Dipetik daripada satu bual cara tentang Gen Z & Millennials Wealth Playbook di Juwai IQI International Summit, yang menampilkan Sean (iHerng), Ong Yong Xun (JomStudy), serta Joyce Yeoh dan Jayden Ng dari IQI Realty.
Kalau dahulu orang kata nak berjaya mesti kerja pejabat, simpan duit sikit-sikit dan beli rumah sebelum umur 30.
Namun bagi Gen Z dan milenial hari ini, formula itu sudah tidak sama.
Mereka lebih terdedah kepada peluang digital dan berani mencuba pelbagai cara untuk menambah pendapatan sebelum melangkah ke pelaburan besar seperti hartanah.
Ketahui bagaimana anak muda hari ini lebih mengutamakan kebebasan masa, minat dan pendapatan fleksibel.
Intipati Utama:
- Generasi muda mengubah definisi kebebasan kewangan dengan menekankan autonomi masa, minat dan pendapatan fleksibel berbanding kerjaya tradisional.
- Hartanah masih dianggap pelaburan stabil, namun anak muda kini lebih cenderung memulakan perjalanan kewangan melalui aset digital dan kerja sampingan.
- Cabaran utama bukan sekadar risiko pelaburan tetapi juga pengurusan kewangan yang lemah, maklumat mengelirukan serta sikap kurang sabar.
- Media sosial membentuk aspirasi kewangan generasi muda, menjadikan ilmu kewangan yang tepat semakin penting.
Cara Gen Z & Milenial Berfikir
1. Perubahan Arah Pemikiran Gen Z & Milenial
Gen Z dan milenial mendapat sokongan kewangan daripada ibu bapa, membolehkan mereka mengambil risiko lebih besar dan mentakrifkan semula kejayaan di luar pekerjaan 9-5.
Kestabilan ini mengalihkan fokus mereka daripada “survival mode” kepada peluang pertumbuhan dan pencapaian.
Berbeza dengan generasi terdahulu yang menekankan kerjaya stabil dan keperluan asas, generasi muda lebih cenderung mengejar pelbagai aliran pendapatan.
Pendedahan awal kepada teknologi serta maklumat dalam talian mendorong mereka membina kemahiran digital dan memulakan kerja sampingan sebelum melabur dalam hartanah.
Zero Ong, Pengasas JomStudy
Satu perubahan budaya di mana personal branding dan pulangan pantas mendominasi matlamat kewangan kebanyakan generasi muda.
2. Corak Pemilikan Aset Hartanah Anak Muda
Walaupun pelaburan pantas seperti saham atau crypto semakin popular, hartanah masih dilihat sebagai pelaburan stabil dengan potensi nilai tambah jangka panjang.
Corak pembelian aset hartanah anak muda kini berubah mengikut gaya hidup dan peranan ibu bapa.

Sokongan keluarga bantu 30 hingga 40% deposit, menjadikan ia satu strategi kewangan di mana ibu bapa melihat hartanah sebagai “pelaburan masa depan” untuk anak mereka.
Joyce Yeoh, Agen Hartanah IQI
Cabaran terbesar bagi ejen hartanah dalam proses jual beli bukan hanya meyakinkan pembeli muda, tetapi juga meyakinkan ibu bapa yang lebih berhati hati.
Apa Yang Mempengaruhi Keputusan Pembeli Muda?
- Lebih mengutamakan faktor gaya hidup, kemudahan, kawasan sosial dan lokasi yang sesuai dengan rutin harian, berbanding sekadar membeli untuk memiliki rumah.
- Generasi muda memilih untuk menangguh pembelian hartanah kerana isu kemampuan dan kesukaran mengumpul deposit.
- Golongan muda membina modal melalui pendapatan sampingan atau kerja digital sebelum membeli rumah.
Keadaan ini menunjukkan trend lebih luas ke arah strategi kekayaan yang lebih pelbagai dan bertahap.
3. Strategi Pelaburan Gen Z & Milenial
Gen Z dan milenial hari ini menunjukkan sikap yang pelbagai terhadap risiko dan strategi pelaburan.
Pelaburan yang berfokus, dengan memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang sudah mahir, boleh mempercepatkan pembinaan kekayaan.
Meletakkan usaha dan fokus pada satu aset sahaja boleh berjaya kalau aset itu benar-benar difahami, khususnya hartanah.
Jayden, Ejen Hartanah IQI

Ramai anak muda terdedah kepada trend seperti crypto dan trading tetapi tanpa memahami asas, mereka boleh tersilap langkah.
Walaupun aset cair lebih digemari oleh generasi muda, namun menyeimbangkannya dengan pelaburan stabil seperti hartanah, menjadikan kekayaan jangka panjang menjadi lebih mampan.
4. Definisi “Financial Freedom” Bagi Generasi Muda
Generasi terdahulu mungkin melihat kebebasan kewangan sebagai kestabilan kerjaya dan simpanan jangka panjang, tetapi generasi muda melihatnya dari sudut yang sedikit berbeza.
| Matlamat Kewangan | Kebebasan Kewangan |
|---|---|
| Generasi muda melihat matlamat kewangan sebagai perjalanan fleksibel, bukan destinasi tetap. | Kebebasan kewangan bagi generasi muda bermaksud memiliki pilihan dan masa, bukan sekadar berhenti kerja awal. |
| Keutamaan dalam membina kemahiran, meningkatkan nilai diri dan menambah pendapatan | Persaraan dilihat sebagai peluang berehat sambil meneruskan minat atau projek yang disukai |
| Dana kecemasan enam bulan hingga setahun penting untuk elakkan tekanan kewangan dan membuat keputusan lebih bijak. | Kebebasan masa dan gaya hidup seimbang lebih penting daripada hanya mengumpul aset. |
| Garis masa kejayaan semakin singkat, mendorong tindakan lebih awal selepas tamat pengajian. | Definisi kebebasan kewangan berbeza bagi setiap individu, menjadikan perancangan lebih peribadi dan fleksibel. |
5. Pengaruh Media Sosial Terhadap Ilmu Kewangan
Pembuatan konten, personal branding dan ilmu kewangan di platform Tiktok dan Youtube kini menjadi antara alat paling berkesan untuk menarik minat serta membimbing perjalanan kewangan anak muda.
Kejayaan sesuatu konten banyak bergantung pada keaslian dan mesej yang mempunyai nilai sebenar, bukan sekadar mengikut trend untuk mendapatkan tontonan.
Memiliki daya tumpuan yang singkat, generasi milenial dan Gen Z cenderung memilih komunikasi yang ringkas, jelas dan terus kepada intipati.
Maka, konten perlu padat, cepat dan mampu memberi impak dalam beberapa saat.

Cabaran sebenar adalah mencari keseimbangan antara hiburan dan pendidikan supaya mesej kewangan tidak hilang dalam keseronokan.
Namun pengaruh media sosial juga menyebabkan ramai mempunyai jangkaan tidak realistik tentang kekayaan dan kejayaan.
Pendidikan dan ilmu kewangan sangat penting untuk menangkis jangkaan kekayaan yang tidak realistik.
iHerng, Agen Hartanah IQI
Jurang ini hanya boleh diatasi melalui maklumat yang tepat dan contoh teladan yang menunjukkan perjalanan kejayaan yang pelbagai.
6. Cabaran Besar Dalam Perjalanan Kewangan Anak Muda
Cabaran terbesar bukan sekadar risiko pelaburan tetapi pengurusan kewangan yang lemah serta maklumat mengelirukan di media sosial.

Kos hidup yang meningkat, gaji permulaan yang rendah dan kesukaran mengumpul deposit juga menjadi halangan utama anak muda untuk melangkah ke pelaburan besar.
Ramai juga terperangkap dengan maklumat yang salah serta skim pelaburan tidak selamat, menyebabkan mereka takut untuk komited dalam jangka panjang.
Sikap “kurang sabar”, “kurang fokus”, “kurang asas kewangan” dan “cepat terpengaruh” sering melemahkan potensi sebenar anak muda.
Walaupun begitu, dengan ilmu, disiplin dan strategi kewangan yang betul, generasi ini sebenarnya mempunyai peluang yang lebih luas berbanding generasi sebelum mereka.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah generasi muda benar-benar perlu memiliki rumah sebelum umur 30?
Tidak semestinya. Ramai anak muda memilih aset digital atau kerja sampingan dahulu sebelum hartanah kerana lebih fleksibel.
2. Kerja sampingan bantu modal?
Ya. Freelancing, content creation atau bisnes kecil boleh jadi sumber modal untuk simpanan dan pelaburan besar.
3. Apakah risiko utama jika terlalu bergantung pada aset digital?
Aset digital cepat cair tetapi mudah terdedah kepada turun naik harga dan penipuan jika tiada ilmu asas.
4. Kenapa personal branding penting?
Bantu membina kepercayaan, membuka peluang pendapatan dan menjadikan individu lebih relevan dalam ekonomi digital.
5. Bagaimana seimbangkan gaya hidup dengan kewangan?
Dengan disiplin: sediakan dana kecemasan, kawal perbelanjaan, dan rancang pelaburan jangka panjang sambil nikmati gaya hidup fleksibel.
Mulakan perjalanan bersama IQI sebagai ejen hartanah yang membantu generasi muda mencapai matlamat kewangan mereka dengan lebih selamat.
Baca Selanjutnya:
