anda mencari rumah selamat daripada bencana alam, termasuk panduan lokasi selamat dan perlindungan insurans rumah.
Hubungi ejen kami hari ini untuk melindungi rumah impian anda!
Baca Selanjutnya: